Sinar Ramadhan 1438H
ABIM Gerakkan Tabung Buku Sejarah Braille Untuk OKU Penglihatan.

3 hb September 2020 (Khamis): Alhamdulillah, telah diadakan sesi sidang media khas anjuran ABIM dan Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) bertempat di Sekretariat ABIM Pusat.

abim. yayasan orang buta malaysia. yobm. mfb. braille 7

Pelajar dari golongan OKU penglihatan perlukan bantuan anda. Buku braille ini bukan saja mahal tapi juga susah nak dapat. Kekurangan akses kepada buku-buku ini menyukarkan mereka untuk menimba ilmu.

Setiapkali ada yang sumbang buku braille di sekolah, berebut-rebut pelajar nak baca. Malangnya, tulisan timbul ini cepat ‘haus’ bila digunakan berulangkali, makin lama, makin ‘tenggelam’. Ada yang rosak selepas sebulan-dua digunakan, sebab tak semua pelajar sekolah mahir membaca. Jadi, kalau dah rosak, kena beli buku baru.

mesin taip braille 3

 

mesin taip braille 2

Buku audio pula tidak terlalu membantu dalam proses belajar membaca.

Apa jadi bila orang buta tak cukup buku? Akan ada anak-anak OKU yang tak boleh membaca braille dan menjadi buta huruf.  Kita sembang nak jadi negara maju, bangga dah merdeka 63 tahun, malangnya anak-anak kita ini nak membaca pun bermasalah.

Apa jadi bila ramai OKU penglihatan tak pandai membaca? Kalau betul kita ikhlas nak bangunkan negara, kita kena peduli dengan golongan OKU, sebab mereka pun ada hak untuk pendidikan.

 

Pembangunan haruslah saksama, jangan lupa golongan ini dan biarkan mereka tercicir.

‘Pendidikan untuk semua’ bermaksud, orang buta juga berhak untuk belajar, baca buku dan dapat ilmu!

Tuan-Tuan & Puan-Puan Budiman, ABIM bersama Yayasan Orang Buta Malaysia (http://www.mfb.org.my/) sedang berusaha mengumpulkan RM100,000 untuk membantu menyediakan buku-buku sejarah dalam bentuk braille untuk anak-anak OKU kita.

Tuan/Puan budiman boleh bayangkan, harga 1 buku teks sejarah biasa mungkin agak mampu milik bagi kita, tapi tidak bagi mereka yang hilang upaya penglihatan. Kos bagi setiap buku mencecah sehingga RM90 termasuk ‘proofread’ dan cetakan.

Tuan/Puan budiman, Marilah bersama kami dalam projek. 
Kempen boleh sahaja seorang sebuah buku dengan harga RM90 sahaja.

Sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan budiman boleh terus dimasukkan ke dalam akaun BANK ISLAM ABIM:

14023010032527.

* Rujukan sumbangan: DANA PRIHATIN OKU (012-6211545)
Read 645 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Kuala Muda Bantu Baiki Rumah Pak Isa & Mak Cik Siti.

 

14hb Ogos 2020: Alhamdulillah, ABIM Kuala Muda bergabung tenaga bersama NGO dan NGI dalam program gotong-royong membersihkan rumah Pak Isa dan Mak Cik Siti, yang mana tandas dan tangga baru telah siap dibina di rumah mereka (gambar bawah).

Pak Isa, 97 tahun dan isteri, Mak Cik Siti, 57 tahun tinggal di sebuah rumah usang jauh di hujung kampung. Bilik air di luar jauh bagi kudrat seorang warga emas, apatah lagi Mak Cik Siti mempunyai masalah penglihatan yang kabur serta bertongkat, dan perlu berulang-alik ke hospital untuk rawatan beberapa penyakit.
 
rumah mak siti
 
Program disertai oleh Yang Dipertua ABIM Kuala Muda, Ustaz Azfar Abdullah dan Pengerusi ASPIRASI, Ustaz Dr. Amir Mohd Nason, pasukan Sekretariat ABIM Kuala Muda berganding bahu bersama wakil PKPIM, Ustaz Kamaruddin Kasim, Tuan Haji Daud dan tim serta Biro Kebajikan Masjid Bandar Perdana.
 
 
pak isa
 
 
 
Wakil pihak Pasar raya Econsave turut hadir menyampaikan keperluan barangan asas rumah dan makanan kepada Pak Isa dan Mak Cik Siti (gambar atas).
 
Jazakumullah khairan atas sumbangan daripada semua penyumbang.
Read 562 times
Rate this item
(0 votes)
PKPD: ABIM Kedah Sampaikan Bantuan Ikan Segar & Sayur-Sayuran Di Sungai Petani.

 

ABIM KEDAH SAMPAIKAN SUMBANGAN DI SEKITAR KUALA MUDA.

