ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Kecam Keganasan Israel Ke Atas Pengamal Media Featured

Nov 21, 2019 Hit: 280 Written by 
ABIM Kecam Keganasan Israel Ke Atas Pengamal Media

 

 

KENYATAAN MEDIA

20 NOVEMBER 2019 / 23 RABIULAWWAL 1141H

ABIM SERU WARTAWAN BANGKIT SOLIDARITI BERSAMA MUATH: KECAM KEGANASAN TERBARU REJIM ZIONIS KE ATAS GAZA

#MuathEye

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim terkini rejim Zionis Israel ke atas orang awam Palestin. Anak kecil, wanita serta warga tua tidak terlepas daripada menjadi mangsa yang terbunuh dan tercedera akibat serangan udara serta kereta kebal Israel ini.

Media antarabangsa melaporkan tindakan tersebut telah mengorbankan seramai 32 orang awam Palestin di samping mengakibatkan ratusan yang lain mengalami kecederaan. Saluran media antarabangsa Al-Jazeera melaporkan seramai lapan kanak-kanak dan tiga wanita.

Selain ibu pejabat Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia Palestin (ICHR) di Bangunan Harara, Gaza mengalami kemusnahan, wartawan turut menjadi sasaran kezaliman rejim Zionis.

Kekejaman rejim zionis tidak mengenal perikemanusiaan. Para petugas media turut menjadi sasaran. Baru-baru ini jurugambar Palestin, Mu’ath Armaneh, telah ditembak pada matanya oleh tentera Israel ketika membuat liputan. Insiden ini mengakibatkan beliau telah kehilangan penglihatan pada sebelah matanya.

Justeru, satu kempen global dengan tanda pagar #MuathEye dan #MataMuaz telah digerakkan sebagai symbol solidariti kepada beliau.

Kekejaman tentera rejim Zionis Israel ini secara jelas adalah pencabulan ke atas prinsip hak asasi manusia sejagat. Atas dasar ini, ABIM menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sama-sama meneruskan tekanan untuk mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan negara Israel.

ABIM menyeru agar masyarakat dunia membuka mata seluas-luasnya dan bersama menggerakkan kempen advokasi terhadap kepayahan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin.

Justeru, berasaskan lunas-lunas tersebut ABIM menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengheret pihak Israel ke muka pengadilan demi menegakkan hak rakyat serta mengelakkan tindakan kejam seperti ini berulang.

ABIM juga mengharapkan kerajaan Malaysia tetap berperanan aktif memimpin tekanan masyarakat antarabangsa ke atas Israel lantaran kekejaman yang dilakukan secara semberono semakin berleluasa.

“MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN”

MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Presiden

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Last modified on Monday, 25 November 2019 06:31
Read 280 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Polemik Taski-Pasti:
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...

ABIM Negeri

Polemik Taski-Pasti:
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
Our website is protected by DMC Firewall!