ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

Karnival Gaya Hidup Sihat ABIM Gombak Utara Featured

Apr 26, 2014 Hit: 2098 Written by 
Karnival Gaya Hidup Sihat ABIM Gombak Utara

Karnival Gaya Hidup Sihat anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) telah diadakan dengan jayanya 26 April 2014 (Sabtu) di perkarangan Masjid Zakaria, batu 8 1/2 , Kg. Gombak Utara, Gombak. Lebih 200 orang telah bersama-sama menjayakan carnival tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada pihak pelajar kelas komuniti UIAM, JKKK Kg. Gombak Utara dan AJK Masjid Zakaria.

Penduduk Kg. Gombak Utara mulai datang ke tapak karnival seawal jam 8:30 pagi. Karnival Gaya Hidup Sihat dimulai dengan acara senamrobik yang dikelolakan oleh sdr. Taufik (Pelajar kelas komuniti UIAM) pada jam 9:00 pagi. Selepas selesai acara senamrobik selesai, acara sukaneka kanak-kanak dan pertandingan futsal bermula. Sementara itu, kaunter pemeriksaan kesihatan percuma daripada pasukan Biro Kesihatan ABIM dan kaunter bantuan guaman dan khidmat nasihat yang digerakkan oleh pasukan Litarasi Undang-undang KAMAR telah mulai dikunjungi oleh penduduk kampung.

Selepas selasai acara sukaneka kanak-kanak dan pertandingan futsal, bengkel gubahan kendalian Puan Junaidah bermula dengan berjaya menarik minat kaum wanita Kg. Gombak Utara. Selain itu, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak turut bermula. Pada jam 11:30 pagi, Ummi Rohani telah sudi meluangkan masa beliau untuk memberi ceramah keluargaan (slot KAMAR) kepada hadirin yang hadir. Ummi Rohani merupakan sukarelawan Bayt al-Rahmah. Selepas itu, Dr. Shahrizal Azwan, Pegawai Perubatan Hospital Pakar al-Islam yang juga merupakan Ketua Biro Kesihatan ABIM (BKA) telah menyampaikan ceramah kesihatan yang bertajuk “Enam Jahanam” kepada penduduk KG. Gombak Utara.

Majlis Perasmian Karnival Gaya Hidup Sihat Kg. Gombak Utara telah disempurnakan oleh YB. Hasbullah Ridzwan (ADUN Gombak Setia). Beliau turut sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara yang telah dianjurkan. Wakil ABIM, Dr. Shahrizal Azwan telah melancarkan perpustakaan mini dan menyampaikan sumbangan PROTIN kepada golongan asnaf di Kg. Gombak Utara. PROTIN merupakan projek bantuan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan yang diselenggara oleh Biro PembangunanSosial ABIM. Kepada mereka yang ingin menyumbang, anda boleh menyalurkan bantuan ke dalam akaun Bank Islam Berhad (1402 3010 0111 77) dan terus menghubungi saudara Zikri di talian 03-4108 4500.




 

Last modified on Tuesday, 24 June 2014 05:55
Read 2098 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

Reconversion of Hagia
Sejarah Taski Dan Pasti:
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!