Sinar Ramadhan 1438H
ABIM Sambut Baik Pembatalan Debat Kalimah Allah Sinar Harian

Tahniah buat Sinar Harian atas keputusan membatalkan “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang”. Dalam menangani isu ini, masyarakat hanya mahukan penyelesaian bukan menambah kekalutan apa lagi jika menerusi debat ini akan mempertajam pertembungan. 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tidak pernah menutup sebarang ruang perbincangan atau wacana tetapi ia harus didasari dengan objektif untuk permasalahan pokok tersebut diselesaikan dengan pendekatan ilmiah dan bukan pertembungan emosi & politik.

Semoga kita terus ikhlas untuk memandu jalan penyelesaian dan tidak menari mengikut rentak gendang yang palu oleh ahli politik tertentu yang sudah diketahui sengaja mahu mengambil kesempatan demi keuntungan politik mereka.:- Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM. 

#sinarharian #shnasional #shsemasa #kalimahallah

Read 1124 times
Rate this item
(1 Vote)
Polemik Rampasan Bible Oleh JAIS:- KDN Tak Perlu Campur Tangan

Shah Alam-Tiada keperluan bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk campur tangan dalam isu rampasan Bible yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, perkara itu sebaiknya diselesaikan di peringkat JAIS terlebih dahulu, memandangkan ianya masih disiasat di bawah undang-undang kerajaan negeri.

Menurutnya lagi, masyarakat seharusnya memberikan ruang kepada JAIS menyiasat perkara tersebut dan menguatkuasakan enakmen yang sedia ada bagi menangani isu tersebut. "Kita akui isu agama merupakan satu perkara yang sensitif dan ini masa yang sesuai untuk kita melihat ianya ditangani oleh JAIS secara rasional," katanya.

Read 1130 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Bantah Cadangan Kenaikan Tol Oleh Pemegang Konsesi Lebuh Raya

Cadangan utk menaikkan kadar tol seperti yang diuar-uarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya amat dikesali. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tol kerana ia membebankan rakyat terbanyak.

Alasan untuk menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi jelas mengenepikan kepentingan rakyat. ABIM menilai akibat daripada kenaikan kadar tol ini, rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini akan terus dalam keadaan tertekan. 

Read 1198 times
Rate this item
(0 votes)
Campurtangan Vatican Mengenai Ketua Biskop Katholik Malaysia: ABIM Gesa Malaysia Putuskan Hubungan Dengan Vatican

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat laporan mengenai perlantikan Ketua Biskop baru untuk Gereja Katholik di Malaysia. Perlantikan itu merupakan susulan daripada perletakan jawatan Ketua Biskop terdahulu, Tan Sri Murphy Pakiam. 

Menurut laporan tersebut, Vatican dinyatakan mahukan seorang Ketua Biskop yang lebih tegas dilantik untuk memperjuangkan kes (penggunaan) Kalimah Allah di kalangan masyarakat Katholik di negara ini.

Read 1131 times
Rate this item
(0 votes)
Politik Bencana Banjir: Sebelum & Selepas

Catatan ini adalah satu pemerhatian hasil perbualan dan pergaulan dengan pelbagai lapisan umat yang menjadi mangsa banjir di Kuantan baru-baru ini. Perkongsian masalah dan analisa para penduduk Kuantan yang rencam dengan pelbagai latar belakang dan sudut pandang menjadikan catatan ini bukanlah sesuatu yang muktamad.

Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini mengundang beberapa perbincangan yang menarik. Bermula dari peringkat awal air membanjiri Kuantan khususnya sehinggalah kini apabila bantuan pasca banjir mula digerakkan. Ramai yang tidak menyangka bencana yang saban tahun melanda negeri-negeri Pantai Timur akan menjadi seburuk ini.

Read 1265 times
Rate this item
(0 votes)
Kenaikan Kadar Tol: ABIM Gesa Kerajaan Dengar & Fahami Suara Rakyat

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Abdul Wahid Omar yang menyatakan kerajaan tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tol di beberapa tempat  mulai tahun 2014. 

Abim berpandangan, pihak kerajaan masih mempunyai beberapa alternatif bagi memastikan kos-kos terutama kos penyelenggaraan lebuh raya dapat ditampung. Sebagai contoh, kos pembiyaan tarif eletrik dan perkhidmatan air di  lebuh raya masih boleh dikurangkan menerusi inisiatif rundingan antara pihak kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat bekalan air. 

Read 1220 times
Rate this item
(0 votes)
Kenaikan Kadar Premium Insurans : ABIM Tuntut Penjelasan Bank Negara Malaysia (BNM)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima banyak aduan dari masyarakat awam berhubung dengan kenaikan premium insurans kenderaan yang didakwa akan dilaksanakan mulai 15 Februari 2014. Penjelasan ini berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Takaful Association , ( “New Motor Cover Framework-Gradual Premium Adjustment” , bertarikh 29 Januari 2014).

Read 1118 times
Rate this item
(0 votes)

Bismillahirrahmaanirrahiim. 

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 

Berikutan serangan yg disasarkan ke Sekolah Ain Jalut pada 30 Mei 2014, pukul 9.00 pagi yang dijangka akan dilawat oleh wakil Malaysia Life Line for Syria yg sedang berada di dalam rangka menghantar bantuan kecemasan utk Misi Khas #SaveAleppo.  Setakat ini dilaporkan dua anggota misi MLLFS telah selamat keluar daripada bandar Aleppo dan kini berada di sebuah lokasi yg tidak dapat dimaklumkan atas faktor keselamatan. 

Read 1365 times
Rate this item
(0 votes)
Cadbury: Cadangan Membakar Kilang & Tukar Darah Keterlaluan!

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah ABIM begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury. ABIM berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan. Begitu juga dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh JAKIM yang perlu diperbaiki.

Read 1394 times
Rate this item
(0 votes)
Generasi Baru Belia Islam Perlu Berhikmah Tangani Fenomena Kemajmukan Dan Kepelbagaian

Selamat merayakan Hari Belia. Semoga dengan kedatangan hari belia untuk tahun ini, kita berupaya menjadi belia yang bertanggung jawab terhadap masa hadapan negara. Laungan penuh emosi sehingga mengguris hati dan perasaan sahabat yang berlainan bangsa dan agama adalah laungan yang memperjudikan masa depan negara. Justeru atas nama keimanan yang luhur maka kita seharusnya menyusul dengan amal perbuatan yang soleh.

Read 1233 times
Rate this item
(0 votes)
Page 99 of 101
Our website is protected by DMC Firewall!