×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Polemik PTPTN-UNISEL Jangan Perjudikan Nasib Pelajar!

Jun 06, 2012 Hit: 1288 Written by 
Polemik PTPTN-UNISEL Jangan Perjudikan Nasib Pelajar!

6 Jun 2012:- ABIM Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan  sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. ABIM Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut:-

Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan. ABIM Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), UNISEL pasti telah memenuhi syarat asas menerima pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan.

Bahkan ABIM Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di UNISEL. Menilai implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan sistem pendidikan di negara ini, ABIM Negeri mendesak penyelesaian segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit. ABIM Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar.

Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting. Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan. Oleh yang demikian, ABIM Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini.

Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan. Mengambil kesempatan ini, ABIM Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan, memandangkan ia menyentuh secara langsung imej UNISEL selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar.

"Menegakkan Kebenaran dan Keadilan"

Khairuddin Bin Abas
Yang Di Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor

Last modified on Thursday, 19 June 2014 06:05
Read 1288 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...

Our website is protected by DMC Firewall!