ABIM Negeri

Published in ABIM Negeri

DERMAGA Dikembangkan Ke Melaka Featured

Mar 11, 2019 Hit: 1259 Written by 
DERMAGA Dikembangkan Ke Melaka

Alhamdulillah dan tahniah Abim Melaka atas penganjuran Latihan Kejurulatihan Program DERMAGA (Diriku Permata Berharga), 8-10 Mac 2019 di KKTM Melaka. Melaka merupakan Negeri ke- 10 yang menyediakan jurulatih terlatih bagi proses pendidikan tidak formal dalam mendekati dan menyampaikan maklumat berkenaan pendidikan reproduktif kepada kelompok sasaran - remaja. Oh ya, ABIM menawarkan khidmat program pendidikan ini kepada mana-mana sekolah mahupun pusat tumpuan komuniti termasuklah masjid atau surau dalam zon Negeri yang besar hati untuk bersama dalam program pendidikan remaja masing-masing. Hubungi kami ya!

----------------------------------------

Fakta tentang DERMAGA - Diriku Permata Berharga.

¤ DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.

¤ DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.

¤ DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.

¤ DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan - 'informal social control' melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.

¤ DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat. Semoga Allah permudah usaha kecil dan bersama ini.

Read 1259 times
Rate this item
(0 votes)

Berita ABIM

Pembukaan Hagia Sofia
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 14 JULAI 2020 / 22 Zulkaedah 1441 H ...
افتتاح ايا صوفيا للصلاة
حركة الشباب الإسلامي بماليزيا- ABIM 14 يوليو 2020 – 22 ذوالقعدة 1441هجرية افتتاح ايا صوفيا ...
Polemik Taski-Pasti:
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...

DMC Firewall is a Joomla Security extension!