×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Ibu Bapa Meriahkan Hari Sukan SRI & Taski ABIM Klang

Apr 22, 2012 Hit: 2291 Written by 
Ibu Bapa Meriahkan Hari Sukan SRI & Taski ABIM Klang

22 April 2012 - Seramai 860 kanak-kanak telah memeriahkan penganjuran Hari Sukan & Keluarga Taski Sri ABIM Al-Firdaus pada 22 April yang lalu. Program ini dianjurkan membabitkan para pelajar serta ibu bapa dari rangkaian Taski ABIM Al-Firdaus serta Sri Tahfiz Al-Firdaus Klang. Pelbagai acara sukan rakyat telah dipertandingkan seperti Kitar Semula, Pulau Impian (gambar di atas), Bawa Bola Ping Pong serta beberapa acara lain.

Turut memeriahkan penganjuran program ini, ialah acara sukan untuk pasangan suami isteri (Sambutlah Sayang) serta acara tarik tali antara guru serta bapa para pelajar. Hari Sukan & Keluarga Tasri Sri ABIM Al-Firdaus ini telah dirasmikan oleh Saudara Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab. Rahim serta Yang Dipertua ABIM Daerah Klang, Saudara Farid Wajdi. Menurut Tuan Haji Muslimin Yaakop, Pengerusi SRI & Taski ABIM Al-Firdaus, penganjuran hari sukan & keluarga ini turut mendapat sokongan yang memberangsangkan daripada ibu bapa serta masyarakat sekitar daerah Klang.

"Ibu bapa serta masyarakat turut menjadi ahli jawantakuasa yang merancang serta menggerakkan kemeriahan program ini di samping guru-guru serta staf SRI & Taski ABIM Al-Firdaus," jelas beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Muslimin. Tambah beliau, hubungan rapat antara penggerak Sri & Taski serta masyarakat secara langsung banyak membantu perkembangan institusi (Sri & Taski) ini di daerah Klang. Sri ABIM Al-Firdaus menawarkan silibus pengajian hafazan Al-Qur'an untuk para pelajar sekolah rendah manakala Taski pula untuk sessi pembelajaran pra-sekolah rendah. (Untuk koleksi gambar sepanjang Hari Sukan & Keluarga Taski ABIM Al-Firdaus 22 April 2012, sila klik Facebook ABIM Klang).

Read 2291 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd