•Seseorang hakim hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan demikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah.
WADAH menolak dalih bahawa kejadian pada acara tersebut hanyalah aktivti sosial lazim atau percubaan membawa konotasi terdapat perbedaan faham resam serta keagamaan. Isu ini adalah sesuatu yang serius tentang pelanggaran prinsip profesional dan etika universal.
WADAH kesal dengan alasan-alasan remeh dan hambar yang berikan oleh wakil-wakil kerajaan kerana kedaulatan undang-undang (rule of law), integriti dan ketelusan serta kewibaaan penjawat-penjawat tinggi undang-undang merupakan harapan dan janji serta sebab berlakunya (raison d'Ăªtre) Malaysia Baharu.
WADAH menggesa tindakan tegas dan segera dilakukan oleh kerajaan bagi menegur, membetulkan dan memulihkan keadaan agar mengembalikan keyakinan rakyat kepada integriti badan kehakiman dan penjawat-penjawat tinggi undang-undang negara. Suatu keadilan bukan hanya perlu dilakukan tetapi mesti juga dilihat dilakukan.
AHMAD AZAM ABD RAHMAN
Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
20 Januari 2019