Alhamdulillah, pada 18-20hb Disember 2018, bertemakan “Memberdayakan Dakwah Melalui Pelancongan Masjid”, Persidangan Antarabangsa berkenaan Pelancongan Masjid 2018 (International Conference on Masjid Tourism 2018) telah berlangsung dengan jayanya di Bangi. Program ini dianjur dan disokong oleh Islamic Outreach ABIM Centre (IOAC), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Islamic Tourism Centre (ITC).
Program ini melibatkan 150 orang peserta antarabangsa dari 13 buah negara seperti Jepun, Hong Kong, Sri Lanka, Taiwan, Maldives, Brunei, Bahrain, Afrika Selatan, Turki, Australia, India, Pakistan, Indonesia dan Thailand. Antara lain, persidangan ini bertujuan mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepen-tingan serta manfaat pelancongan masjid.
Hakikatnya, masjid mempunyai tarikan tersendiri sebagai produk pelancongan yang turut membantu mengimarahkan lagi institusi itu dengan kepelbagai¬an peranannya sebagaimana pada zaman silam.
Sebagai rekod, Malaysia merupakan antara destinasi utama pelancongan di Asia, dengan 26 juta pengunjung pada 2017, dengan masjid menjadi antara destinasi utama. Tahun 2016 mencatatkan seramai 5.5 juta pelancong Islam datang ke negara ini, sama ada dari negara Islam ataupun bukan Islam seperti China.