ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Bengkel Tadabbur Perluas Dimensi Peserta Untuk Memahami Al-Qur'an. Featured

Jan 07, 2020 Hit: 237 Written by 
Bengkel Tadabbur Perluas Dimensi Peserta Untuk Memahami Al-Qur'an.

4hb Januari 2020: Alhamdulillah, ABIM dengan kerjasama Raudhah Al-Miqyas (RAMI) dan Tadabbur Centre, telah mengadakan bengkel disiplin tadabbur al-Quran Siri Kedua, di Dewan Raudhah Al-Miqyas, Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

Pengisian disampaikan oleh Ustazah Dr. Sholihah Kaswari yang mengupas Tadabbur Surah Luqman antara lain memberi kefahaman mengenai Hikmah yang diajarkan Luqman kepada anaknya mengenai pendidikan tauhid, ibadah dan akhlak melalui tafakkur alam.

perbincangan surah luqman

Selain mengikuti pengisian; para peserta juga dibahagikan dalam kumpulan perbincangan. (Bawah) Antara nota perbincangan peserta.

training surah luqman

Kepada yang benar-benar serius mahu mempelajari selok-belok Ulum Al-Quran, ini antara platform terbaik, insya-Allah. Dr Kamarul Azizi yang hadir saban minggu daripada Pulau Pinang mengatakan

“Program ini amat baik utk diikuti. Rasa muda semula masa berbincang dgn orang muda. Banyak idea baru dan boleh diapplikasikan. Next weekend ada lagi, insya Allah”.

pembentangan surah luqman

Ada juga peserta yang hadir daripada Terengganu dan bertekad untuk mengikuti kursus ini sehingga ke awal Februari kelak. Jadual kuliah boleh dirujuk pada poster di bawah.

tadabur

Read 237 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Pembukaan Hagia Sofia
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 14 JULAI 2020 / 22 Zulkaedah 1441 H ...
افتتاح ايا صوفيا للصلاة
حركة الشباب الإسلامي بماليزيا- ABIM 14 يوليو 2020 – 22 ذوالقعدة 1441هجرية افتتاح ايا صوفيا ...
Polemik Taski-Pasti:
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...

ABIM Negeri

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd