Muktamar PKPIM Perkukuh Rangkaian Dakwah WAP

Sep 01, 2014 Hit: 2730 Written by 
Muktamar PKPIM Perkukuh Rangkaian Dakwah WAP

29-31 Ogos 2014:- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-53 (MPAT 53) pada 29 hingga 31 Ogos 2014 di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi, Selangor Darul Ehsan. Lebih 300 orang peserta yang hadir terdiri daripada delegasi Mahasiswa Kolej-kolej Islam, pertubuhan belia, NGO dan delegasi Badan Gabungan Negeri dan Cawangan PKPIM daripada seluruh Malaysia. Presiden PKPIM Sesi 2013/2014, Saudara Muhamad Aliemran Norasid telah menyampaikan Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk “Era Baharu Dakwah: Reaktualisasi Gerakan Pelajar Islam Berwibawa”.

Dalam ucaptamanya, Dato' Dr Siddiq Fadzil menegaskan keperluan untuk rangkaian dakwah Wadah-ABIM-PKPIM (WAP) disinergikan menerusi bait kata-kata "Orang tua kaya pengalaman, miskin cita-cita. Orang muda kaya cita-cita dan idealisme, tapi sedikit sekali pengalaman."  Dalam pada itu, Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menegaskan bahawa citra rangkaian dakwah WAP perlu dipertahankan lantaran ia sarat dengan sejarah yang menjadi teras kepada kekuatan rangkaian WAP itu sendiri. Para perwakilan di dalam MPAT 53 PKPIM juga telah bersetuju untuk menerima cadangan Barisan Kepimpinan Tertinggi PKPIM Sesi 2014/2015 seperti yang berikut;

Segala urusan rasmi yang berkaitan dengan urusan PKPIM selepas ini bolehlah terus berhubung dengan nama-nama di atas. ‘HIDUP BIAR BERJASA’ Khairul Anuar Bin Abdul Manap Setiausaha Agung, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sesi 2014/2015

Last modified on Sunday, 07 September 2014 14:59
Read 2730 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Polemik Taski-Pasti:
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...

ABIM Negeri

DMC Firewall is a Joomla Security extension!