Minda Presiden

Published in Minda Presiden

Gerakan Tempat Menggembleng Potensi Diri Featured

Apr 27, 2015 Hit: 1421 Written by 
Gerakan Tempat Menggembleng Potensi Diri

Tersentak apabila diajukan kenapa golongan doktor perubatan hanya dirujuk berkaitan hal-hal kesihatan sahaja. "Adakah kami tak boleh menjawat jawatan Ketua Biro Dakwah contohnya?" Sejujurnya persoalan ini menuju secara langsung pada diri ini.

Berkelulusan Sains Kajihayat dan kini menekuni bidang pendidikan membuatkan saya termangu apabila diminta melaksanakan amanah yang sebegini berat. Walaupun akur dengan kehendak Majlis Syura namun rasa bimbang terus menyelubungi diri ini.

Lama-kelamaan saya menginsafi bahawa pendakwah yang berkesan perlu menguasai pelbagai bidang ilmu. Kekurangan kita dalam bidang-bidang tertentu ditampung oleh teman-teman yang lain.

Itulah indahnya amal jamaie. Kesediaan untuk belajar dan saling menghormati setiap individu dalam jamaah menghadirkan kekuatan yang tidak terjangkau. Sikap 'Pemimpin tahu semua' sehingga membelakangkan pandangan yang lain adalah satu sikap yang bahaya dan merugikan.

Ingatilah sikap Rasulullah s.a.w dalam perang Badar yang memindahkan penempatan tentera Islam lantaran pandangan yang dilontarkan oleh seorang sahabat. Oleh itu dapat difahami dalam harakah kita ini tiada sekatan untuk kita menggembleng potensi diri semahunya.

Fikrah, persepsi dan sikap yang betul adalah kuncinya. Keikhlasan akan menggamit hidayah dan kesabaran akan membuahkan kekuatan. Tidak sedikit mereka yang gugur awal dari jalan dakwah bukan kerana ilmu yang sedikit tetapi fikrah, persepsi dan sikap yang tidak tepat.

Catatan Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden ABIM. 

Last modified on Tuesday, 28 April 2015 01:56
Read 1421 times
Rate this item
(0 votes)
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd