Agensi ABIM

Islam Dan Melayu Nusantara : Cabaran dan Masa Depan.

15 September 2019, YALA - Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah telah hadir memberi ucaptama bertajuk 'Islam dan Melayu Nusantara : Cabaran dan Masa Depan' dalam Muktamar Ilmuwan Patani Nusantara kali pertama bertempat di Dewan Anugerah, Majlis Agama Islam Wilayah Yala.

Mengangkat tema 'Ke Arah Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Masyarakat Patani', Dato' Aziz Deraman (mantan Pengarah DBP Malaysia) turut memberi ucaptama bertajuk 'Bahasa dan Budaya Melayu dalam Urus Globalisasi'.

Turut hadir sama ke muktamar ialah Sdr. Mohd Halimi Abd Hamid (Setiausaha Agung Wadah), Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Naib Presiden Abim Pusat), Ustaz Mohamad Amin (YDP Abim Negeri Kelantan) serta ahli-ahli daripada Wadah Kedah - Sdr. Ahmad Zaki Bakar, Sdr. Mohd Isa Man, Sdr. Mahmud Rodzi Mohamad, Sdr. Ali Murtadza Mohamad serta Sdr. Ali b. Lebai Shaari.

Read 560 times
Rate this item
(0 votes)

Laskar Alam Pupuk Akhlak Persekitaran. Featured

Sep 17, 2019
Hit: 519
Written by
Laskar Alam Pupuk Akhlak Persekitaran.

Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS Malaysia) buat julung kalinya telah mengadakan program Laskar Alam mulai 13 sehingga 15 September 2019 di Asia Camp, Kuala Kubu Bharu. Laskar Alam adalah siri latihan membina angkatan penggerak yang memakmurkan alam dengan membina Kefahaman Kebijaksanaan Persekitaran, Melatih gaya hidup lestari. Latihan bertani. Latihan pemantauan alam sekitar. Panduan projek alam sekitar. Exco Ikhtisas ABIM, Saudari Fatin Nur Majdina Nordin, telah dijemput memberi perkongsian mengenai Akhlak Persekitaran.

Read 519 times
Rate this item
(0 votes)
Komuniti Muhajirin Rohingya-Syria Terima Sumbangan Korban Petugas ABIM.

14hb Ogos 2019 (Selasa) : Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Program Qurban ABIM Pusat di Taman Cemerlang, Gombak. Semoga diiringi dengan niat ikhlas dan amal ibadah ini diterima disisi-Nya. Mohon maaf andai ada kekurangan. Kepada peserta qurban, daging telah dapat diagihkan kepada para asnaf, komuniti Rohingya dan Syria yang berada di Malaysia.

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37).

Ibadah Qurban dilunaskan oleh seorang Muslim, sebagai tanda kepatuhan seorang hamba kepada Sang Pencipta. Para petugas turun menyinsing lengan membantu sahabat-sahabat yang melaksanakan ibadah ini.

Read 368 times
Rate this item
(0 votes)

Empat Tips Aidil Adha Yang Lestari Featured

Aug 10, 2019
Hit: 412
Written by
Empat Tips Aidil Adha Yang Lestari

Bulan Zulhijjah amat istimewa untuk umat Islam. Ada di antara mereka yang terpilih menjadi tetamu Allah bagi menunaikan rukun Islam kelima iaitu Haji di Baitullah. Mereka ini terpilih menyertai umat Islam daripada seluruh pelosok dunia yang sedang berhimpun di Tanah Suci Mekah. Kehadiran mereka terbangun dari kisah pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran keluarga besar Nabi Ibrahim.

Ini pasti menjadi inspirasi kepada setiap umat Islam dalam menunaikan ibadah haji mahupun ibadah korban setiap tahun. Kedua-dua ibadah haji dan korban ini menjadi medan membina ketakwaan dan kepatuhan umat Islam kepada Allah. Keikhlasan dan ketakwaan mempunyai hubungan terus dengan Allah tanpa dapat dinilai oleh manusia.

Justeru setiap umat Islam perlu sedar bahawa ajaran Islam sentiasa bertujuan memberi kebaikan kepada umatnya dan setiap pengorbanan pasti diganjari Allah dengan kebaikan khususnya di alam akhirat yang kekal abadi.

