Penyampaian sumbangan yang disalurkan daripada masyarakat telah dibuat seawal seminggu sebelum Ramadan. Proses penyampaian sumbangan dilaksanakan dalam KSSB tahun ini mensasarkan golongan yang terjejas pendapatan ekonominya akibat daripada penularan wabak Covid 19.
Setakat 1 Julai keperluan makanan asas telah disampaikan kepada 14,051 penerima ataupun keluarga di seluruh negara. Sumbangan akan disampaikan dalam bentuk sekampit beras dan pek barang keperluan asas dapur seperti gula, minyak masa, susu, tepung dan bahan-bahan makanan lain bernilai RM 80 untuk setiap penerima.
Jaringan ABIM Negeri, daerah serta agensi telah menjalinkan kerjasama pihak berkuasa yang ditetapkan utama untuk membolehkan penyampaian sumbangan tetap dilaksanakan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan untuk membendung berleluasanya Covid 19.
Proses sumbangan juga dilakukan dengan mematuhi SOP seperti penjarakan sosial yang selamat, penggunaan hand sanitizer serta saringan kesihatan dalam kalangan petugas yang akan menyampaikan sumbangan.
ABIM ingi mengucapkan jutaan terima kasih di atas ruang serta kepercayaan yang diberikan pihak berkuasa yang membolehkan sumbangan-sumbangan ini disampaikan kepada penerima yang memerlukan.
ABIM mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat untuk menjayakan kempen KSSB sebagai tanda keprihatinan buat golongan asnaf, fakir dan mereka yang memerlukan. ABIM mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk wang ringgit menerusi akaun:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA: Bank Islam (1402 3010 0305 52)
BUTIRAN = KSSB.
.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui atas talian di pautan:
https://www.billplz.com/kssb2020
Untuk makluman lanjut boleh dibuat dengan menghubungi :
* Farhan (017-5583251)
* Badriah (012-6211545)