ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka. Featured

Sep 01, 2020 Hit: 189 Written by 
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
 
Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. Ia mencoret sejarah penting buat negara yang sudah pasti menuntut generasi baharu untuk bersedia tampil memberi jawapan kepada cabaran semasa.

Generasi muda tidak seharusnya selesa dibuai kejayaan lampau dan berbangga-bangga dengan kehebatan yang dicipta generasi lalu semata-mata.

Persoakan yang lebih penting, apakah rencah yang generasi muda dapat garap sebagai penyelesaian untuk seluruh rakyat Malaysia sehingga menjangkau ke akar umbi meliputi ceruk rantau hingga ke bandar-bandar.

Untuk itu, generasi muda harus kental dengan komitmen untuk mencetuskan gerakan kebangkitan mobilisasi yang bertunjangkan keilmuan dan kebaktian sebagai wahana bagi menetaskan hasil yang ranum untuk dinikmati negara yang seterusnya membina sebuah astana sejarah baharu.

Saranan ini bertepatan dengan Syair masyhur:

“Tidak dikatakan seseorang itu sebagai pemuda apabila dia menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah hasil turun temurun dari nenek moyangku, tetapi yang dikatakan pemuda apabila seseorang menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah kemegahan yang aku perolehi dari usaha sendiri”

Namun, kita sebagai anak muda harus tampil di hadapan dengan sosok tersendiri yang lebih meyakinkan untuk benar-benar berjiwa merdeka dari kebobrokan budaya politik lapuk dengan keangkuhan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, retorik tanpa tindakan dan mementingkan diri.

Ini yang amat ditekankan oleh Nelson Rolihlahla Mandela dalam ucapan di Mbumbulu Afrika Selatan bertarikh 27 Oktober 2002:

“It is up to the youth to decisively and finally break our society out of the constricting and devisive definitions of our past.”

Justeru, pada era ini yang mencerminkan pemikiran generasi muda yang lebih matang dan berwawasan, ia merupakan satu keabsahan bahawa medan ini adalah medan untuk generasi baharu menginsafi hakikat keperluan yang dimahukan masyarakat dengan menyarung pakaian zaman baharu berasaskan citra, cabaran dan keperluan baharu.

Kendatipun, generasi muda harus senantiasa menghargai pengorbanan generasi lalu dengan menelaah legasi yang terbaik yang diturunkan buat kita.

Saya mendoakan agar bersempena Hari Kebangsaan yang kita raikan ini dapat memberi suntikan baharu buat seluruh masyarakat khususnya anak muda yang membentuk 47 peratus dari populasi rakyat Malaysia sebagai pengendong kepada naratif baharu untuk menuntaskan pembaharuan-Islah sebagai penyelesaian kepada keresahan yang kita hadapi.

Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Presiden ABIM.

Last modified on Tuesday, 01 September 2020 06:05
Read 189 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd