Sinar Ramadhan 1438H
Perte,ua

28 Jun 2014 - Setiausaha Agung ABIM, Saudara Faisal memperkukuhkan hubungan dengan jaringan pertubuhan dakwah pelajar Indonesia bersama Setiausaha Agung PKPIM Sauadar Anwar Manap. Pertemuan stategik untuk mengembalikan jaringan serantau dalam usaha-usaha mendidik umat melalui platform PEPIAT iaitu Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

Read 2685 times
Rate this item
(0 votes)

Public Lecture with Kista College Sweden Featured

Jun 27, 2014
Hit: 1805
Written by
Public Lecture with Kista College Sweden

Istimewa 27 Jun 2014 bersama Wakil Komuniti Islam Di Sweden dalam satu  the Public Lecture di Mini Auditorium, IIUM Gombak Campus. Wakil mereka menyampaikan ceramah bertajuk:  Kista Folk High School a Renaissance in Folkbildning.Disampaikan oleh dua orang panel iaitu Mark Harding and Amel Olevic dari Kista Community College, Sweden. INTAC, IIUM dengan kerjasama ABIM akan mengadakan satu program PUBLIC LECTURE berhubung dengan situasi terkini - ISLAM IN SWEDEN.

Read 1805 times
Rate this item
(0 votes)
Diskusi Antara Benua Bersama Komuniti Islam Sweden

25 Jun 2014 - ABIM melahirkan rasa syukur dapat diberi peluang oleh INTAC, ISTAC IIUM pimpinan Prof. Dr. Kamar Oiniah, untuk bertemua dengan 20 orang komuniti Islam Sweden yang kini berada di INTAC IIUM hingga awal Ramadhan. Mereka merupakan tenaga pengajar dari Kista Community College, Sweden yang mengambil peluang ke Malaysia untuk mengenali komuniti di sini sambil mengambil peluang berpuasa Ramadhan di Malaysia.

Read 1474 times
Rate this item
(0 votes)

Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah Bangi ke-20 Featured

Jun 28, 2014
Hit: 3581
Written by
Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah Bangi ke-20

28 Jun 2014 / 30 Sya'ban 1425H - Berlangsungnya Majlis Ihtifal Tahfiz Ummah yang dikelolakan oleh ABIM Bangi. Tahfiz ini agak unik kerana mempunyai hampir 3000 orang pelajar sekitar Bangi. Majlis Ihtifal ini adalah Majlis Ihtifal ke-20. Mempunyai lebih 10 cawangan. 10 cawangannya mendapat keputusan 100 pertaus kelulusan peperiksaan Sekolah Agama Selangor, menurut Pengetua Tahfiz, Ustaz Mat Azid Abd. Kader. 

Read 3581 times
Rate this item
(0 votes)

Polemik ISIS & ISIL: Ketidakstabilan Timur Tengah Menjamin Keamanan Israel

Umat Islam dikejutkan dengan penawanan dua bandar besar di Iraq iaitu Tikrit dan Mosul beberapa minggu yang lalu oleh sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka Islamic State of Iraq and Levant (ISIS). Berita ini menambah kekacauan yang berlaku di Timur Tengah setelah Mesir terus diperintah oleh diktator selepas rampasan kuasa dan Syria masih terus bergolak dengam Rejim Basyar Al-Assad terus mengebom rakyat tidak bersalah. Peristiwa penawanan ini berlaku dalam keadaan yang sangat mencurigakan di mana dalam masa sehari sahaja kumpulan ISIS ini dapat menawan sebuah bandar besar. Manakala dilaporkan tentera Iraq cepat sahaja sudah berundur daripada melakukan tugas mereka mempertahankan kedaulatan tanah air.

Read 3160 times
Rate this item
(4 votes)

WAWANCARA PRESIDEN ABIM, HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN BERSAMA MAJALAH I

Wawancara Majalah I
Wawancara Majalah-I Bersama Presiden ABIM, Hj. Amidi Dato' Abdul Manan
Read 2316 times
Rate this item
(0 votes)

Produk / Program

Jun 24, 2014

PRODUK DAKWAH : MENYUMBANG DEMI KEPERHATINAN UMAT 


  • BAITUL RAHMAH

    Bayt Rahmah Pusat Perlindungan Wanita (Bayt Rahmah) adalah antara inisiatif ABIM bagi membantu remaja yang tidak bernasib baik terjebak dalam masalah sosial. Bagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan dari sudut ini boleh penghubungi ABIM Pusat untuk dibantu melalui Baitul Rahmah.
  • GRUP PEGUAM ABIM (GPA)

    Grup Peguam ABIM terdiri daripada aktivis ABIM yang merupakan peguam-peguam Civil dan Syariah. Keanggotaan GPA terbuka kepada semua yang berminat dalam isu advokasi, hak asasi manusia, kebebasan dan isu-isu perjuangan masyarakat. Dalam khidmat sosialnya GPA menggerakkan salah satu Modul KAMAR dikenali sebagai BANTU iaitu Klinik Guaman untuk masyarakat. GPA boleh dihubungi melalui Exco Undang-Undang ABIM, Saudara Khairul Anwar Ismail, no. telefon: 0196162784
  • GRUP ALAM SEKITAR ABIM (GRASS)

    Grup yang sedar bahawa sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan keadilan kepada semua termasuklah alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. GRASS Malaysia akan memperjuangakn isu-isu berkaitan alam sekitar selaras dengan Al Quran dan Sunnah. Harapan usaha kerdil ini akan menjadi bekalan di Padang Masyar nanti. Amin 
  • ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)

    Islamic Outreach ABIM Centre (IOA) merupakan satu agensi ABIM yang mengkhususkan kepada program-program membantu Saudara Baru. Usaha digerakkan bagi meningkatkan usaha pengembangan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam. Usaha meningkatkan kefahaman Islam sebagai agama yang menekankan keamanan dan kemajuan akan dijayakan menerusi pengajuran seminar, penerbitan dan kursus oleh agensi Islamic Outreach ABIM Centre (IOA). Maklumat lanjut layari laman web: www.ioacentre.com 
  • MALAYSIA LIFE LINE FOR SYRIA (MLLFS)

    Menggiatkan usaha membantu masyarakat Islam dan dunia yang ditimpa bencana dan krisis kemanusian akibat dari perubahan alam sekitar dan peperangan. ABIM akan membantu menyelaraskan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga sukarelawan, ubat-ubatan dan program pembinaan semula selepas bencana menerusi kerjasama agensi bantuan kemanusiaan seperti Misi Keamanan Sejagat atau Global Peace Mission (GPM).

    Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/MLL4S

  • BIRO KESIHATAN ABIM (BKA)

    Biro Kesihatan ABIM (BKA) menghimpunkan para sukarelawan yang terdiri dari doctor serta para pengamal perubatan. BKA telah menggerakkan pelbagai program seperti Mini Karnival Gaya Hidup Sihat, di samping bantuan pasca bencana alam. 
  • HELWA & PEMBANGUNAN KELUARGA

    Helwa & Pembangunan Wanita Memimpin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan moden. Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri, pembinaan dan pembangunan keluarga menerusi inisiatif Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR) yang sedang digerakkan.
  • INSTITUSI PENDIDIKAN

    Institusi Pendidikan ABIM menggerakkan rangkaian institusi pendidikan di peringkat pra-sekolah (TASKI), sekolah rendah (SERI), menengah (SEMI) di seluruh negara di samping Kolej Dar Al Hikmah (Institusi Pengajian Tinggi), untuk menjayakan Agenda Pendidikan berteraskan Model Pendidikan Al-Hikmah. Maklumat lanjut layari laman web: www.ytp.my 

    :: Facebook: https://www.facebook.com/YayasanTakmirPendidikan

  • ABIM GLOBAL

    Sekretariat Antarabangsa ABIM - telah menjalinkan kerjasama dengan rangkaian pertubuhan belia Islam antarabangsa seperti The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW), World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO), dan World Conference on Religion for Peace (WCRP).
  •  
  • AKADEMI PENDIDKAN DEMOKRASI & KEWARGANEGARAAN (APDK)

    Akan dikemaskini
  • AKADEMI KAJIAN KETAMADUNAN (AKK)

    Akan dikemaskini

Ramadhan Perkukuh Jati Diri Muslim: Amidi Abd Manan Featured

Jun 24, 2014
Hit: 1446
Written by
Ramadhan Perkukuh Jati Diri Muslim: Amidi Abd Manan

Ucapan yang menggambarkan kegembiraan menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan Allah, bulan yang dijanjikan keampunan kepada sesiapa yang berpuasa, bulan perkongsian rasa dan bulan mentarbiyah jiwa menggamit makam taqwa.

Read 1446 times
Rate this item
(1 Vote)
Tingkatkan Kualiti Ramadhan Kita! : Ustaz Hasri Harun

Setiap kali menjelang bulan yang mulia ini, kita biasanya akan memulakan dengan proses muhasabah dan saling menyiapkan diri untuk melangkah ke bulan yang sangat mulia dana barakah , iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sesungguhnya bulan yang mulia ini sudah menjadi satu ketetapan kepada semua umat islam yang beriman untuk sentiasa bersedia bagi melangkah ke madrasah Ramadan yang sangat barakah ini. Saya mulakan ucapan dengan mengajak semua hadirin agar mensyukuri nikmat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menanti ketibaan Ramadan beberapa hari sahaja lagi. 

Read 1978 times
Rate this item
(0 votes)
Page 94 of 102
DMC Firewall is a Joomla Security extension!