ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

Pertandingan Bercerita Nabi Muhammad S.A.W Anjuran ABIM Sarawak Featured

Mar 18, 2015 Hit: 1623 Written by 
Pertandingan Bercerita Nabi Muhammad S.A.W Anjuran ABIM Sarawak

12 hingga 14 Mac 2015:- Selesai sudah Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad SAW dan Program Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah 3 hari berturut-turut dari 12 hingga 14 Mac 2015 Anjuran Bersama Kelab Kebajikan Dewan Suarah Kuching serta beberapa NGO lain termasuk Abim Sarawak serta dibantu oleh agensi2 dan jabatan kerajaan yang lain, antaranya PDRM, Hospital Umum Sarawak dan lain-lain.

Penghargaan tidak terhingga kepada Tuan Haji Jumaat Hj. Ibrahim dan Tuan Hj. Sirat Hj. Ibrahim, Kelab Kebajikan Dewan Suarah, yang telah memberi peluang Abim Sarawak untuk bekerjasama diwakili oleh Biro Ikhtisas ABIM Sarawak, Ustaz Haji Husaini Hamdan Al Husaini beserta dengan rakan-rakan kumpulan NGO yang lain, berhempas pulas bagi merealisasikan Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad saw bertempat di Dewan Suarah Kuching Sarawak dan Majlis Khatan beramai-ramai bersempena cuti sekolah di Hospital Umum Sarawak yang berlangsung dari 12hb Mac hingga hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah juga disempurnakan dan diserikan lagi dengan kehadhiran YA Berbahagia Datin Patinggi Dato' Hjh. Jamilah Hj. Anu, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, yang begitu tinggi naluri keibuannya dan sarat dengan nasihat dan amanat tulus dari hati kepada semua ibu bapa, guru-guru dan anak-anak pelbagai peringkat umur serta para hadirin.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua badan NGO yang menjayakan program dan terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput barisan pimpinan EXCO ABIM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan majlis dan diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderahati kepada YA Berbahagia Datin Patinggi Dato' Hjh. Jamilah Hj. Anu oleh YDP ABIM SAR Ustaz Suharman Edward Edward. Semoga berkat kerjasama yang baik atas penganjuran program sebegini akan berterusan di masa2 yang akan datang.

Read 1623 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...

ABIM Negeri

Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd