Agensi ABIM

In the blessing month of Ramadhan, GPM launch RAMADHAN PROGRAM - Food for the Needy. GPM has been distributing food rations in the month of Ramadhan since past ten years, all over the globe. Help is provided to poor and needy families, so they can have proper meals at least during the month of Ramadhan. We survey different places to find about such families who are in genuine need of help.

28 Jun 2014 / 30 Sya'ban 1425H - Berlangsungnya Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah yang dikelolakan oleh ABIM Bangi. Tahfiz ini agak unik kerana mempunyai hampir 3000 orang pelajar sekitar Bangi. Majlis Ihtifal ini adalah Majlis Ihtifal ke-20. Mempunyai lebih 10 cawangan. 10 cawangannya mendapat keputusan 100 pertaus kelulusan peperiksaan Sekolah Agama Selangor, menurut Pengetua Tahfiz, Ustaz Mat Azid Abd. Kader.

Kolej Dar al-Hikmah baru-baru ini telah menerima penarafan empat bintang untuk Penilaian Kolej-kolej Malaysia (MyQuest) yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penarafan ini merupakan penilaian oleh KPT terhadap Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seluruh Malaysia sebagai pengukur prestasi sepanjang sesi 2012/2013.

27 Jun 2012 - Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan rasminya telah membuka Pusat Aktiviti Belia (PAB) pada hari ini. PAB ini mensasarkan remaja dan belia yang berumur di antara 10-25 tahun terutama bagi mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat manfaat.
Antara kemudahan yang disediakan di PAB ini adalah perpustakaan mini, kemudahan akses kepada internet dan siaran televisyen tempatan & antarabangsa, bilik musafir dan juga dewan yang boleh memuatkan seramai 50 orang pada satu-satu masa. Selain daripada kemudahan yang disediakan, PAB ini juga berperanan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti remaja & belia seperti permainan dalaman seperti Chess, Carrom, Sahibba dan lain-lain.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia melahirkan kegusaran dan keprihatinan terhadap konflik kemanusiaan yang telah dan sedang berlaku di serata dunia. Konflik kemanusiaan yang berlaku di Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Somalia, Kenya, Nigeria, Kashmir, Iraq, Syria dan terbaru di Myanmar (Rohingya), cukup meresahkan aktivis-aktivis kemanusiaan. Dunia kini seolah-olah telah kehilangan nilai penting sebuah kehidupan dan gagal untuk memaknai nilai keamanan sejagat.

8 Jun 2012 - Sukacita dimaklumkan, ABIM menerusi agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) baru sahaja menyalurkan bantuan fasa pertama kepada pelarian Syria. Menurut ketua delegasi bantuan kemanusiaan siri pertama ABIM-GPM ke sempadan Syria-Turki, Saudara Syahrir Azfar, antara perkara yang menyayat hati ketika berada mengagihkan bantuan ke Syria baru-baru ini ialah ketika mereka menziarahi seorang anak muda berusia 19 tahun yang kehilangan kakinya akibat terkena bom semasa mahu membantu seorang rakannya ditembak ketika menghadiri sebuah perhimpunan aman di negara tersebut.

Bagi memberi penerapan atau pendedahan ilmu mengenai aktiviti sukarelawan dalam membantu dakwah Islamiah kepada saudara Muslim, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan menganjurkan Bengkel Sukarelawan Perkim bertempat di Bilik Mesyuarat Perkim, Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu.
Ia disertai 60 peserta terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, guru, cendekiawan, penjawat awam dan swasta, pelajar kelas pengajian harian Perkim serta mahasiswa universiti sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor.