ABIM Negeri

5 Julai 2015:-Alhamdulillah, KSSB pertama sempena Ramadhan 1436H telah dijalankan semalam di Kg Orang Asli Batu 14, Gambang, Pahang. Seramai 10 keluarga menerima sumbangan sekampit beras dan bahan-bahan keperluan. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan YDP ABIM Pahang, Dr. Ikhwan kepada wakil-wakil keluarga. Jazakumullah dan terima kasih kepada penyumbang. Hasil sumbangan anda kami salurkan kepada yang memerlukan. KSSB akan diteruskan hari ini di Sg Isap dan tempat-tempat lain pada minggu hadapan. Kami mengalu-alukan sukarelawan untuk membantu kami mengedar sumbangan. Hubungi saudara Muhammad Hisyamudin atau saudara Hasnul Radzi untuk maklumat lanjut.

6 Julai 2015, Kuantan:- Kita eratkan silaturrahmi sesama insan dengan berkat dan rahmat Ramadan. Sumbangan anda kami salur kepada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, 80 pek sumbangan program Kempen Seorang Sekampit Beras diagihkan kepada Kelab Kebajikan Bagi Insan Istimewa Kuantan.

3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436h, Kompleks Pendidikan Al-Hikmah Alor Setar- Alhamdulillah, secara rasminya Sekretariat Abim Kedah boleh dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Al-Hikmah yang mana dalam kompleks tersebut terdiri Sekolah Rendah Islam Alor Setar(SERIAS), Sekolah Menengah Sains Tahfiz Alor Setar(SEMESTI), Sekretariat WADAH ABIM DAN SISMA KEDAH serta Masjid Al-Arifin Alor Setar(dalam pembangunan).

5 Julai 2015, Kuala Lumpur:- Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) ABIM Wilayah Persekutuan di Flat Seri Angkasa, Pantai Dalam pagi ini. Ustaz Kamrianto, Mudir Madrasah Muwahidin Padang turut hadir menyampaikan tazkirah ramadhan kepada sukarelawan KSSB dan juga asnaf. Sejumlah 60 asnaf bakal menerima sumbangan beras 5kg dan tunai RM50 hasil sumbangan anda yang budiman. Sumbangan disampaikan oleh En Hasan (wakil penduduk), Dr. Shaharom (PSU Wadah WP) dan Sdr. Syahrir Azfar (YDP ABIM Wilayah).
Teruskan hulurkan infaq, zakat dan fidyah anda ke akaun
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (WILAYAH PERSEKUTUAN)
Bank Islam : 14-014-01002427-6 Anda hulurkan, kami sampaikan.

Pengagihan bantuan Kempen Seorang Sekampit Beras anjuran ABIM WILAYAH PERSEKUTUAN di PPR Sri Sarawak dan PPR Cochrane Perkasa. Seramai 100 org asnaf disantuni. Sumbangan berupa beras 5kg dan RM50 setiap seorang. Terima kasih para penyumbang budiman. Tahniah kepada semua sukarelawan ABIMWP, Kolej Instech, Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP).
Salurkan zakat, sedekah, infaq dan fidyah anda melalui ABIM WP. BANK ISLAM
Nama akaun : ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (WILAYAH PERSEKUTUAN)
No. Akaun : 14-014-01002427-6
Anda hulurkan, kami sampaikan.
السلام عليكم ورحمةًالله وبركاته....Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang Kempen Seorang...
Posted by ABIM Wilayah Persekutuan on Monday, 29 June 2015

27 Jun 2015 | Sabtu , Serian, Sarawak:- Team kembara asnaf telah ke Kampung Tebakang Melayu,Serian. Seramai 40 orang asnaf telah menerima sumbangan sekampit beras dan set keperluan barangan dapur. majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid Darul Taqwa,Kampung Tebakang Melayu Serian, Sarawak.
Anda masih berpeluang untuk menghantar sumbangan.
180 KAMPIT BERAS (10 KG / KAMPIT)
180 SET BARANG ASAS DAPUR (RM50 / SET)
Untuk agihan pada: 4 & 5 Julai 2015 8 & 9 Julai 2015 11 & 12 Julai 2015

Program Ihya Ramdhan 1436H / 2015M di SMK Agama Tun Juhar Sandakan pada 27 Jun 2015 yang disertai seramai 112 orang pelajar dari SMKA Tun Juhar, SMK Sandakan, SMK Elopura 2 dan SMK Sandakan 2.