Sinar Ramadhan 1438H
ABIM Sebagai Gerakan Ilmu & Bakti

 

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh.

Alhamdulillah, walaupun pergerakan agak terhad, namun penyerahan sumbangan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hasil sumbangan anda semua, masih perlu diteruskan. Apatah lagi mesej permohonan sering diterima dari hari ke hari.

Para aktivis dan petugas lapangan ABIM Pusat, ABIM Negeri dan ABIM Daerah di seluruh negara bertungkus-lumus ke banyak lokasi; memanjangkan amanah sumbangan anda semua.

Dari ceruk pedalaman, kawasan perkampungan sehinggalah ke kawasan golongan miskin bandar, kami tetap berikhtiar menghulurkan bantuan, mesti terdapat pelbagai kekangan serta keterbatasan.

Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada para pejuang #BarisanHadapan (jururawat dan doktor khususnya) – seperti gaun bedah (surgical gowns), topeng muka, sarung tangan pakai buang (disposable gloves), makanan percuma termasuk buah-buahan disampaikan.

Pasukan petugas lapangan ABIM, Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyampaikan sumbangan #AidForTheNeedy - makanan keperluan asasi termasuk barang mainan kanak-kanak. Dan tentunya anak-anak itulah yang paling gembira.

Mahu berpartisipasi dalam penyampaian sumbangan?

---

Tuan / Puan boleh membantu kami untuk beroperasi, berjuang dan terus berkembang dengan menyalurkan sumbangan seikhlas hati anda ke Akaun ABIM:

BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116

#ABIMdiHatiku
#KitaJagaKita #PoWR

Read 96 times
Rate this item
(0 votes)
ABIM Agih Kelengkapan Untuk Petugas Perubatan Tangani Covid-19
 
26hb Mac 2020: Alhamdulillah, para petugas Sekretariat ABIM Pusat (SAP) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) bertungkus-lumus sedari pagi tadi, menyiapkan bungkusan kotak yang mengandungi barang sumbangan yang akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada hari ini.

Pihak ABIM Pusat telah menerima sebanyak 1,400 pasang gaun bedah untuk diedarkan kepada kakitangan di hospital awam dan klinik yang memerlukan. Kesemua 1,400 gaun bedah itu akan diedarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Klinik Kesihatan Rembau (Negeri Sembilan) serta klinik kesihatan di sekitar Lembah Klang.

Selain gaun bedah, antara yang diserahkan adalah penutup mulut dan hidung, set sarung tangan pakai buang, pembersih tangan, makanan kering, buah-buahan dan air minuman.

Selain itu, ABIM bersama Projek Wawasan Rakyat (PoWR) dan portal GoJob.my turut menggerakkan Projek #Food4Frontliners, bagi mengagihkan tajaan makanan percuma kepada para petugas barisan hadapan syif malam di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh.

frontliner hospital 3

Terdahulu, ABIM bersama Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), GPM dan PoWR telah mengambil inisiatif melancarkan Tabung Khas untuk sebagai usaha untuk meringankan beban golongan wartawan lapangan yang terkesan.

Di seluruh negara, ABIM-ABIM Negeri bersama Badan Gabungan Negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menjalinkan kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) serta pelbagai Badan Masyarakat Madani (CSO), bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

---

SUMBANGANA BOLEH DISALURKAN UNTUK MENERUSKAN GERAK KERJA INI DI AKAUN BERIKUT:

BANK ISLAM:  14023010032527 (ABIM)

ATAU


MAYBANK: 564221610116

Read 100 times
Rate this item
(0 votes)
Covid-19: Lima Puluh NGO Gesa Semua Pihak Pastikan Perintah Kawan Pergerakan Dilaksanakan Dengan Berkesan

Kenyataan Bersama 50 Buah Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO)
20 Mac 2020 / 25 Rejab 1441 H
GESAAN SEMUA PIHAK PASTIKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
(RMO) CAPAI MATLAMAT


Kami, Badan-Badan Masyarakat Madani (CSO) yang dinyatakan di bawah menyeru masyarakat Malaysia untuk berganding bahu menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) untuk menyelesaikan permasalahan wabak Covid19.


