ABIM @ #Akhbar (89)

ABIM Sokong Kempen Say No 2 Zina

Feb 04, 2019
Hit: 1199
ABIM Sokong Kempen Say No 2 Zina

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyokong kempen Say No 2 Zina #JagaDiri #StayAbstinent yang digerakkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ini kerana kempen tersebut sangat penting bagi menangani pelbagai polemik berkaitan seperti salah laku seksual atau hubungan luar nikah di samping gejala-gejala susulan seperti pembuangan bayi dan penularan penyakit jangkitan seksual.

Menurutnya, selain daripada pencegahan menerusi mekanisme perundangan, pihaknya juga berpandangan, kefahaman mengenai pengetahuan pendidikan reproduktif perlu digerakkan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat untuk membina kefahamanan jelas mengenai natijah negatif daripada sebarang tingkah laku berisiko.

"Berdasarkan kepada penganjuran siri-siri program Dermaga (Diriku Permata Berharga) yang digerakkan ke seluruh negara sejak tiga tahun lalu, Abim menilai masyarakat amat memerlukan pengetahuan dalam bentuk pendidikan abstinen (pencegahan).

"Dermaga yang diperkenal kepada masyarakat dirasakan sebagai satu komplemen kepada usaha Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam memberikan informasi berkaitan pendidikan reproduktif remaja dan kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendidikan abstinen membolehkan masyarakat mengenal pasti kaedah serta melindungi diri daripada sebarang tingkah laku berisiko yang boleh menjejaskan keselamatan atau maruah diri dan orang lain.

"Pendidikan abstinen juga meliputi kefahaman bahawa semua agama dunia memandang berat serta mencegah para penganutnya daripada melakukan salah laku serta tingkah laku seksual yang berisiko.

"Usaha menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai informal education dan informal social control perlu dipertingkatkan di seluruh peringkat dengan pendekatan bersesuaian dan komprehensif sebagai membentuk support system atau persekitaran kumpulan masyarakat sokong bantu bagi mencegah penularan gejala tidak sihat dalam kalangan masyarakat itu sendiri," katanya.

Sumber:- Akhbar Sinar Harian

Read 1199 times
Rate this item
(0 votes)
Bimbang Salah Laku Seksual : ABIM Bangunkan Pendidikan Reproduktif Remaja Kanak-Kanak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini yang memandang serius berkenaan tiga (3) kes salah laku seksual melibatkan remaja yang dilaporkan di media massa kebelakangan ini. Berleluasanya salah laku seksual terhadap kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan fabrik keutuhan masyarakat secara keseluruhan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, ABIM telah berpartisipasi sama membangun pengetahuan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui program pendidikan DERMAGA - Diriku Permata Berharga untuk membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif kepada kelompok sasaran.

*DERMAGA telah dijalankan di seluruh negara melalui pendekatan berperingkat kepada golongan sasaran dengan kerjasama erat pelbagai agensi tempatan*.

Read 1551 times
Rate this item
(0 votes)
Mangsa Tsunami Banten Terkejut Lihat Sukarelawan Malaysia

Oleh : Zanariah Nor Zin

Mangsa tsunami Banten di Kecamatan Sumur menyambut kehadiran sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama krew Bernama News Channel (BNC) dengan perasaan gembira bercampur linangan air mata.

Mangsa tsunami, Dasep, 31 tahun menyapa mesra wartawan BNC, Zanariah Nor Zin sewaktu rombongan berhenti di salah satu kedai tepi jalan untuk mengisi data internet.

“Allahuakbar kak, saya tidak sangka sukarelawan dari Malaysia sanggup ke sini menziarahi kami. Kampung kami jauh kak.. pedalaman. Terima kasih sanggup kerah tenaga datang ke sini” 

Read 1144 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Ketengah Dermaga & Tunas Dermaga Bangun Pengetahuan Reproduktif Remaja & Kanak-Kanak

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkongsi kebimbangan yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini yang memandang serius berkenaan tiga (3) kes salah laku seksual melibatkan remaja yang dilaporkan di media massa kebelakangan ini. Berleluasanya salah laku seksual terhadap kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh merosakkan fabrik keutuhan masyarakat secara keseluruhan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, ABIM telah berpartisipasi sama membangun pengetahuan pendidikan reproduktif dalam kalangan remaja dan kanak-kanak melalui program pendidikan DERMAGA - Diriku Permata Berharga untuk membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif kepada kelompok sasaran.

*DERMAGA telah dijalankan di seluruh negara melalui pendekatan berperingkat kepada golongan sasaran dengan kerjasama erat pelbagai agensi tempatan*.

