Siaran Media

Published in Siaran Media

Heret Isu Rohingya ke ICC?

Mar 27, 2019 Hit: 393
Heret Isu Rohingya ke ICC?

GOMBAK: Isu kemanusiaan dan pembersihan etnik didalangi Kerajaan Myanmar terhadap golongan Rohingya mungkin akan dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ia antara pertimbangan mengenai langkah seterusnya yang bakal dipilih Malaysia, memandangkan polemik berkenaan masih berlarutan.

Katanya, percaturan lebih drastik dengan menggunakan perundangan antarabangsa itu mungkin menjadi pilihan selepas pelbagai resolusi dan siri rundingan gagal menyaksikan pengakhiran terbaik bagi masyarakat Rohingya. “

Berlambak resolusi mengenai isu Rohingya kita hasilkan, namun bukan maksud saya supaya usaha seperti ini dihentikan bagi membantu saudara yang menumpang teduh di negara jiran.

Video Ucaptama Datuk Saifuddin Abdullah

“Sebaliknya, saya cuba bangkitkan persoalan berhubung apa langkah seterusnya yang lebih praktikal, sama ada menerusi gerakan sesebuah negara secara individu atau berkumpulan menggunakan pentas antarabangsa? “Adakah ICC pilihan seterusnya atau ada langkah alternatif lain yang boleh diambil bagi menyelesaikan isu ini?” katanya dalam ucaptama sempena Simposium Antarabangsa Mengenai Percaturan Keadilan Untuk Rohingya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Pada sidang media, Saifuddin berkata, penghantaran semula atau repatriasi etnik Rohingya ke negara asal sepatutnya dilaksanakan November lalu, namun ia tidak berlaku susulan wujud beberapa kebimbangan.

Beliau berkata, penghantaran semula bersandarkan konsep sukarela, berbanding paksaan itu terjejas kerana etnik Rohingya khuatir mengenai keselamatan mereka, selain taraf kerakyatan yang sebelum ini tidak diperakui Kerajaan Myanmar.

“Oleh itu kita pertimbangkan penyelesaian menerusi ICC ini, tetapi saya ingin jelaskan bahawa Malaysia belum sampai ke situ lagi, sebaliknya ia masih di peringkat perbincangan."

“Percaturan ini kemudian perlu disusuli sesi perundingan, justeru kita bukan tergesa-gesa, namun tidak boleh ambil masa terlalu lama pula untuk selesaikan isu Rohingya,” katanya. Mengulas pertimbangan menandatangani Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951, Saifuddin berkata, perkara itu digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu praktikal dalam memperhalusi kesan sekiranya Malaysia menandatangani konvensyen berkenaan, justeru pelbagai perbincangan ketika ini giat dijalankan di peringkat Kabinet.

“Kita sudah terangkan kedudukan Malaysia (mengenai isu menandatangani konvensyen berkaitan pelarian) kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan mereka faham.

“Tetapi dalam masa sama mereka (UNHCR) menghargai apa yang kita sudah lakukan (untuk membantu etnik Rohingya) seolah-olah Malaysia sudah menandatangani konvensyen ini,” katanya.

Mengulas pertimbangan untuk memberi pekerjaan kepada Rohingya, Saifuddin berkata, keutamaan kerajaan ketika ini ialah mewujudkan peluang kerjaya yang mencukupi bagi rakyat Malaysia. “Ini tidak bermaksud kita nak halau etnik Rohingya kerana Malaysia sejak pentadbiran terdahulu tidak pernah berbuat demikian, cuma saya ingin tekankan keutamaan (peluang pekerjaan) masih kepada rakyat sendiri,” katanya. Berita Harian

Read 393 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

Badar:- Jihad Pertama di Bulan Ramadhan
Ust. Hj. Mohammad Syafiq bin Ismail –Exco Penyelidikan ABIM Sabah- Allah (Islam) merupakan agama ...
Jelajah KSSB Ramadhan 2019 Dekatkan Antara
Pagi hingga tengahari tadi bersama dengan pimpinan Abim Negeri Sembilan, sahabat-sahabat MBD Daerah ...
Kempen Seorang Sekampit Beras 2019 Sasar Bantu
Kempen Seorang Sekampit beras (KSSB) dilancarkan ke seluruh negeri di Malaysia bagi membantu mereka ...
P.E.R.U.B.A.H.A.N
ramailah yang membincangkan tentang P.E.R.U.B.A.H.A.N. Saya belajar dari Dr Zainab Alwani, untuk ...
Menangani Gelombang Politik Identiti Sejagat
Oleh:- Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) “We cannot get away ...
Feminisme Talbiah : Sebuah Lontaran
Disediakan oleh Raja Nurul Balqis Raja Mohd Ariff Wanita Dalam Karya. Pernah dengar teori ...
Bahasa Jiwa Bangsa! Para Pejuang Bahasa Tegaskan
3 hb April 2019: Allhamdulillah, Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz telah ...
Kisah Subra & ABIM
Tersenyum kami sejak Subra datang ke ABIM. Saja nak kongsikan kisah Subra dan macam mana Subra ...

#Akhbar #TV