ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

'Sindrom Cicak' Faktor Halang Perpaduan Rakyat Malaysia

Nov 04, 2019 Hit: 341
'Sindrom Cicak' Faktor Halang Perpaduan Rakyat Malaysia

Alyaa Alhadjri & Shakira Buang (Sumber:-https://www.malaysiakini.com/news/497501)

Diterbitkan 26 Okt 2019, 6:37 petang | Dikemaskini 26 Okt 2019, 6:47 petang

Seorang doktor yang bercakap di sebuah seminar mengenai pembinaan negara hari ini membuat diagnosis mengenai faktor yang menghalang perpaduan rakyat Malaysia.

Walaupun topik perbincangan yang serius, ahli-ahli NGO Islam ABIM, Wadah dan PKPIM yang hadir bagi Ijtimak Harakiy kali keenam ketawa ketika ahli panel Prof Dr Suresh Kumar Govind mula meniru bunyi cicak bagi menerangkan hujahnya.

Suresh Kumar, penyelaras Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS), berkata usaha membina negara hanya boleh digerakkan dengan perubahan minda daripada hanya menunjukkan simpati kepada turut merasa empati.

"(Untuk menunjukkan) simpati senang, (anda lihat seseorang yang) belum makan selama satu atau dua hari? Ckckckck, kesiannya,
"Dalam istilah perubatan kita menyebutnya sebagai sindrom cicak," kata Suresh Kumar yang bercakap pada panel yang bertajuk "Pembinaan Bangsa Malaysia: Cabaran, Arah dan Masa Depan".

Menurutnya, perasaan empati akan diterjemahkan kepada usaha untuk membantu orang lain yang memerlukan.

"Empati adalah ketika kita melihat seseorang yang belum makan, kita bersedia membawa mereka ke restoran untuk makan, kerana kita juga dapat merasakan kelaparan mereka," katanya.

"Sekiranya kita hanya melihat masalah rakyat dari jauh, kita akan gagal membantu membina negara," kata Suresh Kumar.

Pada penghujung majlis, ijtimak meluluskan resolusi empat perkara yang bertumpu sekitar sejarah pembangunan negara di Malaysia.

Resolusi itu ialah:

  1. Menginsafi bahawasanya pembinaan bangsa Malaysia mempunyai sejarahnya tersendiri yang perlu digali dan dicerna untuk diterjemahkan semula kepada masyarakat. Dalam mendidik masyarakat, adalah perlu untuk memberi penekanan kepada pentingnya memahami sejarah dan identiti bangsa untuk mengembalikan semangat ta'awun dan menyantuni kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat agar terus relevan sebagai bangsa yang terbuka tanpa menggadaikan prinsip syariah dan perundangan yang digariskan.                  
  2. Menyedari bahawa, selaku ahli masyarakat dalam sebuah negara berperlembagaan dan berpegang kepada rukun negara yang bermula dengan kepercayaan kepada Tuhan, maka kita mempunyai taklif syarak untuk berperanan sebagai tulang belakang bangsa untuk mengangkat nila-nilai universal dan inklusif yang dianjurkan oleh agama dalam membina negara dan bangsa yang damai, sejahtera serta menerima nila-nilai kebersamaan.                                                                                                                                                                       
  3. Menyeru bahawa reformasi intelektual mengenai kefahaman negara bangsa mesti diterapkan dengan asas akidah yang sahih, menyedari tanggungjawab sebagai hamba Allah yang berperanan untuk menyebarkan dakwah dengan hikmah, bersifat kosmopolitan dan terbuka diikuti dengan aspek idealisme, aktivisme, dan spiritualisme yang berorientasikan nilai dan etika.                                                                    
  4. Menyedari bahawa reformasi dalam bentuk politik juga adalah satu keperluan, khususnya dengan mewujudkan agensi-agensi yang menyokong agenda ini bagi mengurus dan merencanakan program serta dasar demi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang bangsa Malaysia.
Read 341 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah Dan Sikap Muslim
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Seimbang Untuk Sejahtera

#Akhbar #TV

ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat
KENYATAAN MEDIAANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H COVID 19 : ABIM ...
Virus Korona: Muhasabah Dan Sikap Muslim
VIRUS KORONA: MUHASABAH DAN SIKAP MUSLIM Oleh: Shaykh Dr. ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin ...
Seimbang Untuk Sejahtera