ABIM Pusat

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE Kepada Penjara Pulau Pinang.

 

13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri (PPE), pelitup muka, serta sarung tangan sumbangan daripada MBSB Bank telah disampaikan melalui ABIM dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Sumbangan termasuk 50 set makanan asasi daripada Kempen Seorang Sekampit Beras (#KSSB) kepada para petugas penjara yang menjalani PKPD dalam kuarters.

PPE Penjara Pulau Pinang 2

Wakil Penjara, Tuan Roslan Hj Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang); Tuan Suhairi (Timbalan Pengarah) dan Tuan Jusoh Ismail (Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang).

ABIM Pusat diwakili oleh Ketua Biro Kemanusiaan, Puan Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim, manakala GPM diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALP), Puan Maria Kamel.

PPE Penjara Pulau Pinang 3

---

Read 65 times
Rate this item
(0 votes)
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak Daripada Jadi Mangsa Gangguan Seksual.

 

22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur Majdina Nordin berkongsi tentang topik “Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak” bersama penduduk Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor di dalam program anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB).

Program yang dianjurkan di Dewan Semai Bakti Felda Sungai Tengi ini membincangkan tentang isu gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan Hak kanak-kanak. Terima kasih IWB dan para peserta.

Program ini mendapat kerjasama Pengurusan Felda, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Sungai Tengi serta Pusat Wanita Berdaya (PWB) Hulu Bernam.

120374477 3370837292962783 7080441548742623284 o

Penyelaras Dun Hulu Bernam, Tuan Haji Amran Mohd Sakir hadir untuk memberi ucapan aluan. Di samping Ahli Majlis Hulu Bernam Puan Rohani dan Penyelia Pusat Wanita Berdaya Puan Fazlina bagi memeriahkan bengkel ini.

Lebih dari 50 peserta wanita dari Felda Sungai Tengi dan Felda Soeharto telah bersama-sama menghayati modul Undang-undang gangguan seksual, keganasan rumah tangga dan Perlindungan Kanak-kanak, Polis dan Hak asasi anda.

120243893 3370837199629459 2389795282057656562 o

Teruskan menjadi wanita berilmu, mendapat akses dan membina sistem sokongan serta ekosistem positif.

Read 149 times
Rate this item
(0 votes)

Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat. Featured

Sep 30, 2020
Hit: 165
Written by
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.

 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM)

28 September 2020, Shah Alam:- dan Tibetan Budhhist Culture Center Malaysia (Pusat Kebudayaan Buddhist Tibet Malaysia, TBCC) telah mengadakan dialog antara agama dua hala antara agama Islam dan Buddha pada 11:30 pagi, 28 September 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.


Siaran dialog tersebut turut disiarkan melalui Facebook Live dan Youtube Live. Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia telah mengikuti dialog tersebut melalui saluran Facebook live.


Dialog tersebut dibicarakan oleh dua orang tokoh agama yang terkemuka iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dari Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan His Holiness Dalai Lama yang ke-14 yang berada di Dharamsala, India. Manakala moderator bersama terdiri daripada Presiden kedua-dua pertubuhan penganjur iaitu Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (ABIM) dan Sdr. Vsdey Liu (TBCC).


Prof. Dr. Osman menyatakan bahawa agama Islam dan Buddha merupakan dua agama yang paling ramai dianuti di Malaysia dan Asia Tenggara. Setiap agama mempunyai persamaan dan perbezaan.

Dialog antara agama bertujuan mencari persamaan nilai dan pada masa yang sama mengenal pasti perbezaan yang wujud dan mencari titik persamaan untuk meminimumkan perbezaan.

Kasih sayang merupakan inti pati ajaran Islam dan juga agama lain walaupun istilah yang digunakan berbeza atau diekspresikan dan difahamkan melalui cara yang berbeza. Dalam agama Islam, kasih sayang dikenali sebagai “rahmah” yang merangkumi makna kasih sayang, belas kasihan, kebajikan, simpati dan sebagainya. Ia mempunyai makna yang hampir sama dengan “karuna” (compassion) dalam agama Buddha dan “love” (kasih sayang) dalam konteks agama Kristian.

prof osman bakar

Rahmah merupakan sifat yang utama dalam agama Islam kerana ia adalah sifat kemanusiaan dan Ilahi. Ar-Rahman merujuk kepada kasih sayang Tuhan yang tidak terhingga (infinite mercy) dan Ar-Rahim merujuk kepada belas kasihan Tuhan yang tidak terhingga (infinite compassion) untuk sifat kemanusiaan demi tujuan penyelamatan (salvation). Nabi Muhammad S.A.W. adalah personifikasi kasih sayang Ilahi kepada semua ciptaan-Nya tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim.

H.H. Dalai Lama menyatakan bahawa beliau telah menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga Islam sejak zaman kanak-kanak di tempat asalnya. Keharmonian agama kerap dipromosikan oleh kerajaan beliau kerana kedamaian dan keharmonian merupakan sebahagian daripada sifat semula jadi manusia (human nature) kerana manusia adalah makhluk sosial yang tidak dapat diasingkan daripada komuniti sejak dilahirkan.

Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada rasa penyayang (sense of caring). Oleh itu, dalam dunia kini, semua orang mengharapkan hidup yang bahagia. Kasih sayang dan belas kasihan merupakan teras kelangsungan hidup semua manusia. Walaupun wujudnya falsafah dan konsep yang berbeza mengikut agama yang berbeza, semua agama menekankan sifat kasih sayang.

Sejak 3000 tahun yang lalu, India menekankan konsep “Ahimsa” (non-violance) dan “Karuna” sebelum kewujudan agama Buddha. Konsep pembangunan minda juga diberi perhatian melalui meditasi untuk menangani isu dan melatih emosi yang positif serta membangunkan kearifan. Begitu juga, sifat-sifat tersebut diketengahkan oleh Buddha. Kita perlukan kasih sayang untuk menjadikan hidup kita lebih bahagia.

dalai lama

Terutama pada abad 21, adalah lebih penting untuk membina keamanan dalaman minda kita untuk mempraktikkan belas kasihan dan kasih sayang sebagai seorang manusia tanpa mengira agama.

Beliau juga menekankan kepentingan pendidikan nilai-nilai murni bagi menyemai minda yang positif dan bersih. Penawar kepada kebencian adalah kasih sayang.

Oleh itu, keharmonian agama adalah sangat penting sama ada antara agama (interfaith) atau dalam agama (intrafaith).

Pada penghujung dialog, Prof. Dr. Osman menyeru semua peserta supaya mendidik diri sendiri untuk mengamalkan belas kasihan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian dan sentiasa berfikir serta bertindak untuk kebaikan sejagat.

Kesimpulannya, kasih sayang dan belas kasihan merupakan sifat semula jadi manusia yang wajib dipupuk. Ia diperlukan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Pendidikan adalah salah satu instrumen yang penting untuk membudayakan kasih sayang dan belas kasihan.

Kita harus lebih berfokus kepada persamaan berbanding dengan perbezaan. Kedamaian dalaman merupakan penawar bagi mengubati kebencian dan kemarahan.

Read 165 times
Rate this item
(0 votes)

ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi. Featured

Sep 22, 2020
Hit: 176
Written by
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.

 

16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, menzahirkan penghargaan kepada warga ABIM Wilayah yang bergiat aktif menghulurkan bantuan kepada untuk mengisi keperluan membantu golongan miskin bandar termasuk pelarian dan tenaga buruh asing yang terjejas akibat wabak Covid-19.  

“Kita perlu tadabbur Al-Quran berasas konsep "interpretasi untuk aksi" dengan memahami tanggungjawab kita untuk memastikan misi Al-Quran untuk keluarkan manusia dari kelemahan fundamental realiti kehidupan dapat dilaksanakan,” tegas beliau sambil menambah:

“Justeru dalam aksi dakwah kita menerusi Abim Wilayah Persekutuan harus sentiasa bersama denyut nadi ummah termasuk meraikan penduduk PPR dan menyantuni kelompok B40 yang amat memerlukan perhatian. Istimewanya ABIM kerana ia lahir atas tuntutan umat! Ia bukan seperti mana-mana organisasi atau parti politik yang terbentuk atas pecahan atau memenuhi kemahuan peribadi ”.

muktamar abim wilayah

Mengulas mengenai ucapan yang dikongsikan Presiden ABIM tersebut; Saudara Aliemran menyifatkan ia mengisyaratkan bahawa ABIM perlu berperanan sebagai sebuah gerakan aksi dan intepretasi. Aksi ABIM adalah aksi bakti kepada umat.

“Menghayati surah Al-Maun bukan sekadar baca dan faham. Tetapi diterjemahkan dengan aksi. Yang dinamakan pertolongan itu seharusnya dihulurkan kepada semua selagi bergelar manusia tanpa menafikan warna kulit agama mahupun Negara,” jelas Aliemran yang turut membentangkan ucapan dasar untuk menggambarkan halatuju ABIM Wilayah Persekutuan pada masa akan datang bertemakan “Dinamika Dakwah Metropolitan Dalam Era Resam Baharu”.

Ucapan dasar tersebut Antara turut mengetengahkan enam manifesto kepimpinan ABIM Wilayah Persekutuan seperti berikut:-

MANIFESTO 1: Pengukuhan Usrah Unit Sebagai Tulang Belakang Pembangunan Daerah

MANIFESTO 2: Membangunkan Masyarakat Setempat dengan Memanfaatkan Pusat Kegiatan (One Stop Center) dan Rumah ABIM.

MANIFESTO 3: Agenda Pendidikan Masyarakat

MANIFESTO 4: Meneroka Niche Baharu Belia

MANIFESTO 5: Mengembangkan Institusi Pendidikan ABIM

MANIFESTO 6: Membudayakan Watak Murobbi dalam Kalangan Aktivis ABIM Wilayah Persekutuan.

 

Pemberdayaan Daerah & Akar Umbi

Penghujung muktamar ABIM Wilayah Persekutuan ini turut menyaksikan sesi penyerahan Dana dan Fail Kegiatan Dakwah daripada ABIM Wilayah kepada ABIM Daerah. Antaranya, ABIM Setapak (ASET), Wangsa Maju (ADWAM), Bandar Tun Razak (ATUR) dan ABIM Titiwangsa (ADAT) (Gambar Dibawah).

watikah abim wilayahSetiap daerah menerima Dana sebanyak RM1000.00 dan Fail Kegiatan Dakwah. Mudah-mudahan membantu menggerakkan agenda Dakwah dan Tarbiyah di peringkat negeri dan daerah.

Dengan penuh rendah dirinya kami mengumumkan Senarai Nama Kepimpinan AWP dan Perwakilan ABIM WP daerah Sesi 21/22

Yang Dipertua: Muhammad Aliemran Norasid
Timb. yang Dipertua: Abdul Halim Hamid
Naib yang Dipertua: Mohd Hanif Samsudin
Naib yang Dipertua 2: Wan Najihah Wan Hassan
Setiausaha Negeri: Khairul Fahmi Helmi Muharor
Penolong Setiausaha: Dhiyauddin Athir Nadzari
Setiausaha Kewangan: Khairul Azhar Khayun
Pen. S/usaha Kewangan: Nurul Afifah Jamaludin

Dakwah Tarbiyah: Hafidz Md Salam
Dakwah Tarbiyah: Siti Hajar Salihuddin
Dakwah Tarbiyah: Mohd Safwan Zul Abidin
Exco Belia: Mohammad Ridhwan Rosli
Exco Belia: Mohamad Redzuan Mohd Shakri
Exco Pendidikan: Muhammad Khusyairi Mohd Akhir
Exco Pendidikan (masyarakat madani): Mohd Syazwanuddin Shaharuddin
Pembangunan Sosial: Nik Muhammad Ismail Nik Yusof
Pembangunan Keluarga: Nur 'Alia Amir Hamzah
Pembangunan Keluarga: Rosma Aisyah Abdul Malek
Dokumentasi Penerbitan: Mohamad Yusof Abdul Karim

==================================

ABIM daerah Setapak: Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
ABIM daerah Wangsa Maju: Ahmad Hamizan Ahmad Horman
ABIM daerah Titiwangsa: Muhammad Syafiq Ibrahim
ABIM daerah Bandar Tun Razak: Hibatul Wafi Jamaludin

Read 176 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan Generasi Muda Menjelang Pilihanraya Negeri 26 September Ini.

 

18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah merujuk kepada suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 yang kini dalam fasa berkempen. Kehangatannya dirasakan bermula dengan penamaan calon pada 12 September 2020 yang lalu, dan berakhir dengan kemuncak hari pembuangan undi pada 26 September 2020 akan datang.

PRN Sabah kali ini menyaksikan sejumlah 447 orang calon bakal berentap merebut 73 kerusi bagi seluruh negeri Sabah, dengan jumlah pemilih berdaftar sekitar 1.124 juta orang yang akan menentukan masa depan mereka, iaitu kurang sepuluh (10) hari lagi dari sekarang.

Pihak kami meyakini bahawa Pilihan Raya yang dijalankan di Sabah kini, merupakan suatu medan bagi memanifestasikan kuasa rakyat dalam menentukan masa depan bersama dengan memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Oleh yang demikian, Pilihan Raya haruslah menjadi suatu medan yang benar-benar telus dan berintegriti. Justeru, keputusan Pilihan Raya nanti haruslah dihormati kerana ia mencerminkan penghormatan kepada pilihan rakyat.

empat tuntutan abim sabah 1

Namun begitu, ABIM Sabah menyatakan kekecewaan kami atas fenomena pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang berlaku mutakhir ini, baik di peringkat nasional mahupun di peringkat negeri Sabah, sehingga menuntut kepada pembubaran DUN seterusnya membawa kepada Pilhan Raya yang terpaksa diadakan dalam suasana negara menghadapi ancaman COVID-19. Keadaan ini jelas menunjukkan betapa para politikus begitu rakus merebut kekuasaan sehingga sanggup menggadai prinsip dan nilai serta mengkhianati mandat rakyat. Adakah mereka menganggap bahawa rakyat boleh diperlakukan sewenang-wenangnya?

Hampir 80 peratus calon yang bertanding bagi PRN Sabah kali ini berusia 40 tahun ke atas dengan calon paling tua berusia 75 tahun. Muka-muka lama dengan budaya politik lama masih membayangi medan siasah Sabah. Adakah kita masih mampu mempercayai para politikus yang sekian lama “bermain wayang” di persada politik Tanah Air ini?

Oleh yang demikian, ABIM Sabah, mewakili sebahagian segmen belia dan anak muda Sabah, dengan ini menyenaraikan empat hasrat dan tuntutan sempena PRN Sabah kali ini:

Pertama, “Katakan Tidak kepada Politik Kotor”: Kami mendesak calon-calon yang bertanding sama ada mewakili parti-parti politik ataupun bebas supaya meninggalkan budaya politik kotor yang selama ini menjadi norma dalam Pilihan Raya seperti rasuah, samseng, fitnah dan budaya politik tidak matang. Fokus kepada perancangan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kedua, “Hormat Mandat Rakyat”: Kami memberi amaran kepada calon-calon yang bertanding agar menghormati mandat rakyat sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, dan jangan sewenang-wenangnya berubah menjadi “katak jijik” yang “melompat” dan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan. Rakyat bukan mainan, dan jangan sesekali menyangka bahawa rakyat boleh dibodohkan. Rakyat Sabah mempunyai karamah insaniah (kemuliaan insan) yang wajib dihormati dan dipelihara.