Hakikatnya setiap pengorbanan pasti berbaloi kerana ia adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab umat Islam sebagai hamba kepada Allah dan khalifah di muka bumi. Dalam keghairahan umat Islam meraih ketakwaan kepada Allah dan melahirkan rasa syukur sesama manusia, kita harus sentiasa ingat bahawa antara amal ibadah yang dituntut kepada umat Islam seluruhnya ialah memastikan kemakmuran di atas muka bumi.

Read 412 times
Rate this item
(0 votes)

Raikan Kreativiti Kanak-Kanak Featured

Aug 05, 2019
Hit: 385
Written by
Raikan Kreativiti Kanak-Kanak

30 Julai 2019:- Kreativiti anak-anak usah dihalang. Mereka akan menggunakan apa sahaja yang sesuai bagi memenuhi apa yang terlintas difikiran. Set Jengga jadi huruf disusun, penutup botol jadi mainan ceper, kertas a4 jadi set kapal terbang atau objek lain.. banyak lagi aktiviti kreativiti boleh berlaku dalam ruang yang AYG ada dan isikan pabila sel-sel otak anak-anak ini berhubung hihihi.

Pastinya kreativiti ini perlu di raikan. Membantu mereka dalam mengembangkan kreativiti akan menatijahkan tahap keupayaan Inovasi mereka turut berkembang bila mereka besar kelak. Moga mereka mampu berdiri sama tinggi besok setanding rakan sebaya yang lain membina negara tercinta. 

Read 385 times
Rate this item
(0 votes)

Penyertaan Korban For The Needy Masih Dibuka Featured

Jul 30, 2019
Hit: 437
Written by
Penyertaan Korban For The Needy Masih Dibuka

Semenjak tahun 2001, Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menghantar bantuan Korban For The Needy (KFTN) kepada dua puluh satu (21) buah negara termasuklah di benua Afrika dan Timur Tengah seperti di Bosnia, Somalia, Yaman, Palestin, Thailand, Syria, Sudan, Nigeria dan sebagainya. Sasaran GPM adalah untuk memberi sumbangan makanan khususnya kepada Muhajirin (pelarian) dan rakyat miskin. ​ Pada tahun ini, Global Peace Mission Malaysia mensasarkan RM1,169,200 yang terbahagi kepada korban/akikah, sumbangan pendidikan, makanan, perubatan dan juga daging lembu-kambing.

Berikut adalah pakej Korban yang ditawarkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia melalui kempen Korban for the Needy (KFTN). Pakej Korban bermula dari RM350 satu bahagian di 21 buah negara yang memerlukan. Layari laman web di sini:-https://www.gpm.com.my/kftn

Read 437 times
Rate this item
(0 votes)
Kafe ABIM Tawar Khidmat Social Enterprise Untuk Belia Di Sarawak

Kafe ABIM. Asalnya, ide pembukaan Kafe ABIM ini muncul dalam usrah kami bersama teman-teman di Sarawak. Puncanya, kami mencari apa lagi kaedah dan cara untuk memberikan khidmat kepada masyarakat di samping menambah pendapatan untuk ABIM Sarawak. Kafe ABIM adalah berkonsepkan "belajar keusahawanan bersama-sama".

Sepenuhnya diurus oleh para belia, Kafe ABIM adalah model "sosial enterprise" oleh ABIM Sarawak. Ramai sekali teman-teman yang menyokong dan mendokong usaha kami ini. Tak mampu diungkapkan satu persatu di sini.

Termasuk bulan Jun ini, sudah dua bulan kami beroperasi. Mohon semua mendoakan kejayaan kami. "Kafe ABIM: Dari Belia untuk Semua"

*Lokasi Kafe ABIM: Kafe ABIM, Bangunan Borneo Housing, Medan Hamizan, Jln. Tun Abdul Rahman Yaakub, Off Lorong Astana 4, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Layari Page Rasmi Kafe ABIM

Read 464 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

ABIM Negeri

"Walaupun Susah Makcik
Covid 19: Kempen Seorang
ABIM Agih Kelengkapan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
COVID-19: ABIM Seru Umat
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...