Siaran Media

Published in Siaran Media

Abim: Kenyataan ketua Umno Puchong biadab

Mar 01, 2019 Hit: 1265
Abim: Kenyataan ketua Umno Puchong biadab

Allahyarham Prof Dr Saharuddin Badaruddin (ADUN Seri Setia)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Puchong Mohamed Satim Diman yang mengaitkan kematian wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebagai amaran daripada Allah kepada Pakatan Harapan.

ABIM beranggapan kenyataan sedemikian adalah satu kenyataan yang bersifat mempersenda dan mempermainkan agama bagi memuaskan kepentingan politik.

Kenyataan tersebut juga dilihat langsung tidak sensitif terhadap ahli keluarga empat orang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu Allahyarham YB Dr Shaharuddin Badaruddin, Allahyarham YB Bakhtiar Mohd Nor, Allahyarham YB Mat Suhaimi Shafiei, dan Mendiang YB Ng Tien Chee yang telah meninggal dunia semenjak PRU Ke-14 yang lalu.

Sesungguhnya, soal takdir, ajal dan maut tidak wajar diperlekeh dan direndah-rendahkan. Tindakan seperti ini bukan sahaja biadab kepada waris, bahkan kepada Tuhan, seolah-olah wakil Tuhan menurunkan hukum.

Justeru, ABIM menggesa pihak terbabit untuk menarik semula kenyataan tersebut serta memohon maaf kepada keluarga anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seluruh rakyat Malaysia, seterusnya bertaubat memohon keampunan Allah SWT.

Pihak ABIM juga menuntut semua pihak sentiasa menjaga batasan sensitiviti masyarakat termasuk agama yang tidak seharusnya mudah diperolok, dipersenda dan ditunggang hanya semata-mata untuk meraih sokongan politik.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Setiausaha Agung ABIM

Read 1265 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA.
  10 OKTOBER: ABIM UCAP SELAMAT HARI DOKTOR SEMALAYSIA. Angkatan Belia Islam Malaysia ...
Hormati Hak Orang Kurang Upaya (OKU)!
  BELAJARLAH MENGHORMATI HAK ORANG KURANG UPAYA1. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah ...
The Dalai Lama Will Be Speaking On Malaysia’s
  The forum will discuss on “Compassion & Mercy As The Common Values Between Islam & ...
Solidarity With The Palestinian People : A
Supervised Visit To Xinjiang Will Not Solve Issue

#Akhbar #TV

DMC Firewall is a Joomla Security extension!