ABIM Negeri

23 Jun 2012 - Kembalilah kepada Allah & Rasul untuk mencapai Cinta Hakiki. Begitulah penegasan yang dikemukakan Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq semasa mengisi Seminar Tertunaikan Cintamu? Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah pada 23 Jun yang lalu. Seminar tersebut dianjurkan secara bersama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit, Timbalan Setiausaha Tetap 1 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sabah.

22-23 Jun 2012:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Besut, Terengganu telah mengadakan Kem Motivasi Keibubapaan sempena Muktamar ABIM Daerah Besut Ke-37 baru-baru ini. Kedua-dua program tersebut diadakan di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu Darul Iman. Muktamar didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua ABIM Daerah Besut, Ustaz Zaiman Mansor dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Di Pertua ABIM Terengganu, Saudara Zukiefree Ibrahim.
Walaupun dipelopori dengan barisan kepimpinan muda serta kesibukan mengembangkan kerjaya, ia tidak menghalang samasekli ABIM Daerah Besut dari menaungi penduduk-penduduk daerah Besut dengan aktivisme dakwahnya terutama sekali menerusi Skuad Elit ABIM Besut.

22 Jun 2012:- Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menganjurkan beberapa siri “Wacana ABIM Bersama Umat”. Terdapat empat siri wacana kesemuanya, tatkala ABIM Kuala Langat telah berjaya menganjurkan tiga daripadanya.
Siri wacana ini dipimpin oleh mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Syukur, ketiga-tiga siri wacana ini mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Daerah Kuala Langat.

15-17 Jun 2012- ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan Muktamar Sanawi ke-33 mulai 15 Jun sehingga 17 Jun yang lalu. Menurut jurucakap ABIM Sarawak Mahathir Fatimah, muktamar pada kali ini membuka peluang untuk ABIM mendedahkan barisan kepimpinan muda yang konsisten dari segi komitmen dan bersedia berhadapan dengan cabaran-cabaran lingkungan seperti arus liberalisasi dan masalah sosial masyarakat.
"Muktamar ini menawarkan ruang percubaan kepada kita untuk menguruskan organisasi dalam pelbagai kaedah untuk dijadikan panduan untuk ABIM menyediakan pengurusan yang boleh menyumbang untuk kebaikan Ummah," jelas Mahathir Fatimah lagi yang sekali lagi ditanggungjawabkan selaku Setiausaha ABIM Sarawak.

17 Jun 2012 - Dr Zulkifli Hassan (Exco Syariah & Ekonomi Islam) telah meraikan guru-guru Taski serta Seri Al-Ummah ABIM Daerah Taiping sempena penganjuran Muktamar ABIM daerah tersebut pada 17 Jun yang lalu. Rangkaian Taski dan Seri Al-Ummah merupakan syiar utama dakwah serta pendidikan ABIM Daerah Taiping. Muktamar yang diadakan buat kali ke-39 ini merupakan sebahagian daripada siri-siri muktamar daerah yang sedang digerakkan di negeri Perak. Kemuncak kepada siri-siri muktamar ini ialah penganjuran Muktamar ABIM Negeri Perak selepas sambutan Aidilfitri kelak.

KUCHING 16 June 2012: Every Muslim has a part to play in ensuring that messages and teachings of Islam are disseminated to those interested to learn and embrace the religion. This was the general opinion of participants of the ‘Dakwah Volunteers Seminar’ organised in conjunction with the 33rd annual general meeting of the state’s Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) at Sarawak Training Centre, Telaga Air yesterday.

6 Jun 2012:- ABIM Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. ABIM Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut:-