Hidup Bersama Suatu Kewajipan Dalam Negara Majmuk - Presiden WADAH Featured

Sep 06, 2018 Hit: 1224 Written by 
Hidup Bersama Suatu Kewajipan Dalam Negara Majmuk - Presiden WADAH

KOTA KINABALU: Pendekatan hidup bersama dalam negara majmuk seperti Malaysia bukan lagi pilihan, sebaliknya satu kewajipan bagi menangani realiti dunia hari ini, kata presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Ahmad Azam Abdul Rahman. Katanya masyarakat Malaysia perlu mengiktiraf kepelbagaian dan perbezaan di kalangan mereka sama ada dari segi kaum, etnik dan kepercayaan kerana menafikan realiti seperti itu boleh mendorong kepada perbuatan zalim serta mengundang pelbagai masalah dalam negara.

Menurutnya model negara yang menggunakan pendekatan hidup bersama dan berjaya pernah wujud dalam sejarah lampau seperti di Andalusia (Sepanyol) dan ia boleh diteliti serta diubah suai berdasarkan kesesuaiannya di negara ini. Katanya melalui penelitian model-model lampau berkenaan, Malaysia juga boleh mencipta model hidup bersama yang baharu untuk gagasan Malaysia Baharu dengan menterjemahkan nilai-nilai agama ke dalam dunia kontemporari pada Sabtu.

"Kepelbagaian kita bukan bebanan sejarah. Kalau dianggap beban sejarah, kita ada masalah. Kepelbagaian kita satu kekuatan. Kepelbagaian negara kita adalah keistimewaan. Ia merupakan peluang mencipta model (hidup bersama) yang baharu dengan kekuatan masing-masing," katanya. Ahmad Azam berkata demikian ketika menyampaikan ucap utamanya pada majlis Wacana Fiqh Malaysia 2018: Gagasan Malaysia Baharu Dalam Pembangunan Masyarakat Plural di sini hari ini.

Wacana berkenaan dianjurkan bersama oleh WADAH, ABIM, Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN) dan beberapa pertubuhan lain. Justeru, beliau berkata pelbagai pihak, terutama pertubuhan bukan kerajaan, perlu menganjurkan lebih banyak wacana tentang masyarakat majmuk bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan masyarakat seperti itu secara terbuka, berdasarkan budaya ilmu dan bukan emosi.

Sementara itu, 14 resolusi dicapai hasil pembentangan lima kertas kerja oleh lima panel sepanjang program separuh hari itu. Antara resolusi berkenaan termasuklah menyarankan pembinaan budaya politik baharu berasaskan nilai, demokrasi dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat plural serta memanfaatkan modul kerukunan hidup seperti yang ditunjukkan dalam Piagam Madinah dan bangsa di dunia. --

BERNAMA

Last modified on Wednesday, 05 December 2018 06:53
Read 1224 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

ABIM Adalah Gerakan Aksi
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato'
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Lima Dekad Penubuhan
  Lima Dekad Penubuhan ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memasuki dekad yang ...
ABIM Edar Pelitup Muka
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...

ABIM Negeri

DMC Firewall is a Joomla Security extension!