Read 1864 times
Rate this item
(1 Vote)

Anak-Anak Palu Cuba Bangkit.

Nov 19, 2018
Hit: 1194
Anak-Anak Palu Cuba Bangkit.

PALU - INDONESIA. Menyaksikan sendiri bumi terbelah di depan mata pastinya menjadi mimpi buruk buat anak-anak mentah yang baru mengenal dunia. Tanggal Jumaat, 28 September 2018 merakam Kota Palu dibadai bencana alam itu bukan sahaja membenam ribuan korban namun ia juga menenggelamkan semangat anak-anak kecil yang menjadi saksi bencana terburuk yang membadai kediaman, sekolah, masjid dan padang permainan harian mereka.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia bersama Sinar Harian berkunjung ke Desa Sidera Kecamatan Sigi Biromaru di Sulawesi Tengah, dalam usaha menyembuhkan luka dihati anak-anak kecil dan cuba menyuntik kegembiraann di wajah-wajah suci tidak berdosa untuk kembali hidup penuh semangat menempuh kehidupan.

Kira-kira 50 anak-anak diajar menyanyi, menari, membuat origami, mewarna, kitar semula dengan bantuan enam relawan GPM yang mempraktikkan modul "psikological first aid (PFA)" yang bertujuan menggembirakan dan membuatkan mereka lupa detik hitam yang menghantui mimpi malam mereka.

Kesemua mereka kelihatan teruja dan gembira menyambut kedatangan "kakak-kakak relawan GPM dari Malaysia" dan terhibur dengan semua aktiviti yang dilakukan. Kanak-kanak kecil berusia antara 2 hingga 12 tahun itu tinggal di daerah yang terjejas akibat bencana alam tersebut ternyata sukar melupakan kejadian yang meranapkan tanah kelahiran mereka.

Read 1194 times
Rate this item
(0 votes)

Menanti 517 Hari Yang Dijanjikan

Nov 12, 2018
Hit: 1404
Menanti 517 Hari Yang Dijanjikan

 

Pada tahun 2011, saya pernah berkesempatan bertemu seorang tokoh politik tersohor Indonesia Pak Amien Rais dalam satu acara di Universiti Gadjah Mada. Beliau pernah menyebut beberapa ciri keunikan reformasi Indonesia sehingga berjaya menjelmakan Indonesia yang lebih bebas, makmur, dan telus.

Reformasi Indonesia lwn revolusi Mesir

Ketika dunia bersorak dan kagum dengan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, kita lupa untuk memberi perhatian kepada kehebatan reformasi Indonesia.

Latar negara Indonesia yang bangsanya tidak seragam seperti Mesir, kepelbagaian bahasa dan kerencaman etnik, serta keadaan geografi yang rakyatnya terpisah dengan ribuan pulau, ditambah sokongan media sosial ketika itu memustahilkan reformasi untuk berjaya.

Sebaliknya, di Mesir, bangsanya Arab, seluruh rakyatnya menggunakan hanya satu bahasa ibunda, tinggal di satu tanah besar tanpa dipisahkan oleh demografi kawasan mahupun pulau.

Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk revolusi berjaya malah ditambah dengan sokongan media sosial memperkuatkan lagi kempen untuk menjatuhkan rejim diktator.

Revolusi di Mesir yang diagungkan dunia selama ini akhirnya gagal menelurkan hasil malah hari ini Mesir kekal berada di bawah cengkaman diktator.

Reformasi Indonesia sebaliknya telah menjernihkan cermin demokrasi, kebebasan, dan ketelusan Indonesia.

Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan kunci utama kejayaan reformasi ini adalah Baharuddin Jusuf Habibie iaitu presiden ketiga republik Indonesia pasca-Soeharto.

Menurut Anies Baswedan mantan Mendikbud (menteri pendidikan dan kebudayaan), Pak Habibie adalah satu-satunya presiden di masa peralihan yang tidak memanfaatkan kekuasaannya untuk melanggengkan kekuasaannya.

Habibie memberi jalan bagi upaya reformasi yang tengah diserukan di masa peralihan tersebut.

Read 1404 times
Rate this item
(1 Vote)
Misi Darul Wardah Bukan Sekadar Touch N Go

Oleh AZIMAH GHAZALI

“KALAUPUN kita tak mampu betulkan semua, sekurang-kurangnya kita dapat selamatkan satu jiwa. Itu prinsip saya.” Itu kata pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (Darul Wardah), Hazlina Abd Razak yang mewujudkan rumah amal untuk wanita terlanjur dan memerlukan sejak 10 tahun lalu.

Biarpun timbul pelbagai persepsi, namun bekas pensyarah ini mengambil keputusan membuka rumah kebajikan berkenaan apabila sebelumnya seringkali terpaksa menghadapi situasi kes memerlukan perhatian, namun kebanyakan masyarakat cuba menutupinya.

“Dulu selalu bila saya berceramah di sekolah dan universiti, ada remaja jumpa di belakang beritahu ‘saya dah mengandung’. Masa tu kita rasa kita hanya bercakap (bagi ceramah), tapi tak boleh nak ubah sesuatu.

“Ada kes bila mengandung berlindung di gereja, buang anak sebab rasa tak ada siapa nak terima, dihalau keluarga. Tapi benda tu dah jadi tabu dalam masyarakat. Kita jadi sorak-sorai dan buat spekulasi.

Sebab itu, saya tak mahu cakap seorang, sebenarnya semua mesti main peranan,” katanya kepada Cakna Sinar ketika mengimbas sejarahnya mewujudkan Darul Wardah.

Serius mahu mengambil peranan, pernah Hazlina pergi ke kementerian berkaitan mengutarakan modul termasuk menekankan kepentingan pendekatan spiritual, tapi ditolak. Terfikir tidak boleh melakukan perubahan terhadap isu gejala sosial ini melainkan dengan menjalankan kerja-kerja pemulihan dengan modul ada, hasilnya hingga kini beliau membuktikannya.

“Kita tahu puncanya, sebab tu kalau tanya wajar atau tak buat pusat jagaan wanita ini, jawapannya tak wajar kalau tak ikut SOP (prosedur operasi standard).

Pada 2008 saya putuskan buka Darul Wardah. “Itulah bermula rumah ini, asalnya dari kes akidah, kes rumah tangga, hingga kini pelbagai kes. Kini lepas 10 tahun, kita keluar sebab kita dah ada data,” katanya.

Rantaian faktor

Kesal kebiasaan masyarakat menyangka peranan mendidik hanya perlu dimainkan ibu, sebaliknya Hazlina berkata sepatutnya lelaki menguasainya.

Disebabkan itu menurutnya, pendekatan Model Luqman iaitu golongan bapa perlu memainkan peranan lebih aktif, antara diketengahkan dalam NGOnya.

“Patut mereka (bapa) jadi role model anak, bukan aniaya mereka. Tengok saja dalam ceramah dan seminar berapa ramai lelaki dan wanita? Yang hantar anak misalnya di tempat kami hanya golongan ibu, bapa tak hantar pun.

“Yang nangis-nangis depan kami, ibu-ibu ni... bapa relaks hisap rokok depan rumah. Saya panggil dua-dua kena masuk. Kami kaunseling mak bapak dulu sebelum kaunseling anak. Sebab dah baik nanti anak-anak ini akan pulang semula ke rumah ibu bapa mereka,” katanya.

Kini selama 10 tahun seramai 393 sudah bergelar penghuni Darul Wardah, termasuk wanita terlanjur dan berdepan kes keganasan rumah tangga. Hanya mampu menempatkan paling maksimum 30 orang pada satu-satu masa, malah dibenarkan untuk bersama dengan bayi masing-masing, buat masa ini penghuni terbabit tinggal di rumah perlindungan ini antara setahun ke dua tahun berdasarkan sistem merit.

“Kalau boleh saya elak menyebut punca utama gejala ini berlaku sebaliknya kaitkannya dengan rantaian. Boleh jadi sebab mereka jadi begini kerana keluarga, ekonomi, tahap pendidikan, ia rantaian faktor. Kejahatan tak jadi dalam satu masa.

“Yang penting penghayatan nilai sistem pendidikan kita misalnya, sebab ia kini hanya berasaskan peperiksaan. Pendidikan kita hanya tengok luaran, cantik diutamakan, yang kurang rasa tertinggal. Anak tak dapat 5A misalnya dikesampingkan. Hakikatnya saya berani sebut tak ada wakil IPTA tak dihantar ke rumah kami,” katanya.Hazlina.

 Bukan sekadar ‘touch n go

Serba salah dirasakannya... jika ditambah cawangan rumah pemulihan akhlak seperti diusahakan sekarang, ia umpamanya menunjukkan masyarakat kita sedang bermasalah. Hazlina memaklumkan sebenarnya cawangan Darul Wardah sudah pun ada di Johor Bahru, malah teman-temannya di negeri-negeri lain turut meminta supaya membuka rumah sama di negeri masing-masing.

Read 1651 times
Rate this item
(0 votes)
Golongan pertengahan Melayu Perlu Bantu Generasi Seterusnya

Golongan pertengahan Melayu yang dilahirkan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu membantu generasi seterusnya supaya lebih berdaya saing. Menurut Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim, apa yang berlaku golongan kelas pertengahan Melayu ini tidak bertindak seperti bangsa lain yang membantu generasi seterusnya.

Read 1174 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Gesa Pinda Kurikulum UEC Sebelum Diiktiraf

Kurikulum Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu dipinda sebelum kementerian pendidikan mengiktirafnya, gesa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

"Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada cadangan untuk mengiktiraf UEC sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor awam. "Justeru, dalam isu pengiktirafan UEC, tidak dapat tidak, satu kajian ke arah meminda kurikulum UEC agar selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan amat perlu dititikberatkan terlebih dahulu," kata Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam suatu kenyataan hari ini.

ABIM mengambil maklum cadangan ini bertujuan memanfaatkan kira-kira 3,000 pelajar yang menamatkan pengajian mereka dengan sijil UEC setiap tahun di enam puluh sekolah menengah persendirian Cina. Bagaimanapun, Faisal berkata standard subjek Bahasa Melayu dalam UEC perlu setaraf dengan subjek sama dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Rombak kurikulum subjek Sejarah "Antaranya termasuklah meningkatkan standard subjek Bahasa Melayu dalam UEC supaya setaraf dengan subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta merombak kurikulum dalam subjek Sejarah agar ia menepati silibus yang ditetapkan dan beberapa pertimbangan lain yang perlu diberikan perhatian.

ABIM juga berkata permintaan pengiktirafan sijil UEC boleh mencetuskan kekeliruan pendidikan negara dan berkemungkinan polarisasi kaum dan agama akan terus melebar. "Desakan ini (pengiktirafan UEC) hanya akan mencetuskan kekeliruan yang boleh menggugat kesepaduan orientasi pendidikan negara. "Justeru, berkemungkinan besar polarisasi kaum dan agama akan terus melebar sekiranya persijilan seperti ini yang berada di luar skop dan aliran kebangsaan diterima," katanya.

Tidak terburu-buru Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kerajaan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru mengenai cadangan mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching pula mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung tahun ini.

Pada 2 Julai lalu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata pengambilan lulusan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri Melaka kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas. “Maknanya UEC diterima dalam syarat perjawatan di peringkat negeri," katanya. Sumber:- Malaysia Kini

Read 1364 times
Rate this item
(0 votes)
KSSB Ransang Semangat Kesukarelawanan Anak Muda

KEMPEN Seorang Sekampit Beras (KSSB), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dimulakan sejak 12 tahun lalu mendapat sambutan masyarakat khususnya di Lembah Klang. Presiden Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini KSSB 2018 digerakkan dari rumah ke rumah di kawasan desa dan kampung serta di masjid-masjid.

Menurutnya, pada masa sama pihaknya turut memberikan tumpuan mengadakan program berkenaan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR), pangsapuri dan pangsa di sekitar daerah Lembah Klang. "Mengapa kita tumpukan di Lembah Klang, kerana berdasarkan statistik kajian dibuat Jabatan Perdana Menteri (ICU) tahun lalu, jumlah kemiskinan luar bandar berbanding bandar, berbeza berbanding beberapa tahun lalu.

"Tahun lalu jumlah kemiskinan bandar di seluruh negara berada pada tahap 52 peratus, berbanding kemiskinan luar bandar 48 peratus. Pendek kata, pada hari ini lebih ramai mereka di bandar besar dilanda kemiskinan. Jadi kita bersyukur Pertubuhan Institusi Perbankan Islam Malaysia (Aibim) turut dapat menghulurkan bantuan pada kelompok memerlukan ini," katanya.

Bia berkata demikian semasa penyampaian sumbangan KSSB dengan kerjasama Aibim dan Masjid Al-Bukhary diadakan di Masjid al-Bukhary, Kuala Lumpur, 22 Mei lalu. Dalam program tersebut, seramai 400 keluarga terdiri daripada penduduk PPR Seri Sarawak, PPR Seri Selangor, PPR Loke Yew, PPR Tun Razak dan PPR Cochrane menerima sumbangan yang disampaikan Presiden Aibim, Datuk Redza Shah Wahid dan Raimi, di samping beberapa wakil dari beberapa institusi perbankan Islam bernaung di bawah Aibim.

Read 1400 times
Rate this item
(0 votes)
Acara buka puasa disertai penganut pelbagai agama disambut meriah

KIRA-kira 100 orang hadir memeriahkan acara berbuka puasa yang disertai penganut agama berbeza di Petaling Jaya hari ini, sebuah majlis yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Sebahagian yang hadir adalah ahli gereja berdekatan masjid yang sebelum ini tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke situ kerana menganggap ia kawasan larangan bagi bukan Islam. Seorang pelajar, Stephanie Yong, 26 berkata dia tidak pernah memasuki mana-mana masjid sebelum ini ekoran bimbang dilarang namun kini mengakui acara itu membuka matanya tentang Islam. Dia sebelum ini mempunyai pandangan yang orang masjid tidak mesra. “Tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka amat mengalu-alukan kehadiran kami. “Mereka sangat peramah, mudah didekati, dan amat berminat untuk berkongsi,” katanya kepada The Malaysian Insight. Stephanie berkata dia amat tertarik untuk mendekati masyarakat Islam negara ini dan sentiasa ingin mendalami mengenai agama itu. “Perasaan luar biasa apabila melihat masjid. Ia cantik dan saya suka penjelasan di sebalik seni binanya,” tambahnya. Acara yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling Jaya itu dianjurkan Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Community Action Network (CAN) dan Church of Assumption and Friendship Group of Inter-religious Service. – 4 Jun, 2018. The Malaysian Insight.

Read 1163 times
Rate this item
(0 votes)
Interfaith buka puasa in PJ mosque a hit

A MOSQUE in Petaling Jaya hosted a multi-faith breaking of fast today and 100 residents attended what some described as an “eye-opener” event. Among the attendees were church goers who said they never went near Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz because they thought they were not welcomed. Stephanie Yong, 26, said she has never entered a mosque because of fears that she might not be allowed in. Today’s event, she said, opened her eyes on Islam. She thought the patrons would be reserved and non-approachable. “But it turns out that they were so welcoming and excited to have us there just as I was. “They were friendly, approachable, giving and eager to share with everyone,” she told The Malaysian Insight. Yong said she had always been curious about Muslims and had always wanted to know more about the religion. “It’s amazing to see the mosque. It is pretty and I love the explanation behind its architecture,” she added. The event was organised by Member of Malaysian Islamic Youth Movement (Abim), Popular Communication Centre for Human Rights (Komas), Community Action Network (CAN), Church of Assumption and Friendship Group of Inter-religious Service. It included a tour of the mosque and the non-Muslims also observed the asar prayers. An Abim member Shafiq Apandi then gave a brief talk on Islam and explained the architecture of the mosque. Before the breaking of fast, 300 packets of bubur lambuk (porridge) were given to the public in Petaling Jaya. About 30 people went handed out the packets to drivers stuck in traffic. The buka puasa meal was chicken rice prepared in a talam style where it was served on a tray, shared by four people. Sister Christine Chong from Church of Assumption said it was her first time entering the mosque although it is only about 150m from the church. “It was wonderful. It was also my first time sharing my meal with three other people,” she said. Chong said it was a great experience to see people from all walks of life and religion coming together for the event. “I am familiar with Islam and Muslims because I lived in Kelantan for 20 years. But this is something new to me and it is a wonderful experience where I also learned new things.” Komas programme director Adli Zakuan Zairakithnaini said he was glad that the event ran smoothly despite it being a last-minute proposal. “We proposed the idea to the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) last Thursday and they approved it. They said it would be a great event to unite the people.” Petaling Jaya MP Maria Chin Abdullah said the event was a good way to unite the people and introduce different religions to others. She added these events would help to overcome misunderstanding and build respect and appreciation among each other. The Malaysian Insight June 4, 2018.

Read 1186 times
Rate this item
(0 votes)
Page 3 of 8

Siaran Media

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...

#Akhbar #TV

Covid-19:- ABIM Sampaikan Sumbangan 500 Set PPE
  13hb November 2020 (Jumaat): Alhamdulillah, sumbangan 500 set kelengkapan pelindung diri ...
Pendidikan Asas Lindungi Wanita Serta Kanak-Kanak
  22hb September 2020 (Selasa): Alhamdulillah, Naib Presiden ABIM (HELWA), Sdri. Fatin Nur ...
Kedamaian Asas Masa Depan Peradaban Sejagat.
 Laporan Ringkas Oleh : Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, Majlis Belia Malaysia (MBM) 28 ...
ABIM Adalah Gerakan Aksi & Interpretasi.
  16 September, Sentul:- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal ...
ABIM Sabah Kemukakan Empat Hasrat Dan Tuntutan
  18 September 2020, Kota Kinabalu:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah ...
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk
3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan ...
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
  Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. ...
Tahniah Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin
  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, ...
Our website is protected by DMC Firewall!