Kami khuatir sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) yang memakan masa 14 hari ini gagal, ia bukan sahaja menjejaskan sudut kesihatan masyarakat tetapi juga akan mengancam nyawa lebih ramai rakyat Malaysia. Dalam pada itu, jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) dilanjutkan serta penguatkuasaannya diperluaskan lagi, ia akan membawa lebih banyak kesulitan kepada kehidupan harian masyarakat awam dan lebih merisaukan akan menjurus ke arah kemelesetan ekonomi yang lebih parah.

 

Justeru, bagi memastikan masa depan seluruh rakyat terbela dan situasi semasa dapat dikawal, kami menggesa pihak kerajaan dan rakyat untuk melunaskan perkara-perkara berikut:

1) Pihak kerajaan mengambil tindakan yang tegas kepada sesiapa yang ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan (RMO). Dalam masa yang sama pihak kerajaan digesa untuk memperbaiki arahan dan komunikasi yang dikeluarkan supaya tidak saling bercanggah antara satu sama lain. Kelemahan yang ketara dari sudut arahan yang dikeluarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) harus diambil iktibar supaya rakyat akan lebih mudah memahami sebarang perintah yang dikeluarkan. Bagi tujuan tersebut, kami mencadangkan dilantik seorang daripada Menteri Kanan untuk dimandatkan mengetuai Majlis Keselamatan Negara agar setiap arahan dan perintah tidak bertindan dan bercanggah antara kementerian dan agensi kerajaan.

 

2) Seluruh Kementerian, Agensi Kerajaan serta Kerajaan Negeri harus berganding bahu memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) dapat dijalankan dengan berkesan. Pihak-pihak berkenaan harus memainkan peranan masing-masing untuk menampung setiap kekurangan yang wujud dari pelaksanaan perintah tersebut. Ini termasuklah peranan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk sentiasa memantau dan merancang pembekalan makanan dan barangan keperluan harian dari hari ke hari di setiap daerah dan tempat supaya tidak berlaku kekurangan dan pembelian panik seperti yang berlaku pada hari Isnin dan Selasa yang lalu.

3) Kerajaan harus memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) benar-benar difahami sebagai serius oleh rakyat. Justeru, tiada pengecualian dalam Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) harus diberikan kecuali untuk mereka yang sememangnya terlibat dalam rantai pembekalan (supply chain) untuk perkhidmatan perlu (essential services). Pengecualian yang diberikan kepada industri-industri yang tiada isu kehabisan stok seperti industri minyak sawit dan barangan elektrik / elektronik adalah tidak munasabah dan harus ditarik balik. Ia bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dan membuka pintu tuntutan pengecualian dari industri lain, malah akan meningkatkan risiko penularan wabak dan akan mensia-siakan pengorbanan yang dibuat oleh seluruh rakyat dalam tempoh dua minggu ini.

 

4) Bantuan secara berkesan dan meluas harus diberikan kepada golongan terpinggir, termasuk isi rumah B40, keluarga ibu/bapa tunggal, pekerja berupah harian, mahasiswa, golongan tiada rumah atau homeless, golongan pesakit mental, pelarian dan buruh asing. Selain Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan, kementerian-kementerian lain serta Kerajaan Negeri harus turut sama memikirkan secara efektif untuk membantu mereka yang terjejas dari sudut keperluan harian.

5) Jaringan keselamatan berupa jaminan (safety net) harus untuk terus dibekalkan kepada perniagaan khususnya dari kalangan peniaga kecil supaya mereka dapat beroperasi dan membayar gaji dengan lancar serta tidak berhadapan dengan risiko gulung tikar atau membuang pekerja. Ini termasuk:

 

• Lanjutan tempoh penjelasan hutang kepada semua institusi kewangan dan kerajaan.
• Pengecualian/pengurangan atau penangguhan kutipan cukai, sewa, hutang, dan bayaran yang dikenakan.
• Peluasan kemudahan pinjaman mikro dan perkhidmatan kewangan atas talian termasuk dengan mengiktiraf mana-mana Badan Masyarakat Madani (CSO) yang berwibawa dan mempunyai rekod yang baik - dalam masa terdekat supaya mereka yang berkesempitan masih mempunyai pilihan dari terjerat dengan sindiket Ah-Long.

