Minda Presiden

Published in Minda Presiden

Pendakwah Dan Adaptasi Diri Featured

Apr 24, 2015 Hit: 1469 Written by 

Tamatnya alam mahasiswa, menempuh alam pekerjaan mahu pun seterusnya alam perkahwinan adalah cabaran yang besar dlm fasa kehidupan pendakwah muda. Tidak sedikit yang gugur dan kehilangan arah. Ada yang meminta direhatkan sementara dirinya stabil.

Tidak dinafikan setiap individu perlukan masa bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran baru. Istilah meminta rehat adalah istilah yang salah. Apabila kita menempuh kesukaran dan cabaran baru dalam liku kehidupan ini, sebenarnya semakin kita perlukan panduan dan bimbingan.

Oleh itu seharusnya kita semakin dekat semakin dan rapat dengan jamaah. Bukannya semakin longgar dan jauh. Pada sisi pandangan yang lain pula, mereka yang meminta rehat adalah mereka yang berasa diri mereka hebat dan kuat. Mungkin ada yang berasa, tiada siapa yang memahami cabaran yang dihadapi melainkan dirinya.

Sedarkah dia bahawa para senior dalam jamaah adalah kelompok yang 'survive' dalam perjalanan dakwah. Kita yang baru memulakan langkahan belum tentu lagi. Jika direnung dari jendela alamiah, memang benar adaptasi adalah sesuatu yang amat berharga buat kemandirian satu-satu spesies.

Ini kerana 'survival of the fittest' hanya boleh berlaku apabila wujudnya adaptasi bagi memenuhi 'natural selection'. Natural selection adalah iklim dan cabaran dakwah itu sendiri.

Sejahterakan Malaysia dengan Dakwah. Allahu a'lam. Cikgu Amidi.

Read 1469 times
Rate this item
(0 votes)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!