Siaran Media (185)

COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat Yang Terjejas.

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H

COVID 19 : ABIM GESA KELONGGARAN POLISI KEWANGAN UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penularan wabak penyakit Coronavirus atau Covid-19 yang hari ini telah mencatat jumlah 553 pesakit. Berdasarkan kepada kenyataan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa situasi Malaysia sekarang telah naik ke tahap 'late containment' atau pencegahan lewat yang menjustifikasikan kegusaran rakyat Malaysia.

Hal ini telah membawa kepada terjejasnya beberapa sektor penting negara seperti perkhidmatan dan pelancongan seperti pramugari, yang mengakibatkan kebajikan para pekerja terjejas.

Bulan ini saja kita telah menyaksikan ramai pekerja yang telah diminta untuk bercuti tanpa gaji malah ada yang ditamatkan kontrak pekerjaan ekoran kerugian yang dialami dalam sektor perniagaan yang dinyatakan.

Justeru, ini pastinya telah menjejaskan pendapatan pekerja khususnya anak muda yang membanting tulang untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Maka, ABIM menggesa agar pihak kerajaan dapat meluaskan sasaran penerima program seperti Bantuan Sara Hidup kepada pihak-pihak yang terjejas.

 

ABIM juga menggesa pihak kerajaan untuk melonggarkan syarat pengeluaran akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kadar yang munasabah khusus buat mereka yang terjejas pendapatannya ekoran situasi semasa ini.

Dalam pada itu, satu insentif khas kepada anak muda yang bekerja sendiri yang majoritinya bergiat dalam merancakkan sektor “gig economy” harus diberikan sebagai ‘safety net’ buat mereka dalam mengharungi permasalahan ekonomi semasa. Insentif khas ini merupakan langkah yang amat baik dalam menghargai mereka bagi membangunkan ekonomi gaya baharu seiring dengan perkembangan pesat sektor tersebut di seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menggesa mana-mana pihak khususnya pembekal dan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap senario pembelian panik atau “panic buying” dalam kalangan rakyat.

Pihak Kementerian berkaitan juga harus memastikan stok barangan sentiasa mencukupi dan dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan dan diukur atas dasar kepentingan rakyat, dan bukan konsep “Pembekalan & Permintaan” semata-mata.

ABIM juga menggesa semua pihak untuk sentiasa mengikut nasihat KKM dalam memastikan penularan wabak ini dapat diatasi segera

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 439 times
Rate this item
(1 Vote)
Virus Korona: Muhasabah Dan Sikap Muslim

VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM

Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

E-Book percuma untuk sebaran.

Assalamualaikum wbt.

Bersempena dengan penularan wabak virus korona di seluruh dunia, Kami sukacita ingin berkongsi e-book tentang tajuk ini yang sangat baik dan bermanfaat, sebagai muhasabah dan panduan muslim.

E-book ini kami kongsikan secara percuma, yang bertajuk: Virus Korona: Muhasabah dan Sikap Muslim, diterjemahkan oleh Ustaz Mohammad Syafiq Ismail akan tulisan gurunya Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr.

E-book ini boleh dimuatturun melalui link di bawah ini:

https://drive.google.com/…/1s86UoR8BbY8zwsD22miVQl2kg…/view…

<iframe src="https://drive.google.com/file/d/1s86UoR8BbY8zwsD22miVQl2kglQ2-yys/preview" width="640" height="480"></iframe>

E-book ini boleh dikongsi kepada sahabat-sahabat dan saudara mara. Moga-moga kita semua dapat manfaat daripada pembacaan ini.

Selamat membaca dan menghayati!

Read 444 times
Rate this item
(0 votes)

Seimbang Untuk Sejahtera

Mar 09, 2020
Hit: 356
Read 356 times
Rate this item
(0 votes)
Read 338 times
Rate this item
(1 Vote)
Read 67 times
Rate this item
(0 votes)

 tadabur

Read 494 times
Rate this item
(0 votes)

 uyghur faisal aziz

Read 378 times
Rate this item
(0 votes)

 uyghur faisal aziz

Read 82 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Harap Kerajaan Segera Selesai Pelbagai Masalah Anak Muda.  

 Sumber Gambar:- Berita Harian

 

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berharap kerajaan akan segera menyelesaikan pelbagai isu membabitkan anak muda termasuklah pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata kerajaan juga perlu mencari pendekatan baharu bagi mendekati dan mendengar rintihan anak muda dan pertubuhan belia di peringkat akar umbi.

“Apa yang dinyatakan kerajaan (dengan suara anak muda) adalah satu kebenaran di mana ia refleksi kod kenyataan bahawa zaman kerajaan ‘tahu apa yang terbaik’ sudah pun berakhir.

“Hari ini dengan perubahan semasa termasuk kepesatan teknologi dan sebaran maklumat anak muda dilihat lebih celik dalam menggarap perubahan yang ada.

“Malah keperluan pengalaman juga hari ini berubah disebabkan perubahan penggunaan teknologi yang mana dilihat pengalaman dan ilmu baharu yang dikuasai anak muda lebih didambakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam wawancara eksklusif disiarkan BH kelmarin, yang berkata idea serta pandangan orang muda lebih serasi dengan teknologi terkini amat dituntut ketika negara semakin menuju era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Perdana Menteri turut menyifatkan ruang untuk kelompok pewaris bangsa ini menyalurkan pandangan perlu ada, sebagai pengimbang kepada pengalaman orang lama.

“Kita perlu dengar (suara) orang yang akan mewarisi negara kita ini. Mereka boleh suarakan pendapat dan yang baik kita terima. Kita kena dengar dia (orang muda), jadi kita bagi suara kepada dia,” kata Dr Mahathir. Sumber:- Berita Harian

 

Read 426 times
Rate this item
(0 votes)

Menjawab Falasi UEC

Dec 03, 2019
Hit: 874
Menjawab Falasi UEC

Menjawab Lontaran Artikel “Dubious Criteria In UEC Recognition”  Oleh Kua Kia Soong Yang Disiarkan 27 November 2019 Menerusi Laman Web Portal Malaysia Kini

Oleh:-

Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim, Naib Presiden (Pendidikan, Kebudayaan, & Kenegaraan)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Pada 1957, suatu tawaran perjanjian telah dibuka melalui Ordinan Pelajaran 1957 yang mana antara lain memberikan pilihan kepada 134 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada ketika itu. SMPC boleh memilih sama ada untuk bersama-sama dalam sekolah yang diiktiraf oleh kerajaan atau sebaliknya.

Akhirnya, 74 buah sekolah memilih untuk selarikan pergerakan mereka dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menggunakan bahasa rasmi persekutuan sebagai bahasa pengantar, menggunakan kurikulum kebangsaan, dan menjalani peperiksaan yang sama seperti lain-lain sekolah kebangsaan, iaitu peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM).

Lantas, kita kenali sekolah tersebut sebagai conforming school yang mana dipanggil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK). Kumpulan SMJK ini diiktiraf oleh kerajaan dan dianggap sebagai aliran arus perdana, layak memasuki Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan layak juga memasuki sektor pekerjaan awam sejak daripada itu.

Perjanjian tersebut, jelasnya memberikan pilihan yang adil lantas sewajarnya tidak timbul lagi isu sama ada perlu mengiktiraf peperiksaan yang terhasil daripada SMPC yang berada di luar sistem pendidikan kebangsaan, dan dalam konteks ini adalah Sijil Peperiksaan Bersepadu, atau lebih dikenali dengan Unified Exam Certificate (UEC) yang hanya bermula pada 1975. Dan inilah kisah tuntutan baki 60 buah SMPC yang tidak memilih untuk bersama dalam sistem pendidikan kebangsaan sehingga hari ini.

Uniknya sistem pendidikan di Malaysia, semua pihak dibenarkan menjalankan sistem persekolahan mengikut acuan dan pilihan masing-masing. Ini selaras dengan amalan pendemokrasian pendidikan yang sememangnya ditulis dalam Akta Pendidikan.

Namun, dalam kalangan rakyat Malaysia, untuk memasuki IPTA dan pekerjaan sektor awam, syarat yang paling minimum diletakkan kerajaan adalah mempunyai sijil SPM, iaitu minimumnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Justeru, semua sistem pendidikan di luar kerangka sistem pendidikan kebangsaan seperti UEC, Tahfiz-pondok, Azhariy, International Baccalaureate (IB), International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan sebagainya perlu memenuhi syarat tersebut tanpa kecuali. Untuk memasuki IPTS atau mana-mana IPT antarabangsa (di dalam atau di luar negara) itu terpulang kepada IPT berkenaan.

Namun, yang menjadi isu dan sering kali menjadi duri dalam daging, hanya penganjur peperiksaan UEC yang bersungguh-sungguh meminta agar peperiksaan ini diiktiraf kerajaan.Ya, hanya UEC! Bagaimana pula yang lain? Sama ada mereka akur dengan turut mengambil peperiksaan SPM sebagai syarat kemasukan ke IPTA, ataupun mereka bersedia dan rela untuk meneruskan pengajian di luar negara atau di IPTS berbekalkan sijil berkenaan.

Sekonyong-konyongnya, begitu hebat arus pengaruh politik, maka pada pilihan raya umum (PRU-14) lepas, kedua-dua gabungan parti politik terbesar negara, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjanjikan akan memberikan pengiktirafan kepada UEC dalam sistem pendidikan kebangsaan sekiranya memenangi pilihanraya.

Pasca 9 Mei 2018, kerajaan PH yang memenangi PRU-14 lepas rupanya juga amat berhati-hati dalam melaksanakan manifestonya itu. Maka, kerajaan seterusnya telah menubuhkan sebuah jawatankuasa Pasukan Petugas Dasar bagi mendapatkan maklumat dan kajian berkaitan UEC (PPD-UEC) daripada pelbagai aspek.

Seramai 17 tokoh dalam pelbagai bidang, 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), 5 parti politik, 12 agensi kerajaan, 14 IPT Awam dan IPT Swasta, serta 2 siri townhall melibatkan belia dan pelajar. Tidak cukup itu, diadakan juga sesi libat urus kepada ahli parlimen merentasi parti. Keseluruhannya, 406 orang terlibat dalam sesi pengumpulan data yang amat penting ini.

Ini sebenarnya dapat difahami memandangkan kesan pengiktirafan ini amat besar, dan menyentuh aspek Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, selain isu hala tuju sistem pendidikan kebangsaan yang sudah tentunya melibatkan kesemua IPTA, kesemua jenis persekolahan, dan kesemua agensi kerajaan.

Skala isu ini amat besar. Justeru, jika ada pihak yang mempersoalkan kenapa PPD UEC berjumpa dengan pelbagai pihak untuk isu UEC ini, jelasnya pihak tersebut tidak mengerti asas dalam bernegara. Isu ini bukan sekadar isu pinggiran, bukan juga sekadar ingin memenuhi manifesto, malah bukan isu anti atau bermusuh dengan SMPC, apa lagi isu kualiti murid atau standard tahap kesukaran peperiksaan UEC.

Sudah tentu juga tidak timbul isu menyalahgunakan duit pembayar cukai dalam mendapatkan data authentic yang legitimate dan komprehensif suara akar umbi mewakili rakyat Malaysia. Malah, rakyat Malaysia harus bersyukur atas keberanian kerajaan mengadakan sesi libat urus bersemuka dengan rakyat kembali sebelum membuat keputusan yang akan memberikan kesan dalam asas pembinaan negara ini sejak 1957!

Akhirnya, tugas JK PPD UEC ini hanyalah mengumpulkan data dan maklumat. Keputusan akhir masih terletak di tangan kabinet dan kerajaan yang memerintah. Sebagai rakyat Malaysia, saya akan berpuas hati apabila kerajaan membuat keputusan polisi berdasarkan data (data driven policy), berbanding berdasarkan sandaran politik populis atau sentimen politik identiti yang merosakkan negara.

Sebagai penutup artikel ini, untuk Malaysia mencapai matlamat sebenar perpaduan bangsa Malaysia, kita perlu berjiwa besar dan pada masa sama realistik dalam menentukan dasar pendidikan yang terbaik untuk negara.

Penulis lontarkan persoalan untuk difikirkan bersama-sama.

Bagaimana dan bila agaknya murid Malaysia yang pelbagai etnik budaya bangsa ini dapat berinteraksi apabila dalam satu negara yang sama, kita seolah-olah menggunakan falsafah pendidikan yang berbeza, aspirasi pendidikan yang berbeza, hala tuju persekolahan yang berbeza, sistem pendidikan dan bahasa pengantar yang berbeza, kurikulum dan buku teks yang berbeza, latihan keguruan yang berbeza, dan sistem peperiksaan yang berbeza? Model negara maju mana yang kita contohi?

Read 874 times
Rate this item
(0 votes)
 
75636117 10221429482826025 4314002354832670720 n
 
 
Read 465 times
Rate this item
(0 votes)
 
75636117 10221429482826025 4314002354832670720 n
 
 
Read 71 times
Rate this item
(0 votes)
Page 2 of 16

Siaran Media

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...

#Akhbar #TV

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd