Sinar Ramadhan 1438H
Polemik Khat: Tingkatkan Martabat Tulisan Jawi Dalam Sistem Pendidikan Negara

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk isu yang mendakwa pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Tahun 4, antara kemahiran bahasa yang perlu dipelajari murid pada tahap II adalah daripada aspek bahasa, yang merujuk kepada keindahan, kehalusan dan kebahasaan dalam Bahasa Melayu.

Murid diperkenalkan dengan penulisan seni khat sebagai pendedahan asas melalui pembelajaran simpulan bahasa. 'Khat' merupakan suatu seni tulisan tangan yang menggunakan alat tulis khas. Seni penulisan khat juga boleh dianggap sebagai seni penulisan tangan yang indah, atau kaligrafi.

Murid hanya akan mempelajari untuk mengenalpasti dan menyebut huruf tunggal yang ditulis mengikut seni khat dalam simpulan bahasa seterusnya mempersembahkannya dalam bentuk tulisan. Seni penulisan khat adalah merupakan suatu disiplin ilmu yang berbeza dengan disiplin pembelajaran jawi.

Daripada aspek pengajaran, murid hanya perlu tekap, tiru dan tulis simpulan bahasa yang disediakan secara pendekatan didik hibur. Nilai kesabaran dan ketelitian juga dapat dipupuk melalui pembelajaran ini. Standard Kandungan ini juga dimaklumkan tidak diuji dalam Peperiksaan. ABIM berpandangan bahawa kemahiran penulisan jawi perlu diangkat sebagai kemahiran penting daripada legasi warisan bangsa sejak berzaman, memandangkam ia telah digunakan sejak 700 tahun yang lalu.

ABIM menegaskan bahawa keunikan Bahasa Melayu juga disebabkan penulisannya boleh ditulis dalam huruf rumi dan huruf jawi. Justeru keindahan bahasanya boleh dilakarkan sama ada melalui seni penulisan berangkai mahupun penulisan khat. Pada waktu ini, tulisan Jawi hanya diajarkan dalam Pendidikan Islam, justeru dilihat hanya eksklusif kepada orang beragama Islam dan penggunaannya juga seolah-olah terhad dalam ruang lingkup pendidikan Islam sahaja.

Justeru, ABIM bersetuju dengan langkah kecil usaha menerapkan nilai-nilai warisan Bahasa Melayu serta identiti nasional yang telah lama ditinggalkan sebelum ini. Selain itu, fungsi dan peranan sedia ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan warisan penulisan jawi perlu diperkasakan lagi dengan lebih agresif agar tulisan jawi menjadi lebih signifikan dalam kehidupan masyarakat pada semua peringkat.

Usaha ini memerlukan kesungguhan berterusan kerajaan khususnya, serta semua pihak secara amnya, kerana apa yang diterapkan bukannya untuk memaksa pelajar memeluk Islam, sebaliknya mempelajari akar bahasa kebangsaan serta jati diri tanah air yang kita semua cintai.

*Mohd Raimi Ab Rahim ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 378 times
Rate this item
(0 votes)
Tahniah! Maahad Al-Ummah Naib Juara Kejohanan Sofbol Kebangsaan 2019

Alhamdulillah, anggota pasukan sofbol atau bola lisut SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Perak telah muncul selaku Naib Johan Peringkat Kebangsaan (Kategori Menengah – Lelaki Bawah 18 Tahun), dalam perlawanan membabitkan Perak dan Pahang. Kejohanan Sofbol Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ini berlangsung pada 1hb hingga 7hb Ogos 2019 di IPG Kampus Perlis. Adik Lutfil dan Adik Nor Ikmal (4 Farabi) telah terpilih mewakili Malaysia. Tahniah diucapkan!

Read 348 times
Rate this item
(0 votes)
Pelajar Seri ABIM Alor Setar Wakili Malaysia Ke Barcelona, Sepanyol.

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada adik Amriel Nu'man Bin Kamarul, di atas pencapaian terpilih sebagai antara 8 orang pemain yang akan mewakili Malaysia ke Milo Champions Cup 2019, pada 28hb Julai hingga 8hb Ogos 2019 di Barcelona, Sepanyol.

Read 607 times
Rate this item
(0 votes)
Keanggunan Sikap dan Bicara Pendidik Jadi Inspirasi Kepada Masyarakat

Imej diri adalah refleksi keseluruhan diri, pesona luar dan dalam seseorang individu. Ia merangkumi tiga perkara iaitu penampilan, perbuatan dan perhubungan komunikasi. Pendidik merupakan sosok penting dalam sesebuah institusi pendidikan. Imej pendidik yang positif menghantar isyarat lebih dahulu sebelum isi kandungan percakapan. Ini bertepatan dengan kajian Profesor Albert Merahbian yang menyatakan mesej diri dinyatakan dengan 55 peratus mewakili visual, 38 peratus mewakili ton suara dan selebihnya tujuh peratus isi kandungan perbualan. Justeru, seorang pendidik perlu membina imej yang menonjolkan keanggunan sikap dan komunikasi berpengaruh yang boleh memberi inspirasi kepada anak didik dan ahli masyarakat. Maka, atas kesedaran kepentingan imej seorang pendidik yang berkesan, maka Hal Ehwal Wanita (HELWA) ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM) dan Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan (FTK) Kolej UNITI Port Dickson telah mengundang panel jemputan Puan Muna ‘Izzah Fadzil, perunding imej Seanggun Bidadari untuk mengisi Wacana Ilmiah Siri 5.0 berjudul ‘Keanggunan Sikap dan Bicara Seorang Pendidik’ melibatkan 32 orang pensyarah, pihak pengurusan dan kaunselor Kolej UNITI Port Dickson. Puan Muna berkongsi pelbagai tip yang praktikal bagi melakukan transformasi imej agar kelihatan berpengaruh dan disegani. Panel juga berkongsikan tip bagaimana membina sikap positif dan untuk disayangi anak didik agar proses pendidikan berlangsung dengan lebih berkesan. Selain imej luaran, beliau juga memberikan input berguna dalam komunikasi verbal seperti penggunaan suara, kandungan, ton dan jeda dalam berkata- kata. Penggunaan bahasa Melayu tinggi yang digunakan pendidik akan menyerlahkan kewibawaan dan pengaruh pendidik kepada pelajar. Disamping itu, seorang pendidik perlu mengimbangi empat jenis komunikasi iaitu kawalan, promosi, analisa dan sokongan agar mesej yang disampaikan memberi pengaruh kepada penerima mesej. Apabila seorang pendidik menguasai ilmu komunikasi berpengaruh ini, maka guru tidak lagi akan dilabel sebagai ‘kuat membebel’ dan istilah negatif lainnya. Wacana siri 5.0 ini merupakan wacana terakhir bagi semester ini dan diharapkan dapat diteruskan pada tahun- tahun yang mendatang dengan sokongan dan dukungan oleh pelbagai pihak bagi memperkasa institusi pendidikan swasta di Malaysia amnya dan di Port Dickson khususnya.

Read 311 times
Rate this item
(0 votes)

ENGLISH SECTION Featured

Aug 06, 2019
Hit: 333
Written by
Read 333 times
Rate this item
(0 votes)
Dekat Di Hati Bersama Masyarakat Orang Asli

3 Ogos 2019, GUA MUSANG - SALWA WADAH Kelantan telah menziarahi masyarakat orang asli di Kg. Tuel, Gua Musang. Sumbangan berupa telekung warna-warni serta barangan keperluan harian turut disampaikan kepada para penduduk. Program Dekat di Hati yang bermula dari 2 Ogos ini merupakan kerjasama antara WADAH, ABIM serta Islamic Outreach ABIM Kelantan (Ioa Kelantan). Rombongan turut disaji dengan makanan yang dibakar di dalam buluh serta menyaksikan pensyahadahan 2 orang remaja orang asli semasa program.

Read 610 times
Rate this item
(0 votes)

Raikan Kreativiti Kanak-Kanak Featured

Aug 05, 2019
Hit: 361
Written by
Raikan Kreativiti Kanak-Kanak

30 Julai 2019:- Kreativiti anak-anak usah dihalang. Mereka akan menggunakan apa sahaja yang sesuai bagi memenuhi apa yang terlintas difikiran. Set Jengga jadi huruf disusun, penutup botol jadi mainan ceper, kertas a4 jadi set kapal terbang atau objek lain.. banyak lagi aktiviti kreativiti boleh berlaku dalam ruang yang AYG ada dan isikan pabila sel-sel otak anak-anak ini berhubung hihihi.

Pastinya kreativiti ini perlu di raikan. Membantu mereka dalam mengembangkan kreativiti akan menatijahkan tahap keupayaan Inovasi mereka turut berkembang bila mereka besar kelak. Moga mereka mampu berdiri sama tinggi besok setanding rakan sebaya yang lain membina negara tercinta. 

Read 361 times
Rate this item
(0 votes)

Penyertaan Korban For The Needy Masih Dibuka Featured

Jul 30, 2019
Hit: 416
Written by
Penyertaan Korban For The Needy Masih Dibuka

Semenjak tahun 2001, Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menghantar bantuan Korban For The Needy (KFTN) kepada dua puluh satu (21) buah negara termasuklah di benua Afrika dan Timur Tengah seperti di Bosnia, Somalia, Yaman, Palestin, Thailand, Syria, Sudan, Nigeria dan sebagainya. Sasaran GPM adalah untuk memberi sumbangan makanan khususnya kepada Muhajirin (pelarian) dan rakyat miskin. ​ Pada tahun ini, Global Peace Mission Malaysia mensasarkan RM1,169,200 yang terbahagi kepada korban/akikah, sumbangan pendidikan, makanan, perubatan dan juga daging lembu-kambing.

Berikut adalah pakej Korban yang ditawarkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia melalui kempen Korban for the Needy (KFTN). Pakej Korban bermula dari RM350 satu bahagian di 21 buah negara yang memerlukan. Layari laman web di sini:-https://www.gpm.com.my/kftn

Read 416 times
Rate this item
(0 votes)
Pemimpin Perlu Amalkan Nilai Adil, Adab, Amanah, dan Prihatin.

20 Julai 2019 , KOTA KINABALU - Seramai 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti Seminar Pemimpin Belia Masa Hadapan Sabah 2019 anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Yayasan Sabah, ABIM Sabah dan Maktab Sabah. 

Slot 2 : Konsep , Nilai dan Etika Kepemimpinan Berteraskan Prinsip-Prinsip Sejagat disampaikan oleh Sdra. Mohamad Fazril Saleh, Exco Tugas-Tugas Khas (Penerbitan) ABIM Pusat - Setiausaha ABIM Sarawak.

Beliau menekankan peri penting menegakkan prinsip dan nilai sejagat dalam apapun peringkat kepimpinan yang diduduki. Antara nilai yang penting dalam kepemimpinan ialah nilai ADIL, ADAB, AMANAH, PRIHATIN dan sebagainya. 

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam menjadikan sebuah organisasi atau kerajaan dalam mencapai tujuannya.

Read 367 times
Rate this item
(0 votes)

Nasihat Al Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam Featured

Jul 30, 2019
Hit: 594
Written by
Nasihat Al Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam

25 Julai 2019, TELIPOK - Alhamdulillah. Semalam selesai mengadakan majlis ilmu / kuliah maghrib selepas solat maghrib di Masjid An Nur, Taman Putera Jaya Telipok bersama kariah dan penduduk sekitar taman tersebut. Terima kasih kepada AJK yang sudi memberikan ruang untuk berkongsi ilmu bersama jemaah. Kuliah ini berkonsepkan bedah buku dimana penceramah menyampaikan pesanan & isi-isi penting yang terdapat dalam buku Nasihat Al-Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam yang disampaikan oleh Sdra. Fazril Saleh, Exco Tugas Khas (Penerbitan) Abim Pusat / Setiausaha Sekretariat Abim Sarawak. . Beliau memberikan penekanan tentang pohon iman ( 10 akar keimanan & 10 ranting iman ) yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam buku tersebut. . “Membina Pemimpin Ummatik”

Read 594 times
Rate this item
(0 votes)
Page 9 of 101
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd