×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 275
JUser: :_load: Unable to load user with ID: 280
Sinar Ramadhan 1438H
Remaja Kehilangan Kaki Cuba Bantu Rakan Ditembak di Syria

8 Jun 2012 - Sukacita dimaklumkan, ABIM menerusi agensi kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) baru sahaja menyalurkan bantuan fasa pertama kepada pelarian Syria. Menurut ketua delegasi bantuan kemanusiaan siri pertama ABIM-GPM ke sempadan Syria-Turki, Saudara Syahrir Azfar, antara perkara yang menyayat hati ketika berada mengagihkan bantuan ke Syria baru-baru ini ialah ketika mereka menziarahi seorang anak muda berusia 19 tahun yang kehilangan kakinya akibat terkena bom semasa mahu membantu seorang rakannya ditembak ketika menghadiri sebuah perhimpunan aman di negara tersebut.

Read 1117 times
Rate this item
(1 Vote)
Gerakkan Kuasa Masyarakat Sivil Selamatkan Rakyat Syria!

10 Jun 2012 - Masyarakat Sivil merupakan kuasa paling berkesan untuk menghentikan keganasan di Syria. Begitulah penegasan yang dikemukakan Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Jufitri Joha dalam wawancara Global@1 yang disiarkan semalam (10 Jun 2012).  "Isu Syria seharusnya ditanggapi dari perspektif kemanusiaan (hak asasi, kebebasan, dan kehormatan diri) rakyat Syria itu sendiri. Pandangan ini kita ketengahkan berdasarkan kepada kaji selidik serta pertemuan dengan rakyat-rakyat Syria baik yang ada di dalam negara ini mahupun luar negara," jelas beliau yang baru sahaja pulang mewakili ABIM ke Persidangan Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW) di Istanbul minggu lalu.

Read 1105 times
Rate this item
(1 Vote)
Polemik PTPTN-UNISEL Jangan Perjudikan Nasib Pelajar!

6 Jun 2012:- ABIM Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL). Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan  sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu. ABIM Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut:-

Read 1220 times
Rate this item
(0 votes)
Mantan Presiden ABIM Dipilih Ahli Majlis NGO Islam Antarabangsa

4 Jun 2012 - ABIM telah menyertai persidangan tahunan Union of Ngos of the Islamic World (UNIW) yang berlansung di Istanbul baru-baru ini. Turut menyertai persidangan adalah wakil Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia. ABIM diwakili saudara Jufitri Joha, Naib Presiden Antarabangsanya. Tahun ini merupakan tahun pemilihan dan UNIW telah mendapat Setiausaha Agung yang baru iaitu Ali Kurt. Beliau menggantikan Necmi Sadikoglu yang telah tamat tempoh berkhidmat selama dua penggal.

Read 1172 times
Rate this item
(1 Vote)
ABIM Kedah Anjur Latihan Bina Karakter Muslim Sejati

29-31 Mei 2012 - Kem Remaja Islam (KRIS) merupakah salah satu perkhemahan tahunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kedah. Kem ini merupakan suatu inisiatif kecil ABIM Kedah untuk merangsang golongan remaja mengisi masa cuti mereka dengan program berfaedah dengan harapan modul-modul serta tunjuk ajar oleh para fasilitator (terdiri daripada aktivis ABIM Kedah) dapat membentuk ciri-ciri seorang muslim sejati.

Read 1155 times
Rate this item
(1 Vote)
Grup Peguam ABIM Kembangkan Jaringan Antarabangsa di Turki

31 Mei 2012 - Kunjung hormat ke pejabat Insani Yardim Vakfi (IHH), iaitu badan hak asasi dan kemanusiaan berpusat di Istanbul Turki. Mereka yg bertanggungjawab menganjurkan misi Freedom Flotila menghantar bantuan kemanusiaan ke Palesti melalui ekspedisi kapal Mavi Marmara yg akhirnya diserang oleh tentera Israel yg telah mengorbankan 9 nyawa pd 31 Mei 2010.

Di Istanbul, setiap 31 Mei diadakan majlis peringatan bagi memperingati peristiwa tersebut, di mana kapal Mavi Marmara telah dibawa naik ke daratan bagi mengenang tragedi tersebut. Kami tambah teruja apabila menjumpai seorang warga emas dtg drpd Scotland semata2 mahu menghadiri majlis ulangtahun memperingati peristiwa ini, dan lebih mengujakan lagi beliau salah seorang yg berada dlm kapal yg diserang tentera Israel tersebut.

Read 2149 times
Rate this item
(1 Vote)

Angkatan Belia Islam Malaysia memandang serius penganjuran Seminar yang membicarakan buku Allah, Liberty and Love karangan penulis kontroversi Irshad Manji, yang dijadualkan berlangsung di universiti di bawah seliaan pihak tuan. ABIM menilai penganjuran seminar tersebut sebagai manifestasi kurangnya sensitiviti terhadap pandangan yang dikemukakan majoriti umat Islam terhadap penulis tersebut serta buku-buku beliau, yang banyak mengemukakan pandangan serta pemikiran yang melangkaui asas-asas utama pemikiran Islam.

Sebarang perbincangan atau wacana mengenai Islam seharusnya dianjurkan dengan merujuk kepada aliran utama (mainstream) ajaran serta amalan Islam itu sendiri, yang telah menetapkan kerangka pemikiran yang khusus mengenai sesuatu perkara atau aspek yang di ketengahkan dalam kehidupan umat Islam.

Read 2405 times
Rate this item
(0 votes)
Ibu Bapa Meriahkan Hari Sukan SRI & Taski ABIM Klang

22 April 2012 - Seramai 860 kanak-kanak telah memeriahkan penganjuran Hari Sukan & Keluarga Taski Sri ABIM Al-Firdaus pada 22 April yang lalu. Program ini dianjurkan membabitkan para pelajar serta ibu bapa dari rangkaian Taski ABIM Al-Firdaus serta Sri Tahfiz Al-Firdaus Klang. Pelbagai acara sukan rakyat telah dipertandingkan seperti Kitar Semula, Pulau Impian (gambar di atas), Bawa Bola Ping Pong serta beberapa acara lain.

Read 2133 times
Rate this item
(0 votes)
Etika Kewartawanan Luhur Jamin Masa Depan Media Arus Perdana

19 Mei 2012 - Kegagalan mematuhi etika kewartawanan yang luhur akan hanya menjejaskan masa depan media arus perdana di negara ini. Begitulah antara garapan yang dikemukakan para panelis Seminar Etika Kewartawanan dan Masa Depan Media Arus Perdana di Kajang sebentar tadi. Para panelis Datuk Abdul Jalil Ali, Fathi Aris Omar serta Ahmad Lutfi Othman telah mengetengahkan pelbagai sisi berbeza berhubung etika kewartawanan di negara ini. Antara sisi tersebut ialah hakikat bahawa para pengamal media terikat dengan situasi persaingan di antara mereka yang dibayangi kengkangan komersial mahupun politik.

Read 52479 times
Rate this item
(1 Vote)
Waspada Jerat Cinta Muka Buku!: Fadhlina Siddiq

21 Mei 2012 - Naib Presiden HELWA ABIM, Puan Fadhlina Dato’ Dr Siddiq telah dijemput selaku salah seorang panelis untuk mengisi slot Forum Perdana: Cinta Muka Buku Realiti atau Fantasi pada 16 Mei yang lalu. Forum ini dianjurkan sempena Karnival Mesra Belia Peringkat Negeri Melaka, yang merupakan rentetan daripada penganjuran Hari Belia Kebangsaan pada ketika ini.

Selaku panelis, Puan Fadhlina menasihatkan agar memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat selaku medium dakwah dan interaksi pertukaran maklumat antara satu sama lain.

Read 1596 times
Rate this item
(1 Vote)
Page 98 of 102
DMC Firewall is a Joomla Security extension!