Siaran Media (185)

ABIM Kecam Penghapusan Etnik Rohingya Rakhine, Gesa Kerajaan Bangladesh Buka Sempadan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekaras-kerasnya tragedi penghapusan etnik yang sedang dialami umat Islam Rohingya di wilayah Rakhine, Arakan Myanmar pada ketika ini.  ABIM amat prihatin dengan laporan keganasan berterusan etnik dan mazhab di Negeri Rakhine Myanmar (Arkaan) yang setakat ini telah menyebabkan beribu-ribu pelarian Rohingya Muslim ditemui mati, 3000 lain cedera parah manakala beratus-ratus rumah telah bakar.

Read 2034 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Kesal Parlimen Tolak Bincang Usul Syria

14 Jun 2012 - Semenjak 12 Januari 2012 yang lalu ABIM telah melancarkan kempen Selamatkan Syria “Save Syria” dan telah menganjurkan beberapa demonstrasi aman dan penyerahan empat memorandum bantahan kepada kedutaan Syria. ABIM juga telah menemui dan berbincang dengan tokoh penting seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga ahli politik seperti YB Khairy Jamaluddin serta mengadakan flashmob, bantuan kemanusiaan di sempadan Turki-Syria, pameran-pameran kesedaran serta taklimat berkaitan konflik di Syria.

Read 1782 times
Rate this item
(1 Vote)
Anjurkan Debat Anwar-Najib!: ABIM

23 Mei 2012 - Debat antara YB Khairy Jamaluddin serta Rafizi Ramli telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Mengambil kesempatan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah mengembangkan budaya politik positif di kalangan para ahli politik di negara ini.

Menilai respon positif yang diketengahkan masyarakat berhubung penganjuran debat ini, ABIM ingin menggesa debat antara dua tokoh politik utama negara YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak serta YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dianjurkan sebelum PRU Ke-13 diadakan.

Read 2187 times
Rate this item
(0 votes)

Angkatan Belia Islam Malaysia memandang serius penganjuran Seminar yang membicarakan buku Allah, Liberty and Love karangan penulis kontroversi Irshad Manji, yang dijadualkan berlangsung di universiti di bawah seliaan pihak tuan. ABIM menilai penganjuran seminar tersebut sebagai manifestasi kurangnya sensitiviti terhadap pandangan yang dikemukakan majoriti umat Islam terhadap penulis tersebut serta buku-buku beliau, yang banyak mengemukakan pandangan serta pemikiran yang melangkaui asas-asas utama pemikiran Islam.

Sebarang perbincangan atau wacana mengenai Islam seharusnya dianjurkan dengan merujuk kepada aliran utama (mainstream) ajaran serta amalan Islam itu sendiri, yang telah menetapkan kerangka pemikiran yang khusus mengenai sesuatu perkara atau aspek yang di ketengahkan dalam kehidupan umat Islam.

Read 2523 times
Rate this item
(0 votes)
Penganjuran BERSIH 3.0: Tahniah Rakyat Malaysia!

28 April 2012:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada penganjuran Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada hari ini (28 April 2012). Menilai kepada jumlah kehadiran yang melebihi 70,000 orang di samping rangkaian protes serupa yang dianjurkan di seluruh dunia, ABIM beranggapan ia memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa yang mahukan system pilihanraya yang telus serta tidak diragui integritinya diamalkan di negara yang tercinta ini.

Dalam hal ini, ABIM ingin mengimbau semula pelbagai rungutan serta kekhuatiran yang diutarakan oleh rakyat berhubung dengan isu ini, seperti kewujudan nama pengundi yang meragukan (pengundi hantu), integriti saluran undi POS, akses saksama kepada media untuk semua parti politik, dan integriti serta kedudukan institusi-institusi awam selaku badan yang bebas dari pengaruh partisan mana-mana kelompok politik di samping amalan politik kotor dan rasuah yang sering diperkatakan di peringkat akar umbi.

Read 1421 times
Rate this item
(0 votes)
Page 16 of 16

Siaran Media

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...

#Akhbar #TV

Our website is protected by DMC Firewall!