×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 281

ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

ABIM Lancarkan Fasa Kedua Misi Pasca Bencana Banjir Mulai 13 Disember-15 Disember 2013

Dec 12, 2013 Hit: 1272 Written by 
ABIM Lancarkan Fasa Kedua Misi Pasca Bencana Banjir Mulai 13 Disember-15 Disember 2013

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah melancarkan 3 misi bantuan banjir serentak sempena cuti umum Hari Keputeraan Sultan Selangor semalam (11 Disember 2013). Delegasi sukarelawan ini telah diketuai oleh Presiden, Amidi Abd Manan serta Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz telah melawat beberapa kawasan sekitar Chenor, Maran, Pahang. Misi di Maran diselaras oleh Saudara Mahadi Deraman, Exco ABIM Pahang yang juga merupakan Naib Pengerusi 1 Sekretariat Sukarelawan Banjir Majlis Belia Negeri (MBN). Tinjauan dan penghantaran bantuan terpaksa menggunakan beberapa buah bot untuk mengharungi Sungai Pahang. Hal ini kerana jalan utama ke SK Kebangsaan Kertau yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir terputus akibat digenangi air setinggi lebih 2 meter. Perjalanan ke SK Kertau dengan menggunakan bot ini mengambil masa kira-kira 30 minit dalam keadaan hujan lebat.

Ketika kunjungan delegasi tersebut, tingkat satu sekolah berkenaan turut digenangi air. Penduduk yang mendapatkan perlindungan terpaksa menggunakan tingkat dua dan tiga bagunan sekolah tersebut. Kami dimaklumkan bahawa kawasan ini terputus hubungan selama 6 hari terutamanya kepada mangsa yang tidak berlindung di SK Kerdau. Terdapat seramai 122 orang mangsa di tempatkan disini yang melibatkan 41 buah keluarga. Sumbangan asas turut diserahkan kepada Guru Besar sekolah untuk membantu meringankan beban mangsa.

Terdahulu, Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, turut menyerahkan sumbangan seberat 8 tan untuk mangsa banjir di sekitar Chenor serta Maran. Sumbangan itu diserahkan menerusi Penghulu Chenor dan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (gambar dibawah). Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada 60 tan jumlah keseluruhan sumbangan Tabung Bencana Banjir ABIM Pahang yang telah dilancarkan semenjak 4 Disember 2013 yang lalu.

ABIM juga turut menghantar misi bantuan bencana banjir di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Ubai, Pekan, Pahang Darul Makmur. Misi ini telah dianggotai seramai 30 orang sukarelawan muda IPTA dan IPTS Lembah Kelang. Mereka juga telah melawat pusat pemindahan banjir di SK Ubai dan melakukan kerja-kerja kesukarelaan. Selain itu agensi ABIM iaitu Global Peace Mission (GPM) turut menghantar skuad sukarelawan mereka ke Kemaman.

Misi ke sana dengan membawa bantuan pelbagai barang keperluan. Sukarelawan mereka juga akan membantu kerja - kerja pembersihan.Sepanjang berada di sana, mereka telah membersihkan kawasan pusat perlindungan tersebut, menyediakan makanan selain menyalurkan sumbangan-sumbangan yang diterima daripada rakyat Malaysia. Para sukarelawan juga turut mengedarkan barangan sumbangan orang ramai di Kampung Razali dan Kampung Belukar di Kuantan yang turut terjejas akibat banjir. Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menghantar sebanyak 800 kampit beras untuk di edarkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kuantan yang diuruskan oleh ABIM Pahang. Selain itu sebanyak 4000 roti hasil sumbangan Syarikat Roti Gardenia telah diedarkan di Kuantan, Maran, Kemaman dan Batu Pahat oleh Sukarelawan ABIM.

ABIM akan menggerakkan misi kedua pasca bencana banjir mulai esok (Jumaat 13 Disember, 2013). ini merangkumi gerak kerja membersihkan serta memperbaiki kediaman-kediaman mangsa banjir di sekitar kawasan Kemaman, Kuantan, Pekan serta Temerloh. ABIM masih mengalu-alukan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan misi bantuan minggu ini terutama bagi membeli peralatan mencuci dan sebagainya. Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun ABIM Pusat: Maybank 564221610116.

(Nota: Maklumat lanjut berhubung dengan Misi Bantuan Banjir ABIM boleh diperolehi melalui laman web abim (www.abim.org.my) dan facebook page (aktive fast/FB Page abim). Maklumat lanjut boleh hubungi talian (019-3826700: U.P Firdaus serta emelkan pertanyaan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Last modified on Thursday, 19 June 2014 02:09
Read 1272 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Our website is protected by DMC Firewall!