ABIM Negeri

Semarakkan Ramadhan ABIM Kelantan Sampaikan Sumbangan Di Wakaf Che Yeh

8 Julai 2015, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu:-Penyerahan Sumbangan Ramadhan kepada golongan asnaf bagi Daerah Kota Bharu yang telah diadakan pada 8 Julai 2015 bersamaan 21 Ramadhan 1436H bertempat di Taski At Tarbiah Wakaf Che Yeh. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada program Semarak Ramadhan ABIM Negeri Kelantan.

Read 1174 times
Rate this item
(0 votes)

Ihya Ramadhan Raikan Orang Asli Di Kok Lanas Featured

Jul 09, 2015
Hit: 1194
Written by
Ihya Ramadhan Raikan Orang Asli Di Kok Lanas

Aktiviti Program Ihya' Ramadhan 1436H ABIM Kelantan untuk hari ini iaitu 7 Julai 2015 bersamaan 20 Ramadhan 1436H akan diadakan Program Bina Taqwa Majlis Berbuka Puasa Bersama Saudara Baru dan Orang Asli pada jam 5.30 petang. Program ini bertempat di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas. Alhamdulillah program ini merupakan anjuran bersama ABIM Kelantan dan Majlis Belia Kelantan (MBK).

Read 1194 times
Rate this item
(0 votes)

Kembara Semurni Kasih Ramadhan ABIM Perak Featured

Jul 08, 2015
Hit: 985
Written by
Kembara Semurni Kasih Ramadhan ABIM Perak

26 - 28 Jun 2015:- Kembara untuk Fasa 1 (26-28 Jun) ini telah selesai dengan jayanya. Seramai 91 keluarga Asnaf telah dijejaki di 6 Daerah selatan Negeri Perak. Doa dan penghargaan daripada mereka semua kepada penyumbang dalam Program Kempen Seorang Sekampit Beras 2015 dan sumbangan tuan/puan sebanyak RM50 yang meliputi Beras dan barang keperluan dapur.

Read 985 times
Rate this item
(0 votes)
Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) Sekitar Seremban, Negeri Sembilan

2 Julai 2015, Seremban:- ABIM Negeri Sembilan (ABIM NS) meneruskan lagi khidmat bakti Ramadhan dengan menyampaikan bantuan kepada asnaf. Alhamdulillah, ABIM NS menerima sumbangan orang ramai dan badan korporat bagi menyemarakkan lagi Ramadhan kali ini. Setiap tahun ABIM NS istiqamah meneruskan usaha menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

ABIM NS mengalu-alukan dan masih menerima mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan. Insya'Allah setiap sen yang disumbangkan akan sampai kepada mereka-mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Ramadhan menawarkan ganjaran pahala yang begitu besar kepada sesiapa yang beramal dan bersedekah di bulan mulia ini. Marilah kita sama-sama menggembirakan saudara yang memerlukan di ramadhan kali ini. Selamat beramal di Bulan Ramadhan kareem.

Read 923 times
Rate this item
(0 votes)

SEKATA Pahang Didik Peserta Dari Berbilang Kaum Featured

Jul 07, 2015
Hit: 948
Written by
SEKATA Pahang Didik Peserta Dari Berbilang Kaum

2 Julai 2015:- Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) telah diadakan pada 2 Julai 2015 di SMK Mahmud, Raub, Pahang. Seramai 220 orang pelajar tingkatan 2 dan 4 terdiri daripada pelbagai kaum telah menyertai program ini. Program ini menyentuh topik mengenal diri dan menyayangi diri dari aspek syakhsiah, akhlak dan budi pekerti serta pergaulan dengan rakan berlainan jantina. Topik kesihatan seksual juga turut disampaikan kepada pelajar-pelajar. Program ini adalah anjuran ABIM Pahang dengan kerjasama Abim Pusat dan LPPKN. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar dan guru dalam membimbing generasi yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.

Read 948 times
Rate this item
(0 votes)
Orang Asli Terima Sumbangan Sinar Ramadhan Masyarakat

5 Julai 2015:-Alhamdulillah, KSSB pertama sempena Ramadhan 1436H telah dijalankan semalam di Kg Orang Asli Batu 14, Gambang, Pahang. Seramai 10 keluarga menerima sumbangan sekampit beras dan bahan-bahan keperluan. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan YDP ABIM Pahang, Dr. Ikhwan kepada wakil-wakil keluarga. Jazakumullah dan terima kasih kepada penyumbang. Hasil sumbangan anda kami salurkan kepada yang memerlukan. KSSB akan diteruskan hari ini di Sg Isap dan tempat-tempat lain pada minggu hadapan. Kami mengalu-alukan sukarelawan untuk membantu kami mengedar sumbangan. Hubungi saudara Muhammad Hisyamudin atau saudara Hasnul Radzi untuk maklumat lanjut.

Read 1040 times
Rate this item
(0 votes)

Insan Istimewa Kuantan Terima Sumbangan KSSB 1436H Featured

Jul 07, 2015
Hit: 847
Written by
Insan Istimewa Kuantan Terima Sumbangan KSSB 1436H

6 Julai 2015, Kuantan:- Kita eratkan silaturrahmi sesama insan dengan berkat dan rahmat Ramadan. Sumbangan anda kami salur kepada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, 80 pek sumbangan program Kempen Seorang Sekampit Beras diagihkan kepada Kelab Kebajikan Bagi Insan Istimewa Kuantan.

Read 847 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!