ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Terima Tiga Anugerah ACCIN Featured

Feb 17, 2020 Hit: 209 Written by 

 anugerah accin

15hb Februari 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) bersama delegasi pimpinan serta aktivis ABIM telah memenuhi undangan ke Majlis Malam Anugerah Gabungan Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN).
anugerah accin 2
 
Berlangsung di Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) turut hadir meraikan pimpinan dan aktivis Badan Masyarakat Madani (CSO) Islam dalam majlis anugerah tersebut.

Mengungkap pengalaman dan inspirasi Malcolm X, tokoh besar Islam dalam sejarah Amerika Syarikat, DSAI menekankan kepentingan badan masyarakat madani seperti ACCIN sebagai agen perubahan penting dalam menyampaikan risalah Islam yang universal merentas faham idelogi, kaum dan warna kulit.

anwar ibrahim accin zakir naik

DSAI yang juga Ahli Parlimen Port Dickson turut melancarkan logo baharu ACCIN, selain menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada bekas Pengerusi gabungan itu, Datuk Mustapha Ma.

Secara keseluruhan, ABIM telah menerima tiga buah anugerah iaitu: Kategori NGO Aktif; Kategori Program Terbaik - RTD Uighur; serta Kategori Modul Dakwah – Islamic Outreach ABIM (IOA).

anugerah accin 3

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ACCIN, Ir. Haji Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin; Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dan Pesuruhjaya Tinggi Gambia ke Malaysia, Ramzia Diab Ghanim.

Last modified on Monday, 09 March 2020 03:56
Read 209 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...

ABIM Negeri

Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Our website is protected by DMC Firewall!