×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

ABIM anjur Siri Wacana Bersama Umat di Kuala Langat

Jun 22, 2012 Hit: 1243 Written by 
ABIM anjur Siri Wacana Bersama Umat di Kuala Langat

22 Jun 2012:- Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menganjurkan beberapa siri “Wacana ABIM Bersama Umat”. Terdapat empat siri wacana kesemuanya, tatkala ABIM Kuala Langat telah berjaya menganjurkan tiga daripadanya.

Siri wacana ini dipimpin oleh mantan Yang Dipertua (YDP) ABIM Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Syukur, ketiga-tiga siri wacana ini mendapat sambutan baik daripada kalangan penduduk Daerah Kuala Langat.

Siri 1 Wacana ABIM bersama Umat: “Qazaf: Menjawab Fitnah”

2hb Jun 2012: Dalam siri pertama wacana ini, Ustaz Zawawi memberikan pencerahan kepada Jemaah Masjid Kebun Baru, Batu 10, berkenaan isu qazaf. Menurut Ustaz Zawawi, bagi melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia, Islam menolak fitnah dan dakwaan liar yang dibuat di luar prosiding perundangan tanpa saksi mencukupi. Di dalam Islam, kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti-bukti yang berikut iaitu ‘syahadah’ (penyaksian); ‘ikrar’ (pengakuan) dan/atau ‘yamin’ (sumpah).

Siri 2 Wacana ABIM bersama Umat: “Fahaman Syiah di Malaysia”

14hb Jun 2012: Untuk siri kedua wacana ini, Ustaz Zawawi mengupas isu Syiah berdasarkan beberapa kitab dan buku. Antara buku yang dibedah ialah buku “Siapa Syiah Sebenarnya?” nukilan Ustaz Abdullah Din, Timbalan YDP ABIM Negeri Kedah. Majlis ilmu ini telah dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, 14 Jun 2012 di Masjid Jamiul Ehsan, Sijangkang oleh ABIM Daerah Kuala Langat.

Siri 3 Wacana ABIM bersama Umat: “Watak dan Jati Diri Muslim”

22hb Jun 2012: Sewaktu sesi ketiga wacana, Ustaz Zawawi berhujah berkenaan perlunya individu Muslim memperkasakan watak dan jati diri untuk menjadi pejuang kemakrufan dan penentang kemungkaran. Beliau merujuk kepada karya besar terkini mantan Presiden ABIM, Al-Fadhil Dato’ Dr Siddiq Fadzil bertajuk “Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat.” Wacana ini dianjurkan di Masjid Al-Hidayah, Telok Panglima Garang

Read 1243 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

Reconversion of Hagia

Our website is protected by DMC Firewall!