 

6) Seluruh rakyat harus kekal tenang duduk di rumah mengikut nasihat semasa yang dikeluarkan khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam masa yang sama, masyarakat harus bersedia menghadapi situasi sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) akan dilanjutkan melebihi dua minggu khususnya dalam perkara melibatkan kewangan dan keperluan hidup seharian.

7) Seluruh rakyat harus membantu mereka yang terlibat dalam profesion perubatan dan kesihatan dengan tidak menambahkan bebanan mereka. Kegagalan kita untuk mengamalkan penjarakan sosial, duduk di rumah, mengamalkan etika batuk dan sebagainya boleh menyebabkan situasi sedia ada berlarutan dan seterusnya boleh melumpuhkan sektor perubatan dan kesihatan kita yang kian menghadapi kekurangan kakitangan dan ubat-ubatan.


Sebagai penegasan, kami menyeru rakyat Malaysia dan pihak kerajaan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Mari kita jadikan dugaan ini sebagai peluang untuk membina bangsa Malaysia yang lebih kuat, kental dan prihatin pada masa akan datang.

Kenyataan Media ini disokong oleh:


1) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2) Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)
3) ENGAGE
4) Federation of Chinese Associations Malaysia
5) Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
6) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
7) Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
8) Global Organization of People of Indian Origin (GOPIO)
9) Global Peace Mission Malaysia (GPM)
10) Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN)
11) Institut Kepimpinan Bitara
12) Institute for Political Reform and Democracy (REFORM)
13) Kesatuan Generasi Madani Selangor
14) Kesatuan Pelajar Islam Kelantan (KPIK)
15) Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
16) Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
17) Komuniti Indah Tanjung Aru (KITA), Sabah
18) Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
19) Lawyer Kamek 4 Change (LK4C)
20) LLG Cultural Research Centre
21) Merdeka Uni Education Centre
22) Muslim Professional Forum (MPF)
23) MyPJ
24) Myskill Foundation
25) Persatuan Dermaga Malaysia
26) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
27) Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
28) Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
29) Persatuan Mahasiswa Islam Perlis (PERMIP)
30) Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
31) Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
32) Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPWIP)
33) Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
34) Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING)
35) Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan (APDK)
36) Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS)
37) Pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina Malaysia
38) Pertubuhan Pendidik Sejahtera Malaysia (Pendidik)
39) Pertubuhan Profesional Suluk Sabah (PROS)
40) Pertubuhan SALWA Malaysia (SALWA)
41) Projek Wawasan Rakyat (PoWR)
42) Purplelily Social Association Kuching
43) Pusat KOMAS
44) Sabah Human Rights Centre
45) Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
46) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI)
47) Siswazah Muda Sabah (SISMA)
48) Tamil Foundation
49) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
50) Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)

Read 176 times
Rate this item
(0 votes)
Read 154 times
Rate this item
(0 votes)

Covid-19: A Means To Defeat Our Common Enemy Featured

Mar 18, 2020
Hit: 269
Written by
Covid-19: A Means To Defeat Our Common Enemy
Read 269 times
Rate this item
(0 votes)
COVID-19: ABIM Seru Umat Islam Berdoa & Jaga Kesihatan Diri

SERUAN MENJAGA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakātuh.

Di saat penularan Korona Virus (COVID-19), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru untuk kita sama-sama menjaga kesihatan diri seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Amalkan budaya membasuh tangan dengan bersih, dan elakkan buat sementara waktu ke tempat tumpuan yang melibatkan ramai orang.

Di samping itu, amalkan doa Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam untuk kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan.

Semoga Allah Subhanahu wa-ta’ala melindungi kita semua, insya-Allah.

Read 115 times
Rate this item
(0 votes)
COVID 19: ABIM Gesa Kerajaan Segera Bantu Rakyat Yang Terjejas.

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
16 MAC 2020 / 21 REJAB 1441 H

COVID 19 : ABIM GESA KELONGGARAN POLISI KEWANGAN UNTUK KEBAJIKAN RAKYAT

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penularan wabak penyakit Coronavirus atau Covid-19 yang hari ini telah mencatat jumlah 553 pesakit. Berdasarkan kepada kenyataan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa situasi Malaysia sekarang telah naik ke tahap 'late containment' atau pencegahan lewat yang menjustifikasikan kegusaran rakyat Malaysia.

Hal ini telah membawa kepada terjejasnya beberapa sektor penting negara seperti perkhidmatan dan pelancongan seperti pramugari, yang mengakibatkan kebajikan para pekerja terjejas.

Bulan ini saja kita telah menyaksikan ramai pekerja yang telah diminta untuk bercuti tanpa gaji malah ada yang ditamatkan kontrak pekerjaan ekoran kerugian yang dialami dalam sektor perniagaan yang dinyatakan.

Justeru, ini pastinya telah menjejaskan pendapatan pekerja khususnya anak muda yang membanting tulang untuk menyara kehidupan diri dan keluarga. Maka, ABIM menggesa agar pihak kerajaan dapat meluaskan sasaran penerima program seperti Bantuan Sara Hidup kepada pihak-pihak yang terjejas.

 

ABIM juga menggesa pihak kerajaan untuk melonggarkan syarat pengeluaran akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kadar yang munasabah khusus buat mereka yang terjejas pendapatannya ekoran situasi semasa ini.

Dalam pada itu, satu insentif khas kepada anak muda yang bekerja sendiri yang majoritinya bergiat dalam merancakkan sektor “gig economy” harus diberikan sebagai ‘safety net’ buat mereka dalam mengharungi permasalahan ekonomi semasa. Insentif khas ini merupakan langkah yang amat baik dalam menghargai mereka bagi membangunkan ekonomi gaya baharu seiring dengan perkembangan pesat sektor tersebut di seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM juga menggesa mana-mana pihak khususnya pembekal dan peniaga tidak mengambil kesempatan terhadap senario pembelian panik atau “panic buying” dalam kalangan rakyat.

Pihak Kementerian berkaitan juga harus memastikan stok barangan sentiasa mencukupi dan dijual di pasaran dengan harga yang berpatutan dan diukur atas dasar kepentingan rakyat, dan bukan konsep “Pembekalan & Permintaan” semata-mata.

ABIM juga menggesa semua pihak untuk sentiasa mengikut nasihat KKM dalam memastikan penularan wabak ini dapat diatasi segera

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Read 212 times
Rate this item
(1 Vote)
Manusia, Kekayaan dan Kebenaran: Nota Ringkas Tafsir Surah Al-Qalam Ayat 17 Sehingga 25.

Oleh:-  Fatin Nur Majdina Nordin, Naib Presiden (Agenda Pembangunan Wanita, Keluarga, Multi-Budaya),

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Read 141 times
Rate this item
(0 votes)
Aktivis IOA Kelantan Gigih Berdayakan Masyrakat Orang Asli

 

[PEDULI KUALA KOH]

22 Februari 2020:- Merujuk kepada kejadian yang berlaku kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh tahun lalu, IOAK bersama HELWA ABIM mengambil inisiatif membantu mereka mengingkatkan taraf hidup terutamanya dari segi kebersihan dan asas agama Islam (fardhu ain) memandangkan mereka sudah 100% Islam dan antara masyarakat Orang Asli yang daif di Kelantan.

Read 102 times
Rate this item
(0 votes)

Rejab Umpama Muqadimah Menuju Ramadhan Featured

Mar 11, 2020
Hit: 103
Written by
Read 103 times
Rate this item
(0 votes)
Page 2 of 101
Our website is protected by DMC Firewall!