Siaran Media

Published in Siaran Media

MH370: ABIM Gesa Segerakan Siasatan

Apr 25, 2014 Hit: 1245

Angkatan Belia Islam Malaysia, ingin merakamkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Ini berdasarkan perkembangan dan maklumat yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri berikutan satu analisis data yang diterima oleh beliau.

Namun ABIM juga berterusan mendoakan agar segala petunjuk terus dikurniakan Allah bagi merungkai segala masalah yang mungkin menjadi punca kepada tragedi ini. ABIM memandang berat semua tuduhan, prasangka dan kelemahan pentadbiran yang dilemparkan berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata. ABIM mahukan agar pihak yang bertanggungjawab dapat menggerakkan siasatan untuk mengatasi sebarang kelemahan dan kekurangan daripada berulang kembali.

Begitu juga dengan pihak yang dipersalahkan atas dasar permusuhan sempit dan sangkaan buruk yang terburu-buru, ABIM mengharapakan nama baik serta imej mereka dapat dibersihkan. ABIM juga kesal ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi hero dan menuding jari menyalahkan pihak lain sehingga mengguris parasaan keluarga mangsa dan boleh mengundang kemurkaan Allah.

Dari tragedi ini marilah kita merafakkan keinsafsan kita atas kelemahan dan kekerdilan kita berbanding kekuasaan dan kebijaksanaan Allah yang Maha Mengetahui segala hikmah bagi setiap peristiwa yang berlaku.

Muhammad Faisal bin Abdul Aziz,
Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Read 1245 times
Rate this item
(0 votes)

Siaran Media

ABIM Edar Pelitup Muka Percuma Khas Untuk B40
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat perihatin dengan penguatkuasaan ...
Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan
  Pulau Pinang adalah pintu gerbang ketamadunan Islam di Tanah Melayu! Itu adalah kesimpulan ...
Keistimewaan Hari-Hari Awal Zulhijjah;-Yusuf
  Oleh: Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan ...
Reconversion of Hagia Sophia Into Mosque : A
Sejarah Taski Dan Pasti: Tiga Fakta Yang Perlu
  Oleh: Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim (Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan – YTP) ...
ABIM Terus Agih Sumbangan Kepada Rakyat Malaysia
      Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin merakamkan ucapan ribuan ...
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan
  26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global ...
Usaha Adalah Syarat Tawakal: Muhasabah Kewajiban

#Akhbar #TV

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd