ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat. Featured

Sep 30, 2020 Hit: 165 Written by 
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.

 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM)

28 September 2020, Shah Alam:- dan Tibetan Budhhist Culture Center Malaysia (Pusat Kebudayaan Buddhist Tibet Malaysia, TBCC) telah mengadakan dialog antara agama dua hala antara agama Islam dan Buddha pada 11:30 pagi, 28 September 2020 (Isnin) secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.


Siaran dialog tersebut turut disiarkan melalui Facebook Live dan Youtube Live. Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia telah mengikuti dialog tersebut melalui saluran Facebook live.


Dialog tersebut dibicarakan oleh dua orang tokoh agama yang terkemuka iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dari Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dan His Holiness Dalai Lama yang ke-14 yang berada di Dharamsala, India. Manakala moderator bersama terdiri daripada Presiden kedua-dua pertubuhan penganjur iaitu Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz (ABIM) dan Sdr. Vsdey Liu (TBCC).


Prof. Dr. Osman menyatakan bahawa agama Islam dan Buddha merupakan dua agama yang paling ramai dianuti di Malaysia dan Asia Tenggara. Setiap agama mempunyai persamaan dan perbezaan.

Dialog antara agama bertujuan mencari persamaan nilai dan pada masa yang sama mengenal pasti perbezaan yang wujud dan mencari titik persamaan untuk meminimumkan perbezaan.

Kasih sayang merupakan inti pati ajaran Islam dan juga agama lain walaupun istilah yang digunakan berbeza atau diekspresikan dan difahamkan melalui cara yang berbeza. Dalam agama Islam, kasih sayang dikenali sebagai “rahmah” yang merangkumi makna kasih sayang, belas kasihan, kebajikan, simpati dan sebagainya. Ia mempunyai makna yang hampir sama dengan “karuna” (compassion) dalam agama Buddha dan “love” (kasih sayang) dalam konteks agama Kristian.

prof osman bakar

Rahmah merupakan sifat yang utama dalam agama Islam kerana ia adalah sifat kemanusiaan dan Ilahi. Ar-Rahman merujuk kepada kasih sayang Tuhan yang tidak terhingga (infinite mercy) dan Ar-Rahim merujuk kepada belas kasihan Tuhan yang tidak terhingga (infinite compassion) untuk sifat kemanusiaan demi tujuan penyelamatan (salvation). Nabi Muhammad S.A.W. adalah personifikasi kasih sayang Ilahi kepada semua ciptaan-Nya tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim.

H.H. Dalai Lama menyatakan bahawa beliau telah menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga Islam sejak zaman kanak-kanak di tempat asalnya. Keharmonian agama kerap dipromosikan oleh kerajaan beliau kerana kedamaian dan keharmonian merupakan sebahagian daripada sifat semula jadi manusia (human nature) kerana manusia adalah makhluk sosial yang tidak dapat diasingkan daripada komuniti sejak dilahirkan.

Kelangsungan hidup manusia bergantung kepada rasa penyayang (sense of caring). Oleh itu, dalam dunia kini, semua orang mengharapkan hidup yang bahagia. Kasih sayang dan belas kasihan merupakan teras kelangsungan hidup semua manusia. Walaupun wujudnya falsafah dan konsep yang berbeza mengikut agama yang berbeza, semua agama menekankan sifat kasih sayang.

Sejak 3000 tahun yang lalu, India menekankan konsep “Ahimsa” (non-violance) dan “Karuna” sebelum kewujudan agama Buddha. Konsep pembangunan minda juga diberi perhatian melalui meditasi untuk menangani isu dan melatih emosi yang positif serta membangunkan kearifan. Begitu juga, sifat-sifat tersebut diketengahkan oleh Buddha. Kita perlukan kasih sayang untuk menjadikan hidup kita lebih bahagia.

dalai lama

Terutama pada abad 21, adalah lebih penting untuk membina keamanan dalaman minda kita untuk mempraktikkan belas kasihan dan kasih sayang sebagai seorang manusia tanpa mengira agama.

Beliau juga menekankan kepentingan pendidikan nilai-nilai murni bagi menyemai minda yang positif dan bersih. Penawar kepada kebencian adalah kasih sayang.

Oleh itu, keharmonian agama adalah sangat penting sama ada antara agama (interfaith) atau dalam agama (intrafaith).

Pada penghujung dialog, Prof. Dr. Osman menyeru semua peserta supaya mendidik diri sendiri untuk mengamalkan belas kasihan dan kasih sayang dalam kehidupan seharian dan sentiasa berfikir serta bertindak untuk kebaikan sejagat.

Kesimpulannya, kasih sayang dan belas kasihan merupakan sifat semula jadi manusia yang wajib dipupuk. Ia diperlukan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Pendidikan adalah salah satu instrumen yang penting untuk membudayakan kasih sayang dan belas kasihan.

Kita harus lebih berfokus kepada persamaan berbanding dengan perbezaan. Kedamaian dalaman merupakan penawar bagi mengubati kebencian dan kemarahan.

Last modified on Wednesday, 30 September 2020 10:39
Read 165 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...

ABIM Negeri

SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The
Supervised Visit To
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd