×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Wacana 40 Tahun ABIM Selangor

May 26, 2012 Hit: 1457 Written by 
Wacana 40 Tahun ABIM Selangor

26 Mei 2012 - Bait Celik Mata, Celik Hati yang dideklamasi menerusi sajak nukilan mantan Yang Di Pertua ABIM Selangor, Cikgu Muslimin Yaakop, telah mewarnai kemeriahan Wacana Pengkisahan Sambutan 40 Tahun ABIM di Sementa, Klang 26 Mei yang lalu. Wacana tersebut dianjurkan sempena penganjuran Ijtimak Harakiy kali pertama WADAH-ABIM-PKPIM(PEPIAS) peringkat negeri Selangor mulai 26 Mei sehingga 27 Mei yang lalu.

"Celik Mata, Celik Hati, 40 tahun usia ABIM, terkenal sebagai gerakan Islam, Berdakwah tidak dilupakan, Tarbiyyah teras kekuatan," merupakan sebahagian petikan yang dideklamasikan Cikgu Muslimin yang berperanan selaku moderator wacana tersebut yang dibarisi oleh generasi pengasas awal ABIM Negeri Selangor; Tuan Haji Muhamad Salleh Abu Bakar, Ustaz Arshad Taib, Tuan Haji Kasno, dan Tuan Haji Mukhtar Ramli.

Di samping berkongsi pengalaman mengembangkan dakwah serta mengasaskan institusi dakwah seperti TASKI, para panelis turut menekankan kepentingan kepada generasi muda untuk terus Istiqamah dalam ibadah serta amal jamai'eyy sebagai bekalan penting seorang pendakwah."Jadikan usrah serta program tarbiyyah sebagai KPI utama dalam menilai prestasi ABIM secara keseluruhannya," saran Ustaz Arshad Taib.

"Keikhlasan merupakan esensi penting dalam perjuangan di samping mengikuti usrah, tamrin serta seminar. Para pemimpin yang ingin diangkat perlu dilengkapi dengan kualiti-kualiti kepimpinan serta sahsiah yang positif untuk mendepani cabaran yang mendatang," jelas Tuan Haji Kasno yang turut mengimbau pengalaman ABIM Negeri Selangor menangani perbezaan pemikiran serta idea yang berlaku ketika era awal penubuhan ABIM.

Menyingkapi fenomena-fenomena dakwah semasa yang membayangi perkembangan ABIM, Tuan Haji Mukhtar Ramli menyakinkan generasi baru penggerak ABIM bahawa mereka seharusnya merasa bersyukur kerana memilih untuk bersama dengan gerakan ini (ABIM)."Dengan teras gerakan yang mantap serta kukuh, ABIM terbukti berjaya mengatasi pelbagai cabaran persekitaran. Tarbiyyah serta latihan yang dikemukakan ABIM terbukti membantu para penggeraknya melepasi pelbagai cabaran serta rintangan yang dihadapi dalam hidup mereka," ujar beliau sambil mengaitkannya dengan pengalaman para penggerak awal ABIM.

Last modified on Thursday, 12 June 2014 13:13
Read 1457 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd