ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Covid 19: Kempen Seorang Sekampit Beras Sasar Bantu Kelompok Masyarakat Yang Terjejas. Featured

Apr 24, 2020 Hit: 144 Written by 

 

EDARAN KSSB 3

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) sempena Ramadan 2020 / 1441H dengan mensasarkan mensasarkan kelompok masyarakat yang terjejas sumber pendapatannya akibat merebaknya Covid 19.

KSSB yang telah dilancarkan mulai tahun 2006 kini telah memasuki tahun ke-14 perlaksanaannya. Program ini adalah salah satu inovasi amal kemasyarakatan  yang mana ABIM berperanan menjadi perantara di antara masyarakat yang prihatin dengan golongan du’afa serta kelompok fuqara’ wa al-masakin tanpa mengira latar belakang kaum serta agama.

KSSB merujuk kepada simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung kehidupan asas khususnya dalam kalangan mereka memerlukan. KSSB juga merupakan antara usaha ABIM untuk mengupayakan masyarakat prihatin serta cakna terhadap persekitaran dan khususnya mereka yang memerlukan dengan menyemai semangat kesukarelawanan dalam setiap aktiviti yang digerakkan.

Dengan purata jumlah penerima di antara 4,000 sehingga 5,000 penerima pada setiap tahun dan mempertimbangkan keperluan yang dijangka mendesak sempena Ramadan kali ini, KSSB cuba mensasarkan agihan sumbangan kepada 6,000 penerima di seluruh pelusuk negara. Sumbangan akan disampaikan dalam bentuk beras  dan pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masa, susu, tepung  dan bahan-bahan makanan lain bernilai.

Jaringan ABIM Negeri, daerah serta agensi telah menjalinkan kerjasama pihak berkuasa yang ditetapkan sebagai SOP utama untuk membolehkan penyampaian sumbangan tetap dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk membendung berleluasanya Covid 19 (Gambar Atas).

ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB yang telah digerakkan pada tahun ke-14 sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan.  ABIM mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)

poster kssb

Para penyumbang juga boleh terus menghubungi terus pihak sekretariat di talian;

017-558 3251 (Farhan) dan 012-621 1545 (Badriah)

Penyumbang boleh juga berhubung terus dengan sekretariat ABIM Negeri di seluruh negara. Segala perkembangan terkena boleh diikuti di laman web www.abim.org.my serta Facebook rasmi Angkatan Belia Islam Malaysia (www.facebook.com/abimalaysia)

Last modified on Friday, 24 April 2020 08:26
Read 144 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

"Walaupun Susah Makcik
Covid 19: Kempen Seorang
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...