ABIM @ #Akhbar

Published in ABIM @ #Akhbar

Ikhwan Muslimin Pelopori Kebangkitan Di Mesir

Jun 18, 2012 Hit: 1536
Ikhwan Muslimin Pelopori Kebangkitan Di Mesir

18 Jun 2012 - Prof Dato’ Dr. Mohamad Redzuan Othman menegaskan perubahan politik yang melanda Mesir pada ketika ini segalanya berakar daripada gerakan kesedaran oleh Ikhwan Muslimin. “Ikhwan Muslimin telah menyerahkan ramai para pemimpinnya sepanjang perjuangan pertubuhan tersebut. Namun Ikhwan Muslimin tetap berperanan selaku kuasa politik berpengaruh yang membayangi kemunculan parti-parti politik lain (selain parti pemerintah) di Mesir,” jelas beliau ketika ditemuramah mediabim semalam berhubung dengan perkembangan terbaru politik Mesir pada ketika ini, yang menyaksikan Mohamad Morsi telah memperolehi undi majoriti sebagai Presiden Mesir.

“Memang kita tidak menafikan kebangkitan rakyat di Medan Tahrir 2011 dicetuskan oleh golongan muda, tetapi dalam masa yang kita jangan lupakan sumbangan Ikhwan Muslimin yang tetap konsisten memainkan peranan sebagai kuasa politik utama meskipun dibayangi oleh pemerintahan dictator yang didukung golongan tentera,” jelas Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan yang banyak melakukan analisis politik berkenaan perkembangan politik yang berlaku di Timur Tengah dan Turki.

Di akhir temubual tersebut, Prof Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman mengatakan bahawa pemerintah baru Mesir (yang dipilih menerusi pilihanraya parlimen dan presiden) perlu berhadapan dengan institusi ketenteraan yang sentiasa membayangi perjalanan politik di Mesir.  Untuk ikuti rakaman penuh analisa politik Mesir sila klik link video di sini.

Read 1536 times
Rate this item
(1 Vote)

Siaran Media

Polemik Taski-Pasti: Perlu Adil Pada Sejarah Yang
  Oleh: Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM). ...
ABIM Saran Tempoh Moratorium Dilanjutkan.
  KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan tempoh moratorium atau ...
Ada Orang, Umurnya Pendek, Tapi Dakwahnya
    “Ada orang, umurnya pendek, tapi dakwahnya panjang.” – Dr. Norlaily Mohd Saiden, ...
ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti
  Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh. Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak ...
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak
Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 HGESAAN ...

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd