×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 274

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Jelmakan Budaya Harakiyyah Dalam Kehidupan: YDP ABIM JOHOR

May 19, 2012 Hit: 1317 Written by 
Jelmakan Budaya Harakiyyah Dalam Kehidupan: YDP ABIM JOHOR

19 Mei 2012 - Seluruh warga ABIM di negeri Johor diseru untuk menyerlahkan dan mengaplikasikan konsep hidup dan budaya keilmuan-kerohanian-harakiah terutamanya dalam melaksanakan tanggungjawab ibadah bekerja masing-masing walau dalam bidang apa sekalipun, demikian pesanan dan amanat Ustaz Haji A. Razak Aripin, Yang Di-Pertua ABIM Negeri Johor ketika menyampaikan ucaptama beliau pada Muktamar Sanawi ABIM Negeri Johor ke-39 yang bertempat di D’Impian Resort & Training Centre, Parit Jawa, Muar, Johor pada 19 hingga 20 Mei 2012 yang lepas.

Dengan mengangkat slogan “Institutsi Haraki Tunjang Memberdaya Ummah”, perhimpunan tahunan yang telah mengumpulkan lebih 160 orang penggerak dan pimpinan utama ABIM dari seluruh negeri Johor ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan bersekali dengan Muktamar Sanawi WADAH Negeri Johor ke-6. Bersempena dengan muktamar pada tahun ini juga, telah dijalankan 2 program lain iaitu Hari Ikatan Keluarga dan Seminar Pendidikan Wadah Pencerdasan Umat yang melibatkan keluarga besar jamaah WADAH-ABIM-KPIJ termasuk staf daripada agensi-agensi ABIM Negeri Johor.

Hadir merasmikan Muktamar Sanawi ABIM Negeri Johor ke-39 tersebut ialah Saudara Jufitri Joha, Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM Pusat yang banyak menekankan tentang peri pentingnya ABIM agar dapat menonjolkan belia yang berketrampilan dan berkebolehan. Beliau juga turut berkongsi pandangan dan pendirian ABIM berkenaan beberapa isu-isu semasa termasuk kempen Save Syria.

Pada muktamar kali ini juga telah diadakan program bersama masyarakat melalui pengisian tazkirah maghrib di Masjid Jamek Al-Ehsan, Parit Jawa yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohammed Fauzi Othman (WADAH Negeri Johor) melalui tajuk “Pendidikan Luqman Al-Hakim” dengan sambutan menggalakkan dari masyarakat sekitar.

Manakala pada Seminar Pendidikan Wadah Pencerdasan Umat pula telah membariskan 6 orang ahli panel yang mewakili pelbagai latar pendidikan iaitu, Dr. Azlina Mohd Kosnin (UTM), Hjh. Rohaya Abdul Razak (IPTI), Hjh. Zarimah Darmo (SMKT Perdagangan), Prof. Madya Ustaz Azmi Shah Suratman (UTM), Hj. Kassim Thukiman (UTM), dan Hj. Shafudin Mohd Yatim (UTM) yang menyentuh tentang isu-isu pendidikan dan profesionalisme keguruan, selain pemerkasaan pendidikan rabbani.

Last modified on Thursday, 19 June 2014 06:05
Read 1317 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd