Minda Presiden

Published in Minda Presiden

Kebersamaan Dengan Ikatan Konsep Efective Altruism. Featured

Dec 16, 2019 Hit: 156 Written by 

PHOTO 2019 12 15 17 31 20

Oleh:- Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Dalam buku Book of Rites topik "Liyun" yang ditulis oleh anak murid Confucius - Dai Sheng, beliau menerangkan konsep Great Unity yang dibahaskan oleh Confucius bersama anak-anak muridnya. Beliau menyebut bahawa "kita akan bersama dalam perpaduan apabila semua kita menyumbang dengan bahagia untuk masyarakat dan kita sama-sama mempunyai sumber yang mencukupi untuk hidup.

Saya berpandangan kedua-dua teori ini adalah saling berhubung antara satu sama lain iaitu jika sama-sama kita berkhidmat menyumbang kepada masyarakat maka ia secara tidak langsung akan mencapai teori kedua iaitu semua dalam kalangan kita akan terbela untuk meneruskan kehidupan.

Alhamdulillah Kem Muhibbah anjuran Abim Pusat dan Yayasan Takmir Pendidikan ABIM bersama sekolah aliran cina 董总 Dong Zong semalam sebenarnya adalah antara aksi usaha kita memenuhi teori Great Unity ilham Confucius ini selain kita saling mengenali antara satu sama lain seperti dituntut Al-Quran.

Malah, menerusi konsep yang lebih baik seperti "efective altruism" sudah pasti menuntut ABIM untuk bersama pelbagai pihak untuk sentiasa memperbaharui tekad dan kerjasama untuk membela masyarakat.

Terima kasih buat YB Ng Sze Han Exco Kerajaan Negeri Selangor atas usaha menjayakan Kem Muhibbah ini serta merasmikan acara penutup semalam.

Last modified on Monday, 16 December 2019 09:09
Read 156 times
Rate this item
(0 votes)