ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

ABIM Konsisten Tangani Budaya & Ajaran Songsang

May 24, 2012 Hit: 1117
ABIM Konsisten Tangani Budaya & Ajaran Songsang

Oleh: Mohamad Raimi Ab Rahim, Setiausaha Agung ABIM

Pada 24 Mei 2012, portal berita Malaysia Kini telah menemubual Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),Amidi Abdul Manan (tajuk berita PUM: Gaya hidup gay, lesbian perkara keji) dan telah memetik kenyataan beliau seperti berikut;

“……..pula berpandangan bahawa perdebatan boleh dilangsungkan dengan individu yang berfahaman seperti Irshad. Namun, ia perlu dibuat dengan kefahaman untuk "membetulkan" dan bukan untuk memupuk kefahaman tentang pandangan Irshad. Ia juga wajar dilakukan di tempat tertutup dan terhad kepada hadirin tertentu kerana kita khuatir perbincangan debat itu akan membawa kepada rosak kefahaman masyarakat umum tentang agama," (sumber:www.malaysiakini.com)

Merujuk kepada kenyataan di atas, berikut merupakan penjelasan ABIM mengenai perkara ini. Saudara Amidi Abd Manan menegaskan bahawa golongan gay dan lesbian tidak diiktiraf dalam Islam dan mereka dilaknat Allah sepertimana yang dinyatakan menerusi ayat 16 surah An-Nisa’ yang bermaksud:

"Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan homoseksual di antara kamu, maka berilah hukuman kepada keduanya, kemudian jika keduanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka.”

Al-Qur’an juga sekerasnya-kerasnya menegaskan mana-mana lelaki yang menyerupai perempuan dan begitu juga sebaliknya akan turut menerima laknat dari Allah s.w.t .

Mengenai persoalan berhubung sikap sikap serta pendekatan Irshad Manji yang tidak menerima Hadith, Presiden ABIM menilai Irshad Manji tidak memahami proses pengumpulan serta pemeriksaan Hadith yang diamalkan sepertimana yang ditetapkan dalam Ulum Al-Hadith (Ilmu pengajian Hadith). Sebelum mengemukakan sebarang Ijtihad, seseorang itu perlu menguasai beberapa cabang ilmu asas seperti menguasai Bahasa Arab, Ulum Al-Qur’an, Hadith, Ijmak (konsensus di kalangan ulama’), dan Usul Al-Fiqh.

Meskipun begitu, sebarang perbincangan tidak akan sama sekali menyentuh asas-asas yang telah dipertegaskan secara Qati’iyy (dalam konteks ini haram menyerupai lelaki menyerupai wanita serta sebaliknya), kerana ia jelas dari segi hukumannya. Walaupun perbincangan dibolehkan dalam perkara-perkara yang Zanniy dan Ikhtilaf sahaja, ia perlu digerakkan di kalangan golongan alim ulama’ yang merupakan ahli atau pakar dalam perkara-perkara berkaitan.

Dalam hal ini (menangani persepsi songsang yang dikemukakan mengenai Islam), ABIM sepanjang sejarahnya secara konsisten telah berperanan secara proaktif untuk menangani sebarang salah fahaman mengenai Islam. Sebagai contoh, ABIM telah kehadapan mengadakan dialog dengan golongan anti-hadith (yang diketuai Kassim Ahmad) pada 28 Jun 1986 (sila rujuk, Islam dan Hadith; Dialog Bersama Kassim Ahmad, Angkatan Belia Islam Malaysia, 1991) dan pendedahan terhadap penyelewengan ajaran Al-Arqam pada 1994 (Penyelewengan Al-Arqam Dari Aqidah Qur’an Dan Sunnah, Mengikut Perspektif Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah, Angkatan Belia Islam Malaysia,1994), di samping dialog bersama Farish Noor (2002) yang berhubung kenyataan kontroversi beliau mengenai Rasullulah s.a.w.

ABIM juga telah menzahirkan dengan tegasnya bantahan terhadap kedatangan Irshad Manji ke negara ini, serta telah mengemukakan bantahan kepada pihak Monash University pada 17 Mei 2012 yang lalu. Terdahulu ABIM juga telah mengeluarkan bantahan bersama-sama NGO lain terhadap penganjuran “Human Right for LGBT: Making it Real in Malaysia” pada November lalu.

Read 1117 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Polemik Taski-Pasti: Perlu Adil Pada Sejarah Yang
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh Moratorium Dilanjutkan.
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya Pendek, Tapi Dakwahnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...

#Akhbar #TV

Polemik Taski-Pasti: Perlu Adil Pada Sejarah Yang
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh Moratorium Dilanjutkan.
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya Pendek, Tapi Dakwahnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...
DMC Firewall is a Joomla Security extension!