empat tuntutan abim sabah 2

Ketiga, “Orang Muda Mesti Turun Mengundi”: Kami menyeru golongan muda khususnya belia berusia dalam lingkungan umur 21 hingga 40 tahun yang merangkumi 43.74 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar, agar turun mengundi pada 26 September 2020 ini, dan bersatu hati dalam merubah landskap politik Sabah. Walaupun kecewa dan muak dengan situasi politik negeri ini, namun jangan berputus asa.  Laungkan suara kita dan tunjukkan kuasa kita!

Keempat, “Hukum Calon Korup, Undi Calon Berwibawa”: Kami menggesa para pemilih dan pengundi di kesemua 73 DUN Sabah agar menghukum para politikus korup dengan memilih calon-calon yang berwibawa, setia, ikhlas, fokus untuk berkhidmat, berintegriti, dan hormat kepada rakyat. Jangan beri muka kepada “politikus muka lama yang zaman-berzaman korup”. Pilihlah mereka yang berwibawa, serta calon-calon wajah baharu yang segar dan kompeten.

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi menjelang hari pembuangan undi, ABIM Sabah bersama-sama para aktivis anak muda serta organisasi berbasis belia dan kepemudaan di Sabah akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat khasnya generasi muda untuk sama-sama merealisasikan kesemua hasrat dan tuntutan yang disenaraikan seperti yang tersebut.

empat tuntutan abim sabah 3

Beberapa siri aktiviti sedang dan akan dijalankan sepanjang tempoh kempen ini, termasuklah kempen anak muda keluar mengundi #SBHBGKT, pengaturan tampungan tambang penerbangan bagi warga Sabah balik mengundi, mendukung calon-calon anak muda berwibawa rentas parti, ceramah pendidikan demokrasi dan kewarganegaraan, dan melibatkan seramai mungkin anak muda Sabah dalam memahami proses Pilihan Raya.

Dalam kesempatan ini juga, pihak kami berhasrat mempromosikan sebuah filem pendek terbitan ABIM berdurasi 6:46 minit berjudul “Buang” yang memberi mesej betapa pentingnya penglibatan rakyat dalam Pilihan Raya (akses di https://youtu.be/uL3zVWGMguI). Pemuda pemudi semua marilah, bangunlah bersatu semua! #SBHBGKT

“MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN”

MOHD NUR HILMIE BIN MILUS,  Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah

Read 168 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk OKU Penglihatan.

3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) bertempat di Sekretariat ABIM Pusat.

abim. yayasan orang buta malaysia. yobm. mfb. braille 7

Pelajar dari golongan OKU penglihatan perlukan bantuan anda. Buku braille ini bukan saja mahal tapi juga susah nak dapat. Kekurangan akses kepada buku-buku ini menyukarkan mereka untuk menimba ilmu.

Setiapkali ada yang sumbang buku braille di sekolah, berebut-rebut pelajar nak baca. Malangnya, tulisan timbul ini cepat ‘haus’ bila digunakan berulangkali, makin lama, makin ‘tenggelam’. Ada yang rosak selepas sebulan-dua digunakan, sebab tak semua pelajar sekolah mahir membaca. Jadi, kalau dah rosak, kena beli buku baru.

mesin taip braille 3

 

mesin taip braille 2

Buku audio pula tidak terlalu membantu dalam proses belajar membaca.

Apa jadi bila orang buta tak cukup buku? Akan ada anak-anak OKU yang tak boleh membaca braille dan menjadi buta huruf.  Kita sembang nak jadi negara maju, bangga dah merdeka 63 tahun, malangnya anak-anak kita ini nak membaca pun bermasalah.

Apa jadi bila ramai OKU penglihatan tak pandai membaca? Kalau betul kita ikhlas nak bangunkan negara, kita kena peduli dengan golongan OKU, sebab mereka pun ada hak untuk pendidikan.

 

Pembangunan haruslah saksama, jangan lupa golongan ini dan biarkan mereka tercicir.

‘Pendidikan untuk semua’ bermaksud, orang buta juga berhak untuk belajar, baca buku dan dapat ilmu!

Tuan-Tuan & Puan-Puan Budiman, ABIM bersama Yayasan Orang Buta Malaysia (http://www.mfb.org.my/) sedang berusaha mengumpulkan RM100,000 untuk membantu menyediakan buku-buku sejarah dalam bentuk braille untuk anak-anak OKU kita.

Tuan/Puan budiman boleh bayangkan, harga 1 buku teks sejarah biasa mungkin agak mampu milik bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang hilang upaya penglihatan. Kos bagi setiap buku mencecah sehingga RM90 termasuk ‘proofread’ dan cetakan.

Tuan/Puan budiman, Marilah bersama kami dalam projek. 
Kempen boleh sahaja seorang sebuah buku dengan harga RM90 sahaja.

Sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan budiman boleh terus dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM ABIM:

14023010032527.

* Rujukan sumbangan: DANA PRIHATIN OKU (012-6211545)
Read 212 times
Rate this item
(0 votes)

Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka. Featured

Sep 01, 2020
Hit: 317
Written by
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
 
Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. Ia mencoret sejarah penting buat negara yang sudah pasti menuntut generasi baharu untuk bersedia tampil memberi jawapan kepada cabaran semasa.

Generasi muda tidak seharusnya selesa dibuai kejayaan lampau dan berbangga-bangga dengan kehebatan yang dicipta generasi lalu semata-mata.

Persoakan yang lebih penting, apakah rencah yang generasi muda dapat garap sebagai penyelesaian untuk seluruh rakyat Malaysia sehingga menjangkau ke akar umbi meliputi ceruk rantau hingga ke bandar-bandar.

Untuk itu, generasi muda harus kental dengan komitmen untuk mencetuskan gerakan kebangkitan mobilisasi yang bertunjangkan keilmuan dan kebaktian sebagai wahana bagi menetaskan hasil yang ranum untuk dinikmati negara yang seterusnya membina sebuah astana sejarah baharu.

Saranan ini bertepatan dengan Syair masyhur:

“Tidak dikatakan seseorang itu sebagai pemuda apabila dia menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah hasil turun temurun dari nenek moyangku, tetapi yang dikatakan pemuda apabila seseorang menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah kemegahan yang aku perolehi dari usaha sendiri”

Namun, kita sebagai anak muda harus tampil di hadapan dengan sosok tersendiri yang lebih meyakinkan untuk benar-benar berjiwa merdeka dari kebobrokan budaya politik lapuk dengan keangkuhan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, retorik tanpa tindakan dan mementingkan diri.

Ini yang amat ditekankan oleh Nelson Rolihlahla Mandela dalam ucapan di Mbumbulu Afrika Selatan bertarikh 27 Oktober 2002:

“It is up to the youth to decisively and finally break our society out of the constricting and devisive definitions of our past.”

Justeru, pada era ini yang mencerminkan pemikiran generasi muda yang lebih matang dan berwawasan, ia merupakan satu keabsahan bahawa medan ini adalah medan untuk generasi baharu menginsafi hakikat keperluan yang dimahukan masyarakat dengan menyarung pakaian zaman baharu berasaskan citra, cabaran dan keperluan baharu.

Kendatipun, generasi muda harus senantiasa menghargai pengorbanan generasi lalu dengan menelaah legasi yang terbaik yang diturunkan buat kita.

Saya mendoakan agar bersempena Hari Kebangsaan yang kita raikan ini dapat memberi suntikan baharu buat seluruh masyarakat khususnya anak muda yang membentuk 47 peratus dari populasi rakyat Malaysia sebagai pengendong kepada naratif baharu untuk menuntaskan pembaharuan-Islah sebagai penyelesaian kepada keresahan yang kita hadapi.

Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Presiden ABIM.

Read 317 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd