ABIM Pusat

Published in ABIM Pusat

ABIM Sarawak Pertubuhan Belia Terbaik Ketiga Kebangsaan Featured

May 29, 2019 Hit: 345 Written by 
ABIM Sarawak Pertubuhan Belia Terbaik Ketiga Kebangsaan

Bangi, 15 Mei 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah dinobatkan sebagai salah satu pertubuhan belia terbaik peringkat kebangsaan apabila meraih tempat ketiga dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Pertubuhan.

Anugerah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, dalam acara gilang-gemilang bersempena Sambutan Hari Belia Negara 2019, di Dewan Tunku Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, dekat sini.

Acara ini diadakan serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara 2019, Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia kali ke-68 dan Konvensyen Belia Kebangsaan 2019, juga di lokasi sama.

Johan bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2019 kategori pertubuhan adalah Persatuan Belia Beliawanis Bukit Kuda Labuan, manakala Persatuan Belia Felda Jelai Negeri Sembilan meraih tempat kedua.

Turut hadir dalam acara penyampaian Anugerah tersebut adalah Yang Berhormat Tuan syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Encik Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia; Tan Sri Wahid Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, dan beberapa orang dalam kalangan Menteri dan Timbalan Kabinet serta dif-dif kehormat.

ABIM Sarawak membawa pulang trofi khas, wang tunai bernilai RM 10,000.00 dan sijil penyertaan. Sebelumnya, ABIM Sarawak telah dinobatkan sebagai pertubuhan belia terbaik bagi Negeri Sarawak setelah memenangi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2019 Peringkat Negeri Sarawak.

Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Tujuan Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia.

Read 345 times
Rate this item
(1 Vote)

Berita ABIM

Pertahankan Kepentingan
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 19 September 2019 / 19 Muharram 1441 H ...
Hayati Sejarah,
PERUTUSAN PRESIDEN ABIM SEMPENA HARI KEBANGSAAN KALI KE-62. Detik 31 Ogos tiba sekali lagi. ...
Islam dan Masyarakat
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kepeloporan ABIM ...
ABIM Minta Tukar
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman nama Hari Sukan Negara (HSN) yang ...
ABIM Condemned The
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) condemned the abolition of Article 370 of the Indian ...

ABIM Negeri

Pertahankan Kepentingan
KENYATAAN MEDIA ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) 19 September 2019 / 19 Muharram 1441 H ...
Hayati Sejarah,
PERUTUSAN PRESIDEN ABIM SEMPENA HARI KEBANGSAAN KALI KE-62. Detik 31 Ogos tiba sekali lagi. ...
Islam dan Masyarakat
Oleh Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kepeloporan ABIM ...
ABIM Minta Tukar
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada pengumuman nama Hari Sukan Negara (HSN) yang ...
ABIM Condemned The
Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) condemned the abolition of Article 370 of the Indian ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!