5hb September 2020: Alhamdulillah, ABIM Kuala Muda telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penduduk yang terkesan dengan PKPD di Ambangan Height, Sungai Petani, Kuala Muda.
 
abim kuala muda 3
 
 
Sebanyak 300kg ikan segar dan 300kg sayur telah disampaikan kepada jawatankuasa Surau al-Falah Zon Kenanga untuk dibungkus dan diagihkan kepada penduduk sekitar.
 
abim kuala muda 2
Moga Allah Subhanahu wa-Ta’ala ringankan beban mereka dan terus murahkan rezeki buat para penyumbang yang budiman.
 
Terima kasih PKOB, JKM, PDRM, dan KKM.
Read 506 times
Rate this item
(0 votes)

Organisasi Kepimpinan ABIM. Featured

Sep 09, 2020
Hit: 1508
Written by
Read 1508 times
Rate this item
(0 votes)
Read 514 times
Rate this item
(0 votes)

Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka. Featured

Sep 01, 2020
Hit: 613
Written by
Malaysia Untuk Generasi Muda Merdeka.
 
Tanggal 31 Ogos 2020 amat signifikan buat rakyat dalam meraikan hari kebangsaan tanah air. Ia mencoret sejarah penting buat negara yang sudah pasti menuntut generasi baharu untuk bersedia tampil memberi jawapan kepada cabaran semasa.

Generasi muda tidak seharusnya selesa dibuai kejayaan lampau dan berbangga-bangga dengan kehebatan yang dicipta generasi lalu semata-mata.

Persoakan yang lebih penting, apakah rencah yang generasi muda dapat garap sebagai penyelesaian untuk seluruh rakyat Malaysia sehingga menjangkau ke akar umbi meliputi ceruk rantau hingga ke bandar-bandar.

Untuk itu, generasi muda harus kental dengan komitmen untuk mencetuskan gerakan kebangkitan mobilisasi yang bertunjangkan keilmuan dan kebaktian sebagai wahana bagi menetaskan hasil yang ranum untuk dinikmati negara yang seterusnya membina sebuah astana sejarah baharu.

Saranan ini bertepatan dengan Syair masyhur:

“Tidak dikatakan seseorang itu sebagai pemuda apabila dia menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah hasil turun temurun dari nenek moyangku, tetapi yang dikatakan pemuda apabila seseorang menunjukkan kemewahan dan pangkatnya dan berkata ini ialah kemegahan yang aku perolehi dari usaha sendiri”

Namun, kita sebagai anak muda harus tampil di hadapan dengan sosok tersendiri yang lebih meyakinkan untuk benar-benar berjiwa merdeka dari kebobrokan budaya politik lapuk dengan keangkuhan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, retorik tanpa tindakan dan mementingkan diri.

Ini yang amat ditekankan oleh Nelson Rolihlahla Mandela dalam ucapan di Mbumbulu Afrika Selatan bertarikh 27 Oktober 2002:

“It is up to the youth to decisively and finally break our society out of the constricting and devisive definitions of our past.”

Justeru, pada era ini yang mencerminkan pemikiran generasi muda yang lebih matang dan berwawasan, ia merupakan satu keabsahan bahawa medan ini adalah medan untuk generasi baharu menginsafi hakikat keperluan yang dimahukan masyarakat dengan menyarung pakaian zaman baharu berasaskan citra, cabaran dan keperluan baharu.

Kendatipun, generasi muda harus senantiasa menghargai pengorbanan generasi lalu dengan menelaah legasi yang terbaik yang diturunkan buat kita.

Saya mendoakan agar bersempena Hari Kebangsaan yang kita raikan ini dapat memberi suntikan baharu buat seluruh masyarakat khususnya anak muda yang membentuk 47 peratus dari populasi rakyat Malaysia sebagai pengendong kepada naratif baharu untuk menuntaskan pembaharuan-Islah sebagai penyelesaian kepada keresahan yang kita hadapi.

Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Presiden ABIM.

Read 613 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Selar Amalan Surat Sokongan Politik

 

RAIHAM MOHD SANUSI | | 22 Ogos 2020

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyelar amalan penggunaan surat sokongan politik untuk meraih jawatan seperti dilakukan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tindakan Ikmal Hisham mendapatkan sokongan bosnya itu agar anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam Pharmaniaga Bhd mengakibatkan berlakunya situasi kelompok tertentu sahaja yang meraih peluang ekonomi secara semberono.

Menurutnya, tindakan itu juga menafikan ruang serta potensi mobilisasi sosial dalam kalangan rakyat untuk mencapai tahap hidup yang lebih baik.

"ABIM menyelar tindakan tersebut kerana ia terus menjadi kesinambungan kepada kegagalan memartabatkan orang Melayu dan rakyat secara keseluruhan.

"Tindakan sebegini adalah petunjuk yang telah mengabsahkan (mengesahkan) bahawa agenda Melayu telah dimanipulasi untuk membentuk kelompok Melayu elit dan kerangka feudal Melayu, yang akhirnya tidak memberikan apa-apa keuntungan ataupun meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, amalan surat sokongan itu dilihat sebagai penerusan kepada pencemaran tindakan afirmatif dalam agenda mengangkat martabat orang Melayu yang disandarkan pada hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sepertimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini telah mendapat kritikan sepertimana diutarakan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bila mana kuasa-kuasa tertentu seperti pemberian lesen dan pelantikan tertentu terbuka untuk disalahguna golongan Melayu tertentu.

"Maka ia akan merencatkan agenda meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Salinan surat sokongan ditulis Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga tular di media sosial semalam (gambar atas).

Surat ditujukan kepada Menteri Pertahanan bertarikh 5 Jun 2020 itu turut tertera tulisan tangan Ismail Sabri yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan mengatakan beliau bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menafikan berlaku salah guna kuasa oleh timbalannya dalam isu mendapatkan sokongan bagi melantik anaknya sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Menurut Ismail Sabri, tindakan Ikmal Hisham itu mendapatkan surat sokongan daripada beliau adalah satu perbuatan biasa yang selalu dilakukan pelbagai pihak. Artikel Penuh : Sinar Harian

Read 415 times
Rate this item
(0 votes)
Haji Sainuri Dilantik Sebagai Ahli Pemegang Amanah YADIM.

Tahniah & Syabas diucapkan kepada Tuan Hj. Sainuri Bin Hj.Yahmin kerana telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa pada 17 Ogos 2020 lalu.

Tuan Hj. Sainuri Bin Hj. Yahmin seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan program pembangunan umat Islam di Sabah sejak dari zaman usia muda lagi. Beliau juga merupakan mantan Yang Dipertua ABIM Sabah yang pertama dan kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Gabungan Ngo Islam Sabah Concern.

Semoga dengan perlantikan itu akan meningkatkan lagi syiar Islam dan pembangunan umat Islam khususnya di Sabah.

Ikhlas daripada,
ABIM Negeri Sabah

Read 609 times
Rate this item
(0 votes)

Muharam Untuk Keamanan

Aug 20, 2020
Hit: 428

 

Read 428 times
Rate this item
(0 votes)
Mustika Embun Sinari Dakwah & Pendidikan Islamiah Di Johor

 

Alhamdulillah, pada 15hb Ogos 2020, Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM Pusat) menziarahi teman-teman dengan menghadiri Usrah Gabungan WADAH-ABIM-KPIJ di Kulai, Johor. Hadir sama, mantan Naib Presiden ABIM yang juga kini Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha.

Tema perbincangan utama adalah perihal sejarah peradaban Kesultanan Johor dan konsep Bangsa Johor. Dibentangkan oleh Prof Dr Kassim Thukiman.

Pada 16hb Ogos 2020, Sdr. Fazril bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu antarabangsa dan umat sejagat bersama Sdr. Azril Mohd Amin, Ketua Eksekutif Centre for Human Rights Research & Advocacy (Centhra) di Thistle Johor Bahru.

Sdr. Fazril turut menziarahi Sekolah Sri ABIM Johor Bahru, bersama murid tua sekolah tersebut, Sdr. Zainudin Zakaria (Yang Dipertua ABIM Johor).

Beliau merupakan angkatan awal pelajar SRI Johor Bahru, kemudiannya melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di Maahad al-Ummah, Chemor (Perak) yang juga merupakan institusi pendidikan ABIM.

Mereka turut bergambar (atas) di hadapan bangunan Istana Mustika Embun, Jalan Abdul Rahman Andak, Johor Bahru, yang diniatkan sebagai wakaf untuk perjuangan pendidikan Islam oleh Almarhumah Tuanku Ampuan Mariam binti Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sdr. Fazril turut melawati Sekolah Menengah Islam (SEMI) ABIM Johor Bahru. Diiringi pengetua sekolah yang juga aktivis ABIM Johor, Ustaz Farhan Ashari.

sekolah abim johor

Selain itu, beliau mengunjungi Taska dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Mustika Embun di kawasan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru bersama pengurus pusat tersebut, Sdr. Mohammad Tirmizi Abd Manaf, aktivis ABIM Johor yang berjasa.

Pada 17hb Ogos 2020, Sdr. Fazril juga mengunjungi Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi, di Segamat (Johor). Kehadiran mereka disambut oleh pengasas-mudir Haji Ishak Idris, Puan Hajah Norani Saring dan Ustaz Ahmad Idris al-Hafiz. Mereka adalah senior ABIM yang banyak berkorban untuk umat.

pusat tahfiz johor

Beliau juga mengunjungi kompleks Tadika TASKI ABIM al-Hidayah, Muar. Diiringi oleh sahabat ABIM Johor, Sdr. Muazan Mahbol, bersama Puan Zu dan Dr. Kassim.

Read 922 times
Rate this item
(0 votes)
Page 5 of 108
DMC Firewall is a Joomla Security extension!