Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

Meneladani Keimanan & Kecekalan Maryam Alaihassalam Featured

Feb 08, 2019 Hit: 1331 Written by 
Meneladani Keimanan & Kecekalan Maryam Alaihassalam

Disediakan oleh: Puan Maria Kamel

Maryam alaihassalam, tergambar kemuliaannya dengan kisahnya diangkat di dalam alQuran melalui surah Maryam. Maryam, gadis solehah yang dinazarkan ibunya buat Masjid al Aqsa, dimuliakan lagi oleh Allah sebagai ibu yang mengandungkan Nabi terakhir dari Bani Israel, Nabi Isa alaihissalam.

Ujian yang menimpa Maryam tidak kecil dan sedikit. Mengandung dan melahirkan zuriat tanpa suami/ bapa menjadikan Maryam berhadapan cacian & kejian kaumnya (Bani Israel) yang terkenal dengan sikap jahat terhadap orang-orang soleh. Melewati ujian bersendirian sebatang kara nyata memberi kesan kepada jiwa Maryam dan menatijahkan kerungsingan yang bukan sedikit.

Malah menggugah psikologi, mengakibatkan trauma dan mengganggu emosi Maryam sehingga beliau pernah menyebut "Alangkah baiknya kalau daku meninggal dunia sebelum ini, agar daku dilupakan dan tidak dikenang!"

Namun didikan dan hubungan langsung Maryam dengan Allah swt, selama berada di Masjid al Aqsa benar-benar membentuk kesabaran dan ketabahan melalui redhanya Maryam kepada ketentuan Allah swt.

Kekuatan luar biasa Maryam disuntik tidak lain dari kesan keimanannya secara total kepada Allah swt sehingga membantunya mendepani kepayahan dan kesulitan serta menjauhkan kesedihan dan kemurungan dalam susur kehidupannya. Kekuatan luar biasa inilah yang mengangkat martabat dan kemuliaan wanita solehah ini dalam perjuangannya.

Ya! Simbol kekuatan yang dikongsikan Maryam solehah inilah yang diterjemah dalam kempen #WeAreAllMary #KitaSemuaMaryam #كلنامريم - menterjemah kekuatan yang ada pada wanita dan penduduk Palestine yang tertindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya di mata dunia,

NAMUN tidak putus berjuang demi sebuah keadilan dan kemenangan yang hakiki buat mereka.  Perjuangan teman-teman kita berabad lamanya telah bermula. Ketika perjuangan kita baru bermula, teguhlah berdiri dan nyatakan sokongan berterusan kepada sebarang usaha pembebasan alQuds.

Kempen ini barangkali kecil hanya kerana Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine ini baru ditubuhkan, namun akan semakin kuat dengan penyertaan dan dokongan kita semua yang benar cakna dengan rasa kemanusiaan yang tinggi. T

unjukkan sokongan kita dan teruslah mendoakan AlQuds & Palestin. Stay and be with us ya! Ikuti kami melalui : https://www.facebook.com/malaysiancoalition/

- Sorotan dari buku Psikoterapi Rabbani : Mendepani Trauma Psikologi dengan Menghayati Kisah Maryam Alaihasssalam, terbitan ABIM Press.

Read 1331 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Muktamar ABIM Dalam
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...

ABIM Negeri

Kerajaan Perlu Ambil
Jaringan NGO Pelbagai Agama Menangani Isu Perubahan Iklim – Malaysian Climate Change Interfaith ...
Muktamar ABIM Dalam
  26hb Disember 2020 (Sabtu): Alhamdulillah, ABIM Pusat mengucapkan penghargaan yang tidak ...
ABIM Serah Dana RM10,000
    3hb Disember 2020 (Khamis): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam ...
SELAMAT HARI DOKTOR
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Our website is protected by DMC Firewall!