Agensi ABIM

Published in Agensi ABIM

"Aku Budak Flat" Selami Isi Hati Kanak-Kanak Di Sebalik Wajah Kehidupan Miskin Bandar Featured

Jan 02, 2020 Hit: 178 Written by 

 

28hb Disember 2019 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz serta pimpinan ABIM Pusat telah menghadiri “Majlis Apresiasi dan Makan Malam: Menyelami Hidup Miskin Bandar” di Kelab Shah Alam, Selangor.

Sesungguhnya, anak-anak di PPRT serta yang tergolong dalam kategori miskin bandar adalah harapan kita semua, untuk bangkit serta memperbaiki kehidupan mereka.

aku budak flat 2

 

Adab Youth Garage (AYG) menjadi platform serta perantara kepada anak-anak ini, yang sebenarnya mempunyai potensi tersendiri, dan dibuktikan menerusi siri kejayaan yang dicapai oleh mereka.

Sejelasnya, #AYG menjadi wadah interaksi dan jaringan komuniti akar umbi lestari, bagi merealisasikan model pengurusan komuniti moden, berasaskan semangat kesukarelaan Islam sepadu.

Tahniah buat seluruh sahabat-sahabat ABIM Selangor, ABIM Daerah Bangi, serta Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) atas komitmen yang berterusan berkerja sepenuh masa mendampingi adik-adik yang menghuni rumah flat menerusi pusat-pusat AYG, yang ditubuhkan di kawasan-kawasan PPRT.

aku budak flat

Peluncuran buku serta filem pendek “Aku Budak Flat” hasil karya adik-adik penduduk flat Bersama AYG, adalah satu cara untuk membawa seluruh masyarakat menyelami masalah kemiskinan bandar yang wajib untuk sama berikan perhatian.

Terima kasih buat semua yang sudi berkolaborasi khususnya Lembaga Zakat Selangor yang memberi perhatian kepada program-program pembangunan adik-adik ini.

Read 178 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Harap Kerajaan
 Sumber Gambar:- Berita Harian Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my ...
Menjawab Falasi UEC
Menjawab Lontaran Artikel “Dubious Criteria In UEC Recognition”  Oleh Kua Kia Soong Yang ...

ABIM Negeri

Supervised Visit To
ABIM Harap Kerajaan
 Sumber Gambar:- Berita Harian Oleh Haika Khazi mfaizul@bh.com.my ...
Menjawab Falasi UEC
Menjawab Lontaran Artikel “Dubious Criteria In UEC Recognition”  Oleh Kua Kia Soong Yang ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd