ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan ditambah - Speaker

Mar 04, 2019 Hit: 1055
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan ditambah - Speaker

Sumber:- Astro Awani

KUALA LUMPUR: Lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas akan ditambah di Dewan Rakyat untuk memastikan semua kementerian tertakluk kepada sistem kawal sedia berkenaan. Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata imbangan yang akan ditubuhkan melalui jawatankuasa itu akan merangkumi tiap-tiap kementerian yang bakal termasuk di dalam sistem berkenaan. Jelasnya, enam jawatankuasa yang diumum sebelum ini juga sudah membuat mesyuarat untuk penambahbaikan sistem itu sendiri.

"Mereka sudah bermesyuarat, hampir tiap-tiap minggu mereka bermesyuarat. "Kita tidak boleh mengharapkan sistem jawatankuasa ini bila sudah ditubuhkan, bila sudah ada ahlinya kita dapat melihat dengan mendadak sistem ini berjalan dengan laju. "Ia akan mengambil masa sedikit, tetapi sudahpun bergerak, mungkin orang lupa, bahawa ini hanyalah bulan keenam, tak sampai setahun lagi tapi kita sudah bergerak memantapkan sistem jawatankuasa khas ini," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Reformasi Sistem Pilihan Raya: Manfaat Untuk Generasi Muda di sini, pada Sabtu.

Seminar itu merupakan anjuran anjuran bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parlimen Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Pada majlis sama, Mohamad Ariff turut merasmikan Buku Manifesto Perubahan.

Disember lepas, Dewan Rakyat mengumumkan pembentukan enam Jawatankuasa Pilihan Khas yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, keputusan itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 76(2) di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender, Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri dan Persekutuan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, kata Mohamad Ariff, Parlimen dalam usaha menubuhkan kumpulan rentas parti seperti yang dilaksanakan di United Kingdom (UK). Jelasnya, ia sekali gus menjadikan institusi itu lebih mesra masyarakat selain interaksi lancar pihak berkepentingan dalam Parlimen dan orang luar.

Read 1055 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban
COVID-19: ABIM Seru Umat Islam Berdoa & Jaga
SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh. Di saat ...
Manusia, Kekayaan dan Kebenaran: Nota Ringkas
Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...
Jadilah Wanita Istimewa Yang Sederhana, Bijaksana
   Oleh: Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd