ABIM Negeri

ABIM Sabah Lancar Kempen Derma Kilat Untuk Mangsa Kebakaran Di Likas

Bantuan Kemanusiaan oleh Infaq Dan Prihatin membawa misi bantuan kepada Mangsa Kebakaran Kg. Gusung, Likas. Bantuan awal ini akan diteruskan secara berperingkat membantu mangsa yang ditempatkan di dewan kampung.

Difahamkan 37 keluarga melibatkan 212 orang mangsa kehilangan tempat perlindungan. Bantuan pakaian, sumbangan kewangan, makan minum, khemah, bahan mandi, keperluan asas lain masih diperlukan memandangkan kondisi mangsa yang masih belum stabil.

Sumbangan daripada masyarakat amat diperlukan. Salurkan bantuan anda kepada kami melalui tunai atau deposit ke bank dana kumpulan Infaq Prihatin, untuk kami agih dan sampaikan kepada mangsa bencana kebakaran. Terima kasih.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Infaq dan Prihatin melalui:

1. Tabung Prihatin ABIM, 10016010081157 (Bank Islam)

2. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 105590003849 (Affin Bank)

Read 1220 times
Rate this item
(0 votes)

Ibu Bapa Fahami Generasi Y Dalam SABDA 2.0 Featured

May 26, 2015
Hit: 1177
Written by
Ibu Bapa Fahami Generasi Y Dalam SABDA 2.0

24 Mei 2015:- Program SABDA 2.0, Seminar Asuh Bimbing Didik Anak telah berlangsung pada hari Ahad bersamaan 24 mei 2015 di Masjid Sultan Ahmad 1 anjuran HELWA ABIM dengan kerjasama Masjid Sultan Ahmad 1 beserta bantuan daripada wakil Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN ). Penceramah jemputan ialah Tuan Haji Ahmad Fakhri dan Puan Jamilah Samian, yang merupakan penulis buku "Cool Mom, Super Dad".

Penceramah telah mendedahkan kepada ibu bapa tentang cara yang terbaik untuk mendidik generasi Z, Y dan I yang sangat mencabar pada masa ini. Generasi Y, boleh dikategorikan sebagai 'teenagers'. manakala generasi I pula boleh dikategorikan sebagai 'screenagers'.

Hal ini disebabkan , mereka telah didedahkan dengan telefon pintar, tablet, laptop dan gadget- gadget pintar semenjak kecil lagi. Jadi ibu bapa yang masih muda amat memerlukan 'skill' bagi mendidik anak mereka, mengikut peredaran masa /zaman tetapi masih mengikut dalam acuan yang betul. Justeru,diharapkan program seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

 

 

Antara pengisian Cool Mum Super Dad yang telah berlangsung di Masjid Negeri, Kuantan pada Ahad, 24 Mei 2015:- Setiap...

Posted by ABIM Pahang on Tuesday, 26 May 2015
Read 1177 times
Rate this item
(0 votes)

Muktamar ABIM Kelantan Cermati Sosio-Politik Global Featured

May 19, 2015
Hit: 1160
Written by
Muktamar ABIM Kelantan Cermati Sosio-Politik Global

25 April 2015:- Muktamar Sanawi ABIM Negeri Kelantan Kali Ke-42 pada 25 April 2015 yang bertemakan 'Memperkasa Pendidikan, Meperkukuhkan Kebajikan, Memasyarakatkan ABIM Kelantan'. Muktamar kali ini dirasmikan oleh Y. Bhg. Saudara Mohammad Raimi bin Rahim yang merupakan Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM Pusat bertempat di Dewan Besar Kompleks Masjid Al-Hikmah Pusat Dakwah Islamiah ABIM Kelantan. Mohamad Raimi dalam ucapan perasmiannya mengimbau situasi semasa sosio-politik global terutama yang membabitkan gerakan Islam.

Gerakan Islam seperti ABIM tambah beliau perlu peka terhadap persekitaran global mereka serta merancang tindakan jangka panjang yang bersifat holistik terutama sekali dalam aspek tarbiah serta latihan ahli. Ustaz Muhammad Amin Abdullah telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua ABIM Negeri Kelantan yang baru sempena dengan muktamar ini. Jawatan Naib Yang Di Pertua HELWA (Hal Ehwal Wanita) telah diperkenalkan sempena muktamar ini. Jawatan ini adalah pengiktirafan kepada peranan aktivis HELWA yang rancak menggerakkan pelbagai program sehingga ke peringkat akar umbi.  

Read 1160 times
Rate this item
(0 votes)

Israk & Mikraj Serta Transformasi Belia Featured

May 18, 2015
Hit: 1131
Written by
Israk & Mikraj Serta Transformasi Belia

17 Mei 2015, Kota Kinabalu:-Program Bicara Sirah: Israk Mikraj dan Transformasi Belia sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2015 anjuran ABIM Sabah dengan kerjasama Majlis Belia Sabah dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Read 1131 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sabah Anjurkan Kuliah Tafsir Maudhuiyy: "Fitnah Seksual Dalam Pengkisahan Qur'ani"

9 Mei 2015:- ABIM Sabah meneruskan penganjuran Siri Kuliah Tafsir Maudhuiy (KTM) Siri Ke-23. KTM merupakan siri syarahan yang dibimbing oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil. KTM telah dianjurkan dengan jayanya semenjak 1998 dan kini melangkaui 70 siri. Perkongsian oleh Y.Bhg Dato' Dr. Siddiq Fadzil kali ini mengangkat tema "Fitnah Seksual Dalam Pengkisahan Qur'ani".

Tema ini membawa para hadirin menghayati 3 kisah fitnah seksual yang melanda para nabi. Ketiga-tiga kisah fitnah tersebut membabitkan fitnah ke atas Nabi Yusuf a.s oleh Siti Zulaikha, diikuti Kisah Musa a.s dan Kisah fitnah ke atas Aishah r.a menerusi peristiwa Hadirth al-Ifk. KTM sebelum ini mengangkat tema kepimpinan para Nabi seperti Nabi Daud serta Sulaiman, di samping ketabahan para nabi seperti Yusuf dan Musa dalam menyampaikan risalah dakwah mereka. Dan pastinya KTM turut mengangkat kisah serta ibrah perjuangan junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Read 1112 times
Rate this item
(0 votes)

Progam Sukarelawan Baru Hospital Visit ABIM Pahang Featured

May 11, 2015
Hit: 1210
Written by
Progam Sukarelawan Baru Hospital Visit ABIM Pahang

7 Mei 2015:- Sesi Suaikenal Penggerak Hospital Visit (HOSPIV) Negeri Pahang bertempat di Wisma Belia, Kuantan pada 7 Mei lepas. ABIM Pahang telah menjemput Pn. Rosnani, aktivis Islamic Outreach ABIM Pusat berkongsi pengalaman dalam bidang kesukarelawanan. Peserta-peserta yang hadir telah diperkenalkan dengan program-program kesukarelaan ABIM yang mana HOSPIV adalah salah satunya. Peserta juga turut didedahkan dengan kepentingan utk terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan. Program ini diakhiri dgn sesi menandatangani borang keahlian Sukarelawan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan sesi soal jawab daripada peserta. Program yang akan menyusul ialah Bengkel Latihan HOSPIV.

Read 1210 times
Rate this item
(0 votes)

Hari Sukan Taski ABIM Pahang Meriah Featured

Apr 27, 2015
Hit: 1497
Written by
Hari Sukan Taski ABIM Pahang Meriah

26 April 2015:- Alhamdulillah, Hari Sukan TASKI ABIM Pahang kali ke-25 berjalan dengan lancar. Program ini dianjurkan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat terutama bermula dari usia kanak-kanak. Pelbagai telatah serta aksi yang menghiburkan telah memeriahkan penganjuran Hari Sukan Rangkaian TASKI ABIM Negeri Pahang. Terima kasih kepada guru-guru, urusetia, Ibu bapa, anak-anak, dan semua yang menjayakan program ini.

 

Alhamdulillah, Hari Sukan TASKI ABIM Pahang kali ke-25 berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada guru-guru, urusetia,...

Posted by TASKI.TAHFIZ.TASKA ABIM Pahang on Sunday, April 26, 2015
Read 1497 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
Our website is protected by DMC Firewall!