ABIM Negeri

Wacana Fiqh Malaysia 2018: Gagasan Malaysia Baharu Dalam Pembangunan Masyarakat Plural

1 September 2018, Kota Kinabalu:- Wacana Fiqh Malaysia 2018: Gagasan Malaysia Baharu Dalam Pembangunan Masyarakat Plural anjuran WADAH-ABIM-SISMA dan Agensi yang memfokuskan kepada agenda pengisian untuk Malaysia Baharu demi menyantuni masyarakat plural di Malaysia. Agenda 'kepelbagaian dalam bingkai kesatuan' inilah yang cuba diterjemahkan dalam wacana ini. Kita mungkin kini nampak 'bersatu', namun bila-bila saja boleh berpecah akibat daripada kepentingan dan 'demand' bangsa dan kaum yang ada di Malaysia dan khususnya di Sabah.

Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat telah menyampaikan Ucap Utama kelmarin menegaskan tentang Piagam Madinah yang mengandungi 47 Fasal. Piagam Madinah adalah 'constitution' atau perlembagaan negara pertama yang bertulis ketika Baginda Rasulullah s.a.w berhijrah ke Kota Madinah Munawarah.

Bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w menyatukan seluruh penduduk Kota Madinah dengan satu perlembagaan yang adil sehingga yang bukan muslim turut menghormati Piagam Madinah kerana menjaga kebajikan dan kesejahteraan golongan Yahudi dan Musyrikin di Kota Madinah. Piagam Madinah ini berjaya mengikat semua masyarakat yang ada di Kota Madinah dengan adanya 'consensus' atau kesepakatan daripada semua pihak, mengambil kira semua faktor untuk hidup bersama dan hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

Sesuai dengan ajaran yang di bawa Rasulullah s.a.w, iaitu Islam, yang membawa kepada kesejahteraan kepada semua. Beliau turut berkongsi bagaimana Piagam Madinah menyatukan penduduk Madinah dengan penekanan terhadap 'Co-Existence', La Convivencia dan Fiqh Ta'ayush; iaitu hidup bersama dalam satu Negara.

Apabila masyarakat kita menghormati, menjaga kebajikan dan kesejahteraan antara satu sama, bekerjasama ke arah kebaikan (Al-Birr) dan bersama-sama melakukan perkara yang bermanfaat, maka kita dapat hidup dalam keadaan harmoni, sejahtera dan bersatu atas sebab kebaikan.

Read 1202 times
Rate this item
(0 votes)
Menyingkap Sejarah Islam Di Sarawak: Wawasan Islam Dalam Historiografi Sarawak

4hb Ogos 2018: Alhamdulillah, bertempat di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak, telah berlangsung Seminar Menyingkap Sejarah Islam Di Sarawak: Wawasan Islam Dalam Historiografi Sarawak, anjuran WADAH-ABIM-PERKEPIS Sarawak dengan kerjasama DBP. Menerusi program ini, para peserta dapat mendalami sejarah ketamadunan Islam di Serawak. Kisahnya begitu dinamik berkait dengan Kesultanan Brunei, peranan pedagang Arab, ketokohan para ulama dan jaringan kukuh intelektualisme Alam Melayu dan Timur Tengah. Cabaran besar masyarakat Islam Serawak masa kini bagaimana mengekalkan ketahanan dan keunggulan di era dunia terbuka dan perubahan politik dalam negara semasa. Sementara itu, setelah dua penggal memimpin ABIM Sarawak selaku Yang Dipertua, Sdr. Wan Azizan telah menyerahkan tampuk kepimpinan ini kepada Sdr. Muhammad Hazim. Turut hadir, Timbalan Presiden ABIM Pusat, Sdr. Mohd Khairul Anwar Ismail.

Read 1168 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Kedah Anjur Dialog Gerakan Belia Pasca Malaysia Baharu

4hb Ogos 2018: Alhamdulillah, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden ABIM serta Majlis Belia Malaysia (MBM), telah mewakili ABIM Pusat, untuk menghadiri Muktamar Sanawi ABIM Kedah. Keunikan ABIM Kedah pimpinannya banyak dibarisi para asatizah keluaran pondok dan Timur Tengah. Tidak kurang juga mereka ini sebahagiannya ahli PAS dengan membawa aliran sederhana dan intelektual. Politik kepartian adalah pilihan masing-masing yang wajar dihormati. Tradisi ABIM, ialah pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan besar dalam parti. Jika mereka pemegang jawatan besar politik mereka harus meletak jawatan namun boleh terus kekal sebagai ahli ABIM. ABIM sebagai gerakan non-partisan namun meraikan cross-partisan. Perwakilan ABIM Kedah mencadangkan penubuhan Akademi Kepimpinan ABIM di Beris Sik dan Pusat Bimbingan Juvana. Ucaptama disampaikan oleh Y. B Dato’ Ahmad Bin Kasim, Speaker DUN Kedah. Program ini turut menampilkan Y.B. Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (Ahli Parlimen Sik dan AJK PAS Relief Malaysia) serta Y.B. Saudara Noor Amin Ahmad (Ahli Parlimen Kangar dan Ketua Biro Latihan AMK). Dialog gerakan belia pasca Malaysia baharu boleh ditonton di sini:

Read 1252 times
Rate this item
(0 votes)

Tuisyen Percuma Abang-Kakak ABIM Wilayah Persekutuan Featured

Jul 05, 2018
Hit: 1240
Written by
Tuisyen Percuma Abang-Kakak ABIM Wilayah Persekutuan

Kelas Tuisyen Abang Kakak anjuran Abim Wilayah Persekutuan telah disambung kembali selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu dengan matapelajaran Bahasa Melayu oleh Cikgu Fazliyana (Sabtu) Exco PPIWP dan Sains oleh Cikgu Sakinah (Ahad) Exco Abim Wilayah. Pogram yang telah diadakan di PPR Seri Sarawak ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan kerjasama yang sangat baik daripada penduduk-penduduk di sana. Ramai murid-murid yang menghadiri kelas ini adalah pelajar-pelajar Darjah 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga mereka semuanya memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

Read 1240 times
Rate this item
(0 votes)

Ihya Ramadhan Kampung Bengkalalak Featured

May 28, 2018
Hit: 1279
Written by
Ihya Ramadhan Kampung Bengkalalak

Seramai lebih dari 80 orang penduduk Kg. Bengkalalak & sekitarnya (Kampung sekitar yang terlibat ialah Kg Berumbai, Kg Kangsa, Kg Kukup dan Kg Mentulut) hadir Program Ihya Ramadhan anjuran KBSS, JHEAINS & ABIM Sabah pada 27 Mei 2018 (Ahad) bertempat di Masjid Kg. Bengkalalak. Kampung sekitar yang terlibat ialah Kg Berumbai, Kg Kangsa, Kg Kukup dan Kg Mentulut Beaufort Turut hadir adalah Ketua kampung dan Pengerusi Masjid serta YDP ABIM Sabah dalam majlis penutupan dan berbuka puasa. Ini antara program kemasyarakatan yang digerakkan oleh ABIM Sabah dalam bulan Ramadhan tahun ini

Read 1279 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Perak Santuni Gelandangan Serta Petugas Hospital Di Ipoh.

26 Mei 2018: Alhamdulillah, ABIM Perak telah menggerakkan Program Semurni Kasih Ramadan Singgah Sahur di Pekan Ipoh dan Hospital Besar Tuanku Bainun. Mudah-mudahan, barangan sumbangan yang disampaikan kepada penerima meringankan beban mereka pada bulan yang penuh kesyukuran ini. Terima kasih buat semua penyumbang dan teruskan menyumbang sempena Ramadan mulia ini.

Read 1503 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM NS Dan Lazz Susu Kambing Serahkan Sumbangan KSSB Di Port Dickson

26hb Mei 2018: Alhamdulillah, ABIM Negeri Sembilan, Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan - PPINS dan LAZZ Susu Kambing telah menyampaikan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) di Port Dickson. Mudah-mudahan, barangan sumbangan yang disampaikan kepada penerima meringankan beban mereka pada bulan yang penuh kesyukuran ini. Terima kasih buat semua penyumbang dan teruskan menyumbang sempena Ramadan mulia ini.

Read 1339 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Our website is protected by DMC